BAB 15 : EGO PT.2

10 2 3
                                    

*HOSPITAL*

"Yana?" Suara Eunhwa yang aku dengar sebaik sahaja aku bukak mata aku. Pada mulanya semua kabur dan ia start menghilang. "Eunhwa? Aku kat mana ni?" "Kau kat hospital. Ingat tak pagi tadi kau terhantuk dekat pokok?" "Ouh Ye ke?" Kata aku sambil memusing-masing kepala mencari Cheongsan. "Mana Cheongsan?" "Dia tengah beli makanan dekat cafe bawah ni. Kenapa? Kau nak apa-apa ke? Aku boleh call Cheongsan belikan." "Eh tak apa. Hmmm, weh. Rose tau ke pasal ni?" "Belum lagi, tapi tadi sebelum kau bangun aku baru je nak mesej dia-" "Jangan bagitau dia. Aku tak nak dia risau. Please?" "Hmm yelah-yelah fine." Tiba-tiba doctor masuk ward aku. Doctor tu check aku if aku okay or tak. "Hi. So are you feeling okay right now? If yes, then you can discharge tomorrow." Kata doktor tu. "Erm yes, im feeling better right now." "Okay, after discharge you need to rest and dont do heavy works and please dont stress. It will make your headache become worst." "Okay thank you doc!" Doctor tu pun melangkah keluar daripada ward aku, lepas tu Cheongsan pulak masuk. "Yanaaa, bangun pun kau. Risau aku tadi tau tak?!" Kata Cheongsan sambil meletakkan makanan yang baru dibeli di atas meja sebelah katil pesakit aku ni. "Kalau kau nak tau, Cheongsan ni kan orang paling gelabah gila tadi after kau tiba-tiba pengsan." Usik Eunhwa. "Ishh kau ni semua benda nak cerita!" Halah-Halah dorang ni main pukul-pukul pulak. Aku pukul dua-dua kang baru kau tau.

*KEESOKKAN HARINYA*

"Yana, nanti aku hantar kau balik apartment kau pastu kau ambik lah baju-baju kau sikit pastu kita pergi rumah aku okay?" Kata Eunhwa. "Eh kenapa pulak? Takpe lah, aku tinggal kat appartment aku je. Cukup lah kau dah jaga aku dekat hospital." "Alaaa taknak, aku nak jugak jaga kau. Lagi pun aku dah janji dengan Rose nak jaga kau. Tengok lah, kau masuk hospital pun kau tak kasi aku bagitau dia. Aku confirm dia marah kalau tau nanti. Tapi at least kau duduk rumah aku, senang la sikit aku nak jaga." Hmm betul jugak ape Eunhwa cakap tu. "Ha dah sampai, pergi cepat." "Hmm yelah-yelah. Tunggu jap, tak pun kau parking la dulu kat tepi sikit. Takut nanti aku lama sangat pulak."
.
.
.
.
.
"Anyeong, Eomma!!!" Eunhwa jerit memanggil ibu nya. Dan ibunya keluar daripada dapur. "Eunhwa, dah balik dah? Ahh, Elyana?" Aku rasa pelik, setahu aku la kan aku tak pernah pulak jumpa dengan mak Eunhwa ni, tapi macam mana dia tau nama aku? Erm maybe Eunhwa cerita kat mak dia pasal aku (?). "Ha-Haah. Nur Elyana satu uni dengan Eunhwa." Aku menjawab sambil tersenyum dan tunduk hormat. "Okay kalau macam tu eomma nak masak dulu, yana pergi lah tengok-tengok bilik. Lagipun eomma dengan Eunhwa berdua je kat sini, ada lagi satu bilik kosong tu yana boleh la duduk situ." "Okay aunty." Balasku. "Eh apa aunty-aunty ni, sokay panggil eomma je." "Hehehe okay eomma." Lalu Eunhwa pun tarik aku pergi ke bilik yang dikatakan. Masa mula-mula naik tangga tu, aku ni macam batak sikit pergi dekat bilik yang first yang kau jumpa bila kau naik je tangga. Aku try pusing tombol, tapi berkunci. "Yana! Bilik kau kat sini lah HAHAH." Lahh salah bilik rupanya. Aku fikir si Eunhwa ni dah masuk bilik dia. Tapi kenapa eh bilik tu berkunci? Hmm none of my business. "Ouh Ye eh? Hahahahah." Awkwardnya aku gelak. Aku pun berjalan laju ke bilik yang aku dengar suara Eunhwa tu. Besar jugak rumah ni. Bukan banglo, bukan teres jugak. Aku masuk je bilik aku tuh aku terkedu tengok bilik tu, HELLA BIG! Besar dia dah nak sama besar dengan apartment aku.

