25- Energy Charger

9.7K 421 17
                                    

"DR.". Terasa gelaran itu dipanggil. Terus dia berpaling ke arah suara yang menyebutnya.

"Baru balik kerja ke?". Melvin bertanya. Dia menghampiri Jasmine dan berdiri di hujung sofa. Lengannya digosok-gosok bersama satu sama lain.

"Kenapa awak ni, Vin? Ya, saya baru balik kerja". Jasmine terus memakan bertih jagung yang ada di dalam tangannya. Matanya fokus kepada skrin televisyen. Dia duduk di situ sementara menunggu Caden bersiap untuk balik ke apartmennya.

Buat apa?

Kemas barang lepastu pindah sini terus. Ya, mula-mula Jasmine tak nak juga. Lepas kena 'paksa' dengan si suami, terus dia setuju. Bukannya apa, Caden hanya merisauinya kalau dia duduk sorang-sorang dekat rumahnya itu. Kalau tak duduk lama pula, mesti membazir. Jadi, dia jual sahaja rumah itu.

"Teman aku kejap".

"Pergi mana? Nanti Caden marah". Jasmine berbisik perlahan ayat terakhirnya. Takut Caden dengar lah tu.

"Aku kena ambil Alisa dekat KLIA".

'Alisa mana pula?'. Jasmine berfikir sendiri. Paket bertih jagung diletakkan di atas meja dan dia berpaling ke arah Melvin.

"Kenapa tak pergi sorang-sorang je? Kenapa kena teman?".

"Come on, Dr. Aku tak nak duduk berdua dengan perempuan tu nanti". Sudah mahu termenangis Melvin di situ. Nak sangat kut Jasmine teman. Betapa 'takut' nya dia untuk duduk berdua dengan Alisa dalam kereta nanti.

"Fine. Sekejap, nak bagi tahu Caden".

Sebut sahaja nama, terus tuannya turun daripada tangga utama sambil tangannya yang sibuk membaiki jam tangan yang tersarung pada lengannya.

"My dear handsome lovely kind husband, Melvin ajak saya keluar". Panjang betul nama panggilan. Nak pujuk punya pasal.

"Pergi mana? Bukan tadi cakap nak keluar ambil barang dekat apartmen?". Wajahnya sudah berubah. Berkerut-kerut dahi Caden cuba untuk memproses apa yang baru sahaja diujarkan oleh Jasmine itu.

"Nak teman Melvin pick up Alisa dekat KLIA".

"Yang lain mana?". Haah kan. Lee, Alex, Aidan. Mana mereka? Lesap pergi mana? Dah mamp-.

"Diorang bertiga pergi beli barang dapur dekat pasaraya. Aidan paksa". Jawab Melvin dengan suara perlahan. Nampaknya dia betul-betul berharap yang Jasmine dapat menemaninya.

"Boleh tak awak?". Tanya Jasmine. Meminta izin. Kan kalau suami tak izin, berdosa.

Caden kelihatan berfikir sementara sebelum dia mengangguk beberapa kali.

"Pergi lah. Aku tunggu kat rumah". Dia tersenyum dan mengusap kepala Jasmine.

"Terima kasih, encik suami beku. Saya janji, saya balik cepat dan saya suruh Melvin jaga saya baik-baik. Kan Melvin kan?". Mata dihalakan kepada Melvin dan dikenyit-kenyit beberapa kali. Memaksa Melvin untuk bersetuju.

"Haah, ye ye".

"Take a good care of her". Pesan Caden kepada Melvin. Membuatkan lelaki itu menelan air liur perit. Seram aje bunyinya. Itu pesan ke amaran?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now