BAB 13 : MISUNDERSTANDING

11 2 2
                                    


Aku tak tidur pun. After Rose keluar, aku pun keluar jugak. Saja nak ambik angin jalan-jalan kat taman dalam universiti aku. Aku terfikir pulak pasal apa yang Rose cakap tu. Betul jugak, aku kena jaga hati Luke. Luke sebelum ni dah banyak kali ditinggalkan sebab perempuan ambik kesempatan atas kebaikan dan wang dia je. Tak apa, aku tak kan jadi macam perempuan lain. Hmm tiba-tiba rindu pulak dengan dia HAHAH. Baru 3 hari tak jumpa dia dah rindu. Dia ada je chat aku, tanya khabar. Tapi aku tak sempat nak reply sebab yelah busy dengan nak unpack barang lagi, orientasi lagi, nak explore lagi tempat ni. Dari semalam lagi aku fikir nak reply chat dia waktu malam, tapi tertidur awal lah pulak. Hmm tak apa lah, aku call je lah dia. Aku pun keluarkan phone daripada beg aku dan cari nama Luke dalam recent call aku.

*ringring*
"Hello?"
"Hii Luke. Ni i lah."
"Ouh lahhh. Sorry tak perasan, i tengah drive ni sebenarnya."
"Ye ke. Tak apa lah. I call you balik nanti."
"Eh takpe-takpe. Lagi pun sekarang tengah jam ni ha dekat depan OU. I baru nak pergi-ehem"
"Eh Luke, suara siapa tu? I dengar suara perempuan. You curang dengan i eh?!"
"No! No! Let me explain."
"No need to explain. I tak nak dengar. Its okay, have fun dengan perempuan tu."
"Elyana, let me explain first. Ni bukan macam yang you tengah fikir. I tengah-"

*tit tit tit*

Aku terus end call tu. Sakit, pedih, kecewa. Tu yang aku rasa sekarang. Baru je tadi Rose cerita dengan aku dia selalu ditinggalkan. Mana tak nya dia kene tinggal, dah tau ada girlfriend keluar dengan perempuan lain. Dah lah nak curang pun tak reti-reti nak cover. Memang patut kena tinggal pon. Aku terus berjalan dengan laju dan cari kantin. Aku nak makan. Stress and sedih so makanan jadi pengubat aku. Tak sangka betul aku dengan Luke. Aku percaya dia, dia buat aku macam ni? Ahh lantak lah.
.
.
.
.
.
Haih baru pukul 5. Cepat lah habis class, aku nak balik. Aku nak mandi and tidur. Nak tenang kan fikiran. Baru first class aku dah tak focus. Tadi time tengah buat experiment boleh pulak aku termenung, malu betul sebab lecturer tegur aku. Habis satu class pandang. Ni semua sebab Luke lah ni. Aku baru je nak happy-happy call dia, tiba-tiba dengar suara perempuan mana entah. Rasa annoying gila, ahhh penat la nak fikir ni. "Okay class. We gonna meet next class. Thank you." Fuh nasib baik lecturer aku lepaskan awal. Dalam otak aku ni memang fikir nak balik awal je. "YANA!" aku dah tau dah tu suara siapa. Rose berlari-lari anak dekat aku. "Kau nak balik dah ke?" "Haah." Jawab aku sepatah. Aku tengok sebelah dia ada seorang perempuan. Cantik and ofcourse she's korean. "Ouh by the way ni Eunhwa, dia coursemate aku. Eunhwa, this is my lovely bestfriend and we are housemate, Elyana." "Annyeong" sapa Eunhwa. Aku pun tunduk hormat lah. "Hi! Hmm Rose, aku balik dulu lah. Penat la, kepala aku sakit. Bye." Aku terus cau dari situ tapi Rose kejar aku. "Yana kau asal ni? Ada masalah ke?" Aku tengok la si Eunhwa tu macam tertunggu-tunggu je. "Tak ada apa-apa. Serious. Kalau ada pun nanti lah aku cerita, aku nak balik nak mandi lepas tu nak tidur." "Hmm, aku baru nak ajak kau dinner dengan kitaorang sekali." "Kitaorang?" "Aku, Eunhwa dengan Cheongsan. Kitaorang nak makan dekat restaurant halal yang baru bukak area apartment kita." "Ouh, hm." Aku malas senanya, tapi aku lapar gak at the same time. "Okay lah aku join."
.
.
.
.
.
"Ahh kenyang nye. Thank you belanja," kata aku sambil peluk Rose. "Haha welcome. Alaa small matter la, belanja makan je pun. Buat apa nak berkira?" "HAHAHA..." "Haa yana. Cerita la." Ahh sudah, dia dah ingatkan aku balik hal tengah hari tadi. "Cerita apa?" Saja je aku pura-pura lupa sebab aku malas nak ingat hal yang menyakitkan hati tu. "Alaa kau ni yana. Kau tak pandai menipu doh. Kalau ada pertandingan orang menipu, kau orang first yang kene singkir dulu kau tau tak?" "Alaa, malas la aku nak ingat pasal tu. Menyakitkan hati." "Kenapa? Pasal apa? Ibu kau?" "Bukan.." "Habistu?" Aku takut kalau aku bagitau pun, Rose ni mesti nak bela si Luke tu. "Luke." "Korang gaduh lagi ke?" "Mana ada gaduh." "Haa dah tuu? Kenapaaaa?!" Alaa minah niiii. Aku pun cerita la apa yang terjadi tengah hari tadi. "Erm yana, stay strong. Aku bukan nak backup kau or dia tapi aku rasa better kau dengar penjelasan dia dulu. And dia pulak sepatutnya bagi tau kau awal-awal dulu." "Hmm entah lah. Aku rasa sakit, baru tinggal tiga hari dah cari baru. Kau rasa?!" "Aku takleh nak comment apa-apa sebab bukan aku yang kena. Apa-apa pun dengar dulu apa dia nak cakap." "Ahh malas aku."