And yang buat aku terkejut, semua barang kesukaan aku ada dalam tu. Totebags, makeup, a lotttt of clothes, kpop albums, jewels and banyak lagi lahhh! "Wahhh cantik nye bilik ni" kata aku sambil berjalan ke meja makeup. "Ni semua kau punya ke Eunhwa?" "Eh taklah, kau punya lah." Aku pelik. Dia tau code rumah aku ke? Aku pun buat muka curious. "AHHAHAHA Yana! Kau tau tak lawak gila kau buat muka pelik!" Kami berdua pun gelak sekali. "HAHAA takde lah time kau dalam ward, aku tanya lah Rose kau suka apa and akj dengan Cheongsan belikan lah barang-barang ni untuk kau." What the fish? Banyak gila ni😭 "Weyhhh!!! Banyak gila ni! Benda yang tak penting pun korang beli. Eeee membazir je!" "Tak membazir pun lah. Barang-barang ni pun memang kau guna apa?" "Yelah, im just an outsider, bukan family kau nak spend banyak-banyak camni." Kata aku sambil belek-belek barang tu satu persatu. Betul la, aku bukan family dia. Daripada dia spend beratus macam ni baik dia simpan duit tu untuk future, melainkan kalau duit dia tu nonstop mengalir. Tapi aku a bit kagum la dengan eomma and Eunhwa. Mostly perabot dalam rumah ni semua mahal-mahal nyah, ofcourse diorang ni kaya. Tapi aku tengok pemakaian diorang tu tak pernah tunjuk yang diorang ni ada baju branded ke apa ke, low-profile bak kata orang US. "Alahh, aku dah anggap kau memang macam family dah pun. So its okay." "Erm if you say so, thank you babe!" Kata aku lalu terus peluk dia.
.
.
.
.
.
.
Dah 2 minggu aku duduk rumah Eunhwa ni. Bosan lah pulak sebab aku tak tau kenapa. Maybe sebab ni bukan rumah aku, so kena jaga adab dekat rumah orang la katakan. Yelah kalau kat rumah sendiri, boleh aku buat macam-macam, deco bilik ke, main masak-masak ke. Hmm, aku nak balik apartment kejap la nak check apa jadi dengan apartment tu. "Eunhwa?" Aku cari dia dekat bilik, tapi tak ada. Aku pun turun lah bawah cari dia kat bawah tapi tak ada. Ada eomma je. "Eomma, tau tak Eunhwa kat mana?" "Ouh, Eunhwa dia pergi keluar kejap. Dia cakap nak pergi beli barang apa benda tah." "Ouh ye eh? Hmm, eomma nanti cakap dekat Eunhwa yang Yana nak pergi apartment yana kejap nak kemas-kemas sikit. Nanti dalam tengah hari macam tu yana balik sini balik." "Okay. Nak pinjam kereta eomma tak? Ambik lah kunci kat atas meja depan pintu masuk tuh. Lagi pun eomma harini tak rasa nak keluar pun." "Eh tak apa la eomma, yana naik bas je." "Betul eh Yana taknak pakai kereta?" "Ye betul, tak apa yana pergi naik bas je tak pun teksi ke." "Okay, jaga diri!"
.
.
.
.
.
Ahhh rindu nya nak balik sini. Rasa cam setahun tak balik, padahal baru dua minggu je. Nasib baik tak ada orang masuk, fuhh. Okay lah aku start vacuum bilik Rose dulu.

