BAB 16 : DALANG

8 2 0
                                    

*BUNYI ORANG TEPUK TANGAN* "HAHAHAHAHAH! Padan muka kau yana! Aku suka tengok kau dengan Luke gaduh." Qistina muncul out of nowhere. "QISTINA?! SEJAK BILA KAU ADA DEKAT SINI?" Soal aku dengan perasaan yang sangat marah. Aku tau mesti dia yang hantar gambar-gambar tu dekat Luke. "Hmmm, lebih kurang dua minggu yang lepas? HAHAHAH aku tau kau tengah fikir mesti aku kan yang hantar gambar-gambar tu kat boyfriend kesayangan kau tu? Memang pon." Aku tergamam. Aku tak tau apa motif dia sebenarnya. "Ouh so maknanya kau lah dalang disebalik semua benda ni? Qis, cukup-cukup lah kau kacau hidup aku. Apa salah aku dekat kau? Apa yang aku dah buat dekat kau sampai kau berdendam dengan aku macam ni sekali?" "Kau tanya balik diri kau tu, apa yang kau dah buat dengan aku. KAU AMBIK HAK AKU YANA. KAU BUKAN TAK TAU, DAH LAMA AKU SUKA DENGAN SI LUKE TU, AND TIBA-TIBA KAU MUNCUL AND CONFESS SENANG-SENANG LUKE TERIMA KAU." Eunhwa tergelak kecil.

"Lah kena reject rupanya, HAHAHAHA." Aku yang dari tadi bermuka bengis, dah tergelak dengan statement Eunhwa. HAHAHAH apaniiii taknak taknak😭😭✋🏻 Qistina tu terasa dengan apa yang Eunhwa cakap sebab aku tengok muka dia terkulat-kulat camtu. "Dah lah, apa-apa pun aku happy yang kau dah break dengan Luke." "Masa bila aku break dengan dia?" "Kalau tak sekarang pon, soon you'll be single. Hmm okay lah byee!" Kata Qistina sambil smirk. "What the hell dia ni, kalau aku la ni aku pijak-pijak perempuan tu sampai jadi paste pastu masak tteokbeoki bagi si Luke tu makan. Memang sesuai lah pun dorang dua kalau nak couple pun." Aku dari tadi diam je sebab terngiang-ngiang dengan apa yang Qistina cakap tu. Aku memang dah rasa aku dengan Luke akan break. Aku tengok jam, dah almost 15 minit Luke pergi. Mesti dah nak sampai airport. "Eunhwa! Aku nak pergi cari Luke kejap dekat airport." "Okay! Aku drive!" Balas Eunhwa. Kitaorang pun bersiap-siap dan terus turun dan masuk kereta.
.
.
.
.
.
Airport

"Okayy! Turun cepat weh, pergi cari dia! Aku park kejap." Arah Eunhwa. Aku keluar kereta dan terus berlari masuk ke dalam airport. Aku pandang sekeliling aku, tapi satu kelibat Luke pun aku tak nampak. "Weh yana, tu bukan Luke ke?" Kata Eunhwa yang tiba-tiba muncul sebelah aku sambil menunjuk ke arah kiri aku. "Luke dengan siapa tu?" Soal Eunhwa lagi. Aku tanpa melengahkan masa terus pergi ke arah Luke. "You..." Dua pasang mata beralih ke arah ku. Luke dan Qistina. "Kau! Aku dah cakap kan, tolong lah jangan kacau aku lagi. Apa lagi kau tak puas hati dengan aku ha?!" Marahku dan mahu menolak dia. Tetapi dihalang oleh Luke. "Eh yana, kau jangan nak salahkan dia. Kalau bukan sebab dia, aku pun tak tau kau buat benda jijik macam ni dekat belakang aku." Sampai macam tu sekali si Qistina tu racun Luke? "Eh Luke, kau ni boleh tak tanya dulu yana apa yang jadi? Bukan main tuduh dia macam tu je," sampuk Eunhwa. "Kau nak kena lagi ke? Tak cukup sebelah? Kau nak kena lagi sebelah?" Kata Luke sambil menjugilkan mata dia ke arah Eunhwa. Aku menarik Eunhwa ke belakang aku. "Kalau you berani nak pukul dia, i call polis." Kata ku berani. "Hah? Polis, kau fikir aku takut sangat ke? Hahah. Dah la tak payah nak lengahkan masa aku. Kita break. Kau buat lah apa-apa suka hati kau. Kita bawak haluan masing-masing." Aku tengok muka si Qistina tu nampak puas hati gila bila Luke cakap macam tu. "Pasal apartment tu, tak apa aku beli terus untuk kau. Anggap je lah tu hadiah terakhir aku untuk kau. Lepas ni tak payah nak jumpa aku ke call aku ke. Block je nombor aku. Dah jom Qis, nanti terlepas flight." Kata Luke lalu menarik tangan Qistina menuju ke escalator. "Okay. Bye yana!" Kata Qistina sambil melambai-lambai aku dengan Eunhwa. Aku tau dia sindir aku. Tiba-tiba kepala aku rasa sakit sangat dan sekeliling aku terus bertukar jadi gelap gelita. "EH YANA! TOLONG, SESIAPA TOLONG CALL AMBULANS!" tu ayat terakhir aku dengar sebelum aku tak sedar apa yang jadi selepas itu.