"By the way kan, aku tengok si Eunhwa tu macam pandai je makan makanan Melayu. Dia korean kan?" Aku tengok tadi dia makan sambal belacan macam dah selalu je makan, so aku curious. "Dia mix, mak korean ayah dia Melayu." "Ouh, so dia Islam la?" "Ofcourse lah, soalan apa kau tanya ni nyah HAHHA! Dia pun pandai cakap Melayu nyah." "Lah so tadi aku cakap yang diorang tak faham Melayu tu Eunhwa tu faham lah?" "Haah HAHAHAH" malu sei maluuuu. "Okk lah aku masuk bilik dulu, nak mandi pastu nak buat skin care lepas tu aku nak tidur. So apa-apa kau nak buat sendiri okay? HAHAHHA." "Heh Ye laa, ingat tauu dengar dulu explaination Luke. Jangan hukum dia raw-raw macam tu je." "Tengok lah." Aku pun masuk ke bilik aku sambil cari phone aku dalam tote bag. Dia ada chat, tapi aku malas nak reply. Seen je la.

LUKE🤍🌱

Luke : You
Luke : dengar dulu explaination i
Luke : suara perempuan tu kawan i
Luke : kitaorang nak pergi lunch
Luke : tak lebih daripada tu pun.
Luke : Yanaa?
Luke : jangan buat i macam ni.
Luke : bukan kitaorang berdua je ada dalam kereta tu.
Luke : kawan i yang lain pun ada dalam tu
Luke : please dont do this to me, i sayang you tau
Luke : tak kan la i nak curang dengan you.

Ahh ayat manis je semua tu. Even aku rasa kesian dengan dia, i think dia kena belajar kesilapan. Lantak la even dua tu pergi lunch je ke, aku pun tak pernah keluar dengan lelaki lain. Sesuka hati je dia nak keluar dengan perempuan lain. Erm, tapi Cheongsan tu apa? Ahh lantak lah. Dia boleh buat, asal aku tak boleh pulak.? Aku pun malas nak fikir so aku campak phone aku tu atas katil and aku mandi, after mandi terus buat skin care routine and tidur.

FINALLYWhere stories live. Discover now