9- Family Lunch, Called Him

10.3K 435 12
                                    

"KENAPA dahi kau tu?". Nisha, kawan terbaik yang Jasmine pernah ada menegur dahi wanita itu ketika dia diajak lepak oleh Jasmine di apartmen miliknya.

'Aduh, aku nak cakap apa ni? Takkan nak jujur cakap kena culik kut?'. Cukup berpeluh juga la Jasmine dalam pada nak jawab soalan cepu cemas daripada Nisha.

"Rumah aku kena pecah masuk pagi tadi ". Terang Jasmine. Suaranya diperlahan, entah kenapa.

"Serius la!? Kau tak cerita pun dekat aku". Nisha tarik muncung sedepa. Terasa juga lah dia apabila hal sebesar itu tidak diberitakan kepadanya. Kata bff till Jannah.

"Ni nak cerita la ni".

"Ha, cerita-cerita". Nisha menukar posisinya kepada duduk bersila di atas sofa empuk itu, bersemangat nak dengar cerita yang agak thrilling daripada rakannya yang satu ini.

"Rumah aku kena pecah masuk pagi tadi masa aku nak pergi kerja. Perompak tu curi aku punya laptop je".

"Laptop je? Hm...".

"Kan? Kau pun rasa pelik kan? Masuk rumah doktor bedah semata-mata nak curi laptop je".

"Haah". Nisha terangguk-angguk, bersetuju dengan segala apa yang terkeluar daripada mulut Jasmine.

"Tapi masalahnya... Laptop tu penting. Ada data semua pesakit aku. Data-data yang lama pun ada dalam tu". Jasmine mula panik semula. Data itu penting baginya.

Eh tapi terlupakah dia? Bukan ke Caden cakap yang dia nak suruh Alex tolong godam dan restore balik data-data tu dalam laptop yang baru sahaja dibeli tadi?

Fikirnya, mungkin lelaki asing yang dia ajak kahwin itu tipu sahaja.

"Takpela, kalau penting sangat data-data tu bagi kau, nanti kau tanya pihak hospital. Mana tahu diorang ada simpan. Ha, kalau diorang ada simpan, kau copy je fail-fail yang diorang ada nanti. Kan?".

"Bijak juga Nisha Tasneem ni". Senyum bangga Jasmine punya kawan sebijak Nisha ni. Eleh, setakat cadangan macam tu pun dah dipuji bijak tahap Albert Einstein. Tapi hakikatnya, cadangan itu memang merupakan sebuah cadangan yang bernas, kan?

"Mestilah". Sempat dia buat hair flip sambil senyum ala-ala model dekat situ.

"Heh!".

"Ha pastu apa jadi? Sambung lah cerita kau". Suruhnya.

"Lepastu kan perompak tu pecah masuk kan? Masatu tu juga aku baru nak keluar bilik. Dia nampak aku, aku nampak dia. Dua-dua panik dan aku cuba melawan. Then, dia tolak aku sampai dahi ni terkena bucu katil".

"Ish, kau ni! Lain kali, jangan lah melawan. Nasib baik bucu katil je, kalau dia tikam kau? Tak ke mati katak kau kat situ? Tapi, bucu katil pun bahaya wey. Nasib baik bucu katil kau tak tajam sangat". Sempat Nisha menggosok perlahan bahagian dahi Jasmine yang terluka itu. Sungguh dia prihatin akan nasib yang menimpa Jasmine. Sudah lah si gadis ini tinggal berseorangan.

Disuruh tinggal bersama babah dan Nazrien, tak nak. Katanya nak hidup berdikari. Nisha masih tinggal dengan keluarganya memandangkan dia anak tunggal, jadi tak boleh lah nak ajak Jasmine tinggal sebumbung. Kalau boleh, dah lama dia ajak.

"Takpela, aku okay je. Kau jangan lah risau, hm?".

"Risau sikit je, hehe". Nisha tersengih-sengih apabila kepala turut diusap perlahan oleh Jasmine. Terasa bahagia ada kawan sebaik Jasmine.

Untung betul Nisha. Untung juga Jasmine, ada sahabat setia sebaik Nisha.

🦋

TEMPAT duduk diambil di sebelah Melvin.

Jejak aje kaki di tanah Rusia awal pagi tadi, telefonnya terus berdering minta diangkat.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now