HOSPITAL

"yana? Eunhwa, yana dah sedar." Kata Cheongsan lalu mengejut Eunhwa yang sedang tidur di birai katil pesakit aku tu. "Yana? Aku risau dengan kau." Kata Eunhwa. Aku tengok mata dia bengkak, dia menangis ke? "Eunhwa, kau asal ni? Kau nangis ke? Jangan lah nangis, nanti aku pun nangis jugak." Kata aku sambil mengusap pipi Eunhwa. Terasa sebak, 5 tahun tu disia-siakan macam tu je. Disebabkan 2 keping gambar hubungan dia dengan Luke berakhir seperti tiada jalan penyelesaian.

Tiba-tiba doktor masuk ke ward aku. "Hi yana! You rasa macam mana sekarang? Okay?" Aku mengangguk je. "Erm, Elyana. I ada benda nak bagitahu you. I harap you bersabar dan tabah ye. Sebenarnya you ada tumor dekat bahagian kepala you. Mungkin ia disebabkan kejadian yang menimpa you haritu." Aku? Tumor? What? Lepas satu-satu masalah datang dekat aku. "Doc, you tipu kan. Eunhwa? Cheongsan? Korang nak game aku kan? Kan?" Jawab aku sambil menangis. Dan seterusnya aku rasa kepala aku sakit sangat-sangat yang teramat. Aku memegang kepala aku dan doctor terus mengarah nurse di belakang dia untuk check aku. "Yana, jangan banyak fikir sekarang. Aku tau kau baru je putus dengan Luke. Sabar okay?" Kata Cheongsan, memujuk aku untuk tidak berfikir sangat dengan masalah-masalah yang menyelubungi diri aku sekarang ni. Lalu air mata aku keluar membasahi pipi aku dengan perlahan.
.
.
.
.
.
"Yana, aku nak pergi toilet jap tau. Lepas aku pergi toilet ni kita kemas-kemas barang lepas tu balik okay? Tapi aku hantar kau je lah dekat rumah, aku nak kena keluar balik sebab lecturer aku panggil. Eomma tak ada dekat rumah, dia pergi kelas memasak. So, aku suruh Cheongsan jaga kau dekat rumah nanti. Okay?" Aku diam. Termenung memandang luar tingkap ward aku. Masih teringat kata-kata Luke tu. "Luke, aku benci kau. Kenapa kau tinggalkan aku dalam masa-masa macam ni? Semua orang tinggal kan aku. Finally, i know you'd me too Luke." Aku menangis. Aku melihat muka aku dekat cermin depan katil aku, cengkung, pucat. Tu je yang aku boleh cakap. Tiada dah seri yang aku selalu nampak bila aku dengan Luke.

Eunhwa's Pov

Sebelum aku masuk dalam bilik yana, aku dengar apa yang yana cakap. Aku tak tahulah, rasa sedih sangat. Ayah dia tinggalkan dia, ibu dia bencikan dia, Luke pun tinggalkan dia. Dia tak ada tempat untuk menagih kasih sayang. 'Jangan risau yana, aku dengan eomma selalu ada untuk kau'

Elyana's Pov

*EUNHWA'S HOUSE*

"Okay yana, dah sampai." Kata Eunhwa lalu menarik break kereta. Aku masih diam. Tak tau kenapa aku tak suka nak bercakap dengan siapa buat masa ni, aku bernasib baik Eunhwa faham dengan keadaan aku sekarang ni. "Cheongsan belum sampai lagi, kau masuk lah dulu. Aku tunggu Cheongsan kat luar, nanti dia dah sampai baru aku gerak gi u." "Okay." Sepatah je aku reply. Aku masuk ke dalam rumah agam itu dan straight to my room. Sedang aku naik tangga, aku nampak pintu bilik yang terkunci haritu terbukak. Aku decide nak masuk bilik tu and tengok apa yang ada.

Eunhwa's pov

Aku mengangkat barang-barang yana keluar daripada kereta dan letakkan ia di depan pintu rumah aku. "Hi!" Cheongsan menyapa. "Ha tu pun kau. Yana dah masuk dalam, kau pergi lah masuk." *ting (bunyi kaca pecah)* "eh apa tu?!" Aku dengan Cheongsan berlari masuk ke dalam rumah dan mencari dari mana bunyi itu datang.

Elyana's Pov

A-apa semua ni. Kenapa ada gambar daddy dalam bilik ni? Pegang seorang baby. Aku nampak ada tahun di gambar tersebut. Tahun 1998. Aku lahir 2002. Aku berjalan ke hadapan sedikit dan melihat gambar perkahwinan eomma dan DADDY?! Aku ambil frame tu dan campak ke bawah. "YANA!" jerit Eunhwa dan Cheongsan serentak. "KENAPA GAMBAR DADDY AKU ADA DALAM RUMAH NI? KENAPA LELAKI YANG EOMMA KAHWIN NI SAMA DENGAN DADDY AKU?!" Marah aku. "Yana, dengar ni dulu." Pujuk Eunhwa. "AH AKU TAKNAK DENGAR APA-APA! CUKUP LAH. KAU DENGAN MAK KAU TU DAH HANCURKAN KELUARGA AKU." "Yana, aku dah lama sebenarnya nak bagitahu kau, cuma aku tunggu masa yang sesuai je." "Masa yang sesuai apa hah? Ohhh patutlah semua benda pasal aku kau tau, eomma kau pun tahu. Aku tak pernah pun bagi nama aku dekat mak kau tu, macam mana dia tahu?!" "Yana! Dengar sini, jangan macam ni. Sabar dulu, aku taknak kau sakit yana. Aku sayangkan kau."

FINALLYWhere stories live. Discover now