⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。 Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
"hana kenapa kau tinggalkan aku semalam?" baru sahaja aku tiba di kelas di tanya sebegitu. memang taknak bagi aku duduk dahuluke?
jawapan kepada soalan jaemin masih tergantung. bukan taknak balas, cuma aku rasa macam tak perlu untuk dibalas. rasa malas nak bercakap dengan jaemin.
"hana jawablah soalan aku" pemadam dibaling ke muka aku.
"kau kenapa jaemin. apa masalah kau?"
"kau yang bermasalah sekarang ni. aku tanyakan? jawablah susah sangat ke?"
"kau betul nak tahu? kau nak dengar sangat kan! aku suka kau jaemin. aku suka kau! bila kau cakap macam tu dengan aku. apa perasaan aku jaemin? kau pernah terfikir tak pasal aku? tak weyh sikit pun tak pernah."
titisan demi titisan air mata mula mengalir. hampir semua pelajar di dalam kelas melihat pertelingkahan yang berlaku di antara aku dengan jaemin. aku bangkit dari tempat duduk.
"hana kau nak pergi mana?" minju menahanku. aku menggeleng dan terus mengambil begku. satu per satu anak tangga aku melangkah. rooftop dituju.
hiks hiks.
kenapa aku macam ni? kenapa aku nak kena juga ada perasaan suka terhadap jaemin. dia anggap aku seperti adiknya sahaja. kenapa kenapa kenapa. aku benci diri aku sekarang.
"hana?" panggil seseorang dari pintu kecemasan yang merupakan pintu utama rooftop ini. terus aku berlari mencari tempat persembunyian.
"aku tahu kau ada dekat sini hana. ni aku jaehyun. keluar lah weyh"
jaehyun? kenapa dia yang cari aku? mana minju? mana yang lain selain jaehyun?
"gotcha" huluran tangan jaehyun membuatkan aku tersentak
"kenapa kau lari? tahu tak aku dengan minju risaukan kau"
dia dengan minju risaukan aku? jadi mana minju. aku memandang sekeliling demi mencari minju.
"minju cari kau dekat arah lain. aku pula berlari sampai ke rooftop"
ouh. jadi minju pun sedang mencari aku.
"apa yang jadi antara kau dengan jaemin semalam?" tanya jaehyun selepas aku membersihkan mukaku dari kesan menangis.
memori semalam ketika pulang dari sekolah bermain di kotak minda. argh kalau boleh aku taknak ingat bagaimana dia memuji gyuri di hadapanku. gelengan aku berikan kepada jaehyun. aku harap dia faham aku tidak mahu membuka cerita lagi.
"hana, kau nak tahu tak? tak semua dalam dunia ni akan menjadi milik kita tau. walau apa pun yang terjadi, kau kena terima seadaanya. macam kau dengan jaemin sekarang ni. tak semestinya kau akan memiliki jaemin walaupun kau suka dia sebesar mana pun. aku harap kau boleh cari kebahagiaan kau selepas ini"
aku hanya mengganguk mendengar ceramah jaehyun.
" aku ada cerita kelakar. jom aku cerita kat kau"
jaehyun dan aku hanya bergelak sakan di rooftop. siapa suruh jaehyun membuat aku geli perut. aku seronok. aku happy. andai sahaja jaemin seperti jaehyun. haih.
krak.
bunyi pintu utama rooftop seperti ditutup. mungkin ada orang lain yang ingin memasukki rooftop?
YOU ARE READING
(C) Enchanted - Jaehyun Jeong
RomansaSetiap yang diimpikan tidak semestinya harus memilikki