⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。 Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
-cafe-aku menunggu ketibaan minju dan beberapa orang lagi yang dijemput oleh minju. katanya si minju ianya kejutan orang orang yang bakal dia bawa ini.
aku harap dia menjemput jaehyun. eh. kenapa aku berharap pula ini?
"hana. awal sampai" tak lain tak bukan. jaemin yang sampai.
"kau dah bagitahu gyuri belum yang kau datang sini?"
"dah aku dah bagitahu gyuri. jangan risau."
aku mengangguk. risau risau sahaja gyuri bakal memarahiku kerana mendekati kekasihnya itu.
selepas beberapa minit menunggu minju, akhirnya kelibatnya muncul bersama haneul.
"sorry lambat. aku jemput haneul tadi"
aku berkata tidak mengapa kepada mereka walaupun sudah lama aku menunggu bersama jaemin.
"kau ajak dua orang sahaja kah minju?"
"ouh jaehyun tak dapat hadir katanya ada urusan keluarga"
alah... kenapa tetiba jaehyun ada urusan keluarga. eh? kenapa aku perlu berasa sedih pula ? aku memang mula mnaruh harapan pada jaehyun kah?
"oii hana" petikan jari jaemin menyedarkan ku dari mengelamun.
"teringat siapa tu? jaehyun kah?" usik minju.
aku mengangkat tanganku ingin memukul manja pada minju.
"dah dah dah. macam mana nak buat bahagian ini?" jaemin memutuskan pergaduhan manja antara aku dengan minju.
aku tertanya tanya, kenapa bila hal melibatkan antara aku dan jaehyun, jaemin pasti akan mula tiada mood. seperti sekarang. huh.
jangan buatkan aku taruh perasaan pada kau lagi jaemin. kau sudah berpunya dan aku sudah move on daripada kau.
setelah beberapa jam kami di cafe menyiapkan tugasan kursus yang diberikan oleh pihak kementerian pendidikan, aku dan jaemin pun bergerak pulang bersama. memandangkan rumah kami dekat.
"hana. kau suka jaehyun?" perjalananku terhenti. kenapa jaemin bertanya soalan cepumas ini?
"a--aku ntahlah jaemin. tiada soalan lainkah kau boleh tanya?"
"takde, sebab aku tertarik nak tanya soalan tu"
keluhan dilepaskan. kenapa jaemin selalu sangat tanya soalan sebegini. penatlah haish.
"dah sampai rumah kau ni, aku balik dulu" aku mengangguk kepada jaemin.
masuk sahaja aku ke rumah, aku terus menghidupkan telefon pintarku untuk menghantar pesanan kepada jaehyun.
mungkin tidak salah aku ingin mencuba nasib dengan mengatakan aku suka dia?
YOU ARE READING
(C) Enchanted - Jaehyun Jeong
RomanceSetiap yang diimpikan tidak semestinya harus memilikki