⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。 Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
"jadi kau macam mana?" aku terkejut dengan pertanyaan jaemin. ye sekarang jaemin sedang duduk bersebelahan aku.
"aku? macam ini sahajalah. hari hari juga kau nampak aku di sekolah. macam itu sahajalah aku. kau dengan gyuri?"
"kami okay."
"ouh"
suasana kembali senyap. aku nak borak apa lagi dengan jaemin ni? awkwardnya nak borak dengan jaemin.
"aku nak minta maaf tentang haritu"
baru sekarang kau nak minta maaf jaemin? tapi baguslah dia minta maaf. sekurang kurangnya dia sedar akan kesalahannya. tapi kenapa hati aku sukar nak memaafkan?
" kau masih sukakan aku ke hana?"
aku pantas menggeleng. 3 bulan sudah cukup untuk aku moveon dari jaemin cukup sahaja dia tengking aku haritu.
"syukurlah. terima kasih sebab pernah sukakan aku. aku minta maaf sebab aku tak mampu nak bahagiakan kau."
"hahaha takpelah. benda dah berlalu"
"sekarang kau dengan jaehyun?"
" apa kau merepek ni? aku dengan dia kan kawan je. tanya minju"
aduh kenapa pula dia tanya soalan ni. tiada soalan lain ke? apa ni... taknak taknak
"ye ke? baguslah kalau begitu"
apa maksud jaemin? bagus ke kalau aku tak taruh perasaan terhadap jaehyun? macam mana kalau aku dah tertaruh perasaan tu? bayangkan ajalah. tidak semestinya berlaku.
" dah lewat ni. aku balik dulu jaemin"
aku meninggalkannya di taman berdekatan perumahan kami.
badanku dihempaskan ke atas katil. apa yang diperkatakan oleh jaemin masih bermain main di dalam minda.
kenapa dia bahagia aku tidak menaruh perasaan terhadap jaehyun? ada apa apa yang aku tidak tahu ke?
kerja kursus sekolah yang terbiar di atas meja aku ambil. huh kerja lagi. terus aku mendail nombor minju untuk mengajaknya esok hari ke rumahku bagi menyiapkan kerja kursus ini.
'aku boleh ajak sesiapa sahaja ke hana?'
'kau ajak jelah sesiapa bagi meriah sikit'
'okey jumpa esok'
panggilan diletakkan. aku harap minju tak ajak orang pelik pelik sahaja esok. aku memandang siling putihku. kenapa aku rasa aku memang benar benar taruh perasaan terhadap jaehyun?
benarkah wahai hati? kalau aku confess kepada jaehyun boleh kah?
haish.
YOU ARE READING
(C) Enchanted - Jaehyun Jeong
RomanceSetiap yang diimpikan tidak semestinya harus memilikki