⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。 Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
chat antara aku dan jaehyun semalam yang tiba tiba terhenti masih belum dibalas jaehyun. kenapa dia tiba tiba sahaja terdiam?
"hana" suara itu suara yura. aku tahu, jadi aku malas hendak bergaul dengannya.
"aku minta maaf. kau marahkan aku lagi ke?"
"yura, boleh tak kau pergi? ye aku maafkan. jangan ganggu hidup aku lagi."
"hana, bukan salah aku"
"ye aku tahu yura aku tahu dah pergi"
ujarku tanpa sedikitpun melihatnya. aku betul betul sakit hati dengan yura. kalau boleh kewujudan dia di kelas aku pun aku taknak tahu.
"kenapa buat yura macam tu? dia minta maaf kan?" jaehyun yang bersandar di pintu kelas aku pandang.
jadi sekarang ini dia backup si yura? siapa girlfriend dia sekarang ini?
"susah sangat ke kau nak memaafkan orang?"
"sepatutnya, aku tanya kau jaehyun, kenapa kau buat aku susah nak maafkan orang?" loker ditutup dengan kuat. cepat cepat aku berlalu masuk ke kelas mengikut pintu belakang memandangkan jaehyun berada di pintu hadapan
aku duduk disebelah minju, nasib baiklah tempat duduk aku di hadapan sekali. hari ini aku ada pembentangan sendirian mengenai minat masing masing selepas habis sekolah.
tiba sahaja giliran aku, aku hanya memandang minju, jaemin, jeno dan haneul sahaja. walaupun aku memandang mereka, ekor mataku masih boleh melihat jaehyun yang juga fokus kepada pembentangan aku.
"itu sahaja dari pada saya. terima kasih" kelas memberikan tepukan kepada pembentanganku.
"jadi hana, awak tiada perancangan untuk kahwin ke? maksud saya target umur untuk kahwin, itu pun perlu ada tau" ujar guru ku
"kalau ikutkan saya memang ada target untuk kahwin, umur 25. tapi saya rasa tak mungkin itu akan terjadi" senyumku
kini tiba giliran jaehyun. sikitpun aku tidak memandangnya.
"saya target nak kahwin umur 23" ujarnya sebelum menghabiskan pembentangan.
"dengan siapa tu?" usik rakan kelasku yang lain.
tiba tiba, jari telunjuk jaehyun tepat ke arah aku. terkejut yang teramat. aku menolak tangan jaehyun dan menunjuk ke arah yura.
puas hati aku. dia nak sangat pada yura. kahwinlah dengan yura jangan kahwin dengan aku.
"okey okey. terima kasih ye jaehyun" guruku menamatkan pembentangan jaehyun sebelum aku sendiri yang bergaduh dengan jaehyun.
"hana, kau nak ke kahwin dengan jaehyun" ujar jeno perlahan.
aku cepat-cepat menggeleng. siapa sahaja mahu mengahwini lelaki seperti itu?
YOU ARE READING
(C) Enchanted - Jaehyun Jeong
RomanceSetiap yang diimpikan tidak semestinya harus memilikki