10

7 2 0
                                    

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。  Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。  Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

"kenapa nangis dekat gyuri tadi. kau mengadu dekat gyuri ke soal kita?"

soalan jaehyun aku biarkan tergantung. kalau aku mengadu dengan gyuri sekali pun kenapa? ada masalah?

"kau tahu kan aku tidak suka pada gyuri dan jaemin lepas apa yang mereka buat pada aku?"

"ha pada engkau sahaja? bukan kau kata tidak semua benda kita harus milikki kah jaehyun? kau masih berdendam kerana mereka bersama?"

"hana. kau kenapa?"

"kau patut tanya diri kau jaehyun. kau dan aku ini pasangan atau tidak? kalau kita ini pasangan, mari putus."

"baru satu minggu kita bersama hana. kau mahu putus? maafkan aku hana. aku bersalah. tolong maafkan aku."

"aku... aku tidak tahulah jaehyun. bagi aku ruang"

"aku sayangkan kau hana" dia menarik aku kedalam pelukkanya. aku dapat rasakan tangisanya jatuh ke blazer sekolahku. 

tanganku perlahan lahan naik ke belakangnya dan menepuk perlahan.

pelukkan itu jaehyun ketatkan lagi seperti tidak mahu aku pergi. perlukah aku beri kepadanya peluang lagi?

tidak mengapalah setiap manusia melakukan kesalahan.

"sudah jaehyun. waktu rehat sudah mahu habis. lap air mata kau" tisu dikeluarkan dari poketku dan diberikan kepadanya.

aku ingin melangkah keluar dari rooftop tetapi ditahan oleh jaehyun.

"kejap. kita pergi sama sama"

sepanjang perjalanan aku ke kelas, kami berdua dipandang oleh pelajar pelajar junior. iyalah pelajar pelajar junior kebanyakkannya meminati jaehyun.

"erm hana" aku memandang jaehyun yang memanggilku.

"memandangkan kau budak paling pandai di dalam kelas, boleh kau ajarkan aku setiap subject yang aku lemah?"

aku mengangguk dengan permintaan jaehyun. ye aku di dalam kelas sentiasa mendapat tempat pertama. dia patut bersyukur kerana dia dan aku mempunyai hubungan dan mudah untuk aku mengajarnya nanti

masuk sahaja aku ke dalam kelas, jaemin memerhatikan aku dengan jaehyun.

"dah berbaik?" tanya jaemin sebaik sahaja aku duduk di tempatku iaitu dihadapannya.

"dah"

"baguslah. tak elok gaduh lama lama"

"jaemin, kau dengan jaehyunkan ada satu group chat yang samakan bersama lelaki lelaki yang lain dalam kelas ni, dia ada cakap apa apa pasal hubungan aku dengan dia ke?"

jaemin menggeleng laju laju tanda tiada apa apa. senyuman ku diberikan kepadanya.

tanpa aku sedar, ianya senyuman palsu.

(C) Enchanted - Jaehyun JeongWhere stories live. Discover now