*2 jam kemudian*

Haih, penat nya. Rehat kejap lah, hmm rindu nya dengan Rose. Apa lah jadi dengan dia, kat Malaysia. Rindu ibu jugak, tapi ibu tu rindu aku ke? Dia macam kau je beria, orang tu tak kisah pun pasal kau. Sakit dia, hmm orang yang kena tu je yang tau. Dah pukul 1.30pm ni, balik lah, nanti Eunhwa risau pulak. Macam aku tak tau, dia dengan Rose tu tak ada beza pun. Cepat sangat risau dengan orang yang dia sayang kalau tiba-tiba je tak ada. Tiba-tiba *dingdong* lah baru je teringat pasal si Eunhwa ni terus datang sini? "Yes Eun- LUKE? You buat apa dekat sini? I taknak tengok muka you." Kataku lantas menutup pintu itu semula tetapi Luke menahan menggunakan tangannya. "You, please jangan buat i macam ni? Give me second chance?" "You, i penat. Cukup lah." "Wait, kenapa dengan dahi you tu? You ada terlanggar apa-apa ke?" Luke mahu menyentuh luka terhantuk aku, tapi aku tepis tangan dia. "Tak payah pegang-pegang. Tak manis nanti orang pandang, even kita kat luar negara sekali pun.." "Yana accident dua minggu lepas. Dia kena ragut lepas tu dia terhantuk dekat batang pokok." Sampuk Eunhwa. Entah dari mana dia muncul pun aku tak tau.

"Elyana?! Why tak bagitau i? At least bagitau Rose." "Dah lah, i taknak simpati sesiapa. I okay je, lagipun peragut tu dah kena tangkap dah pon. By the way, you stay sini berapa lama?" "Tiga hari, sampai Khamis. You taknak balik Malaysia ke?" "Buat apa?  Bukan ada sesiapa kisah pun pasal i. Even ibu pun dah cakap yang i ni bukan anak dia." Masa aku cakap ayat ni, aku nampak riak wajah Eunhwa bertukar menjadi sedih dan tak tenang. "Eunhwa kau okay?" Aku soal dia. "Okay je." "Haa, Luke, you tidur dekat mana?" "I tak tau lagi, baru nak cari hotel." "Its okay, stay lah sini. Lagipun i dah lama tak balik sini sebab tinggal dengan Eunhwa." "Ouh okay lah kal- *ting*" bunyi notification daripada phone milik Luke.

"Yana you ada apa-apa benda nak jujur dengan i ke?" Soal Luke serious. "Tak ada, semua i dah bagitau you kan. Even Eunhwa sendiri dah cakap yang i accident." "HABISTU NI APA?! KAU FIKIR AKU BODOH? KAU NAK CAKAP AKU SEORANG JE YANG CURANG, HABISTU KAU? KAU NI BAIK SANGAT LAH?" tengking Luke. Satu apartment aku tu bergegar dengan suara Luke yang sedang marah tu. Eunhwa terkejut, aku lagi terkejut. Luke tak pernah tinggi suara dengan aku macam ni. Tiba-tiba pipi aku basah. Ye aku menangis. "A-apa ni? S-siapa yang b-bagi dekat you ni? Let me explain!" Merayu aku. "Ah kau, haritu kau ada bagi aku explain ke kesalahan aku? ADA?! DAH LAH AKU NAK BALIK MALAYSIA SEKARANG JUGAK. EH PEREMPUAN, SEDAR SIKIT DIRI KAU TU, DAH LA MISKIN, APARTMENT NI PUN AKU YANG BAYAR KAU TAU TAK. KAU TU TAKKAN MERASA BARANG-BARANG MEWAH NI LA KALAU BUKAN SEBAB AKU YANG TANGGUNG KAU!" Kata Luke sambil menarik baju aku dan menolak aku sampai terjatuh. "Okay listen to me, i dont even know who are you and tiba-tiba muncul depan Elyana and nak tengking-tengking dia. Time tu dia pengsan lah, thats why lah- *PANG*" Luke tampar Eunhwa. Merah pipi Eunhwa. "LUKE!! YOU NAK MARAH DEKAT I, NAK PUKUL I YOU BUAT LAH SUKA HATI YOU! TAPI JANGAN BERANI YE YOU NAK TAMPAR EUNHWA. DIA TAK BERSALAH. Now i know sikap sebenar you. After 5 years kita together, now you tunjuk belang you."kata aku sambil mengusap pipi Eunhwa dan terus tolak Luke jauh daripada kitaorang. "Dah lah, aku penat tengok drama kau, Elyana." Kata Luke dan terus melangkah keluar daripada apartment yana. Aku rasa dia nak pergi airport and balik Malaysia.

Ni kalau aku bagitau Rose ape jadi, confirm dia suruh aku break je dengan Luke tu. Aku dah mula tawar hati dengan dia, tapi aku belum sanggup untuk tinggalkan dia..

FINALLYWhere stories live. Discover now