"KENAPA tengok aku macam tu?". Caden menopang kepalanya menggunakan telapak tangan kanannya. Nak saja dia gelak apabila melihat wajah isterinya yang seakan mahu melepaskan amarah itu.
"Eeeeee!". Jasmine tidak menjawab persoalannya, sebaliknya dia menarik gebar untuk menutupi seluruh wajahnya. Kedua kakinya dihentak-hentakkan ke atas katil. Sumpah, dia masih malu dengan apa yang berlaku.
"Kenapa ni, Nazia? Kau-".
Gebar dibuka kasar oleh tangan sendiri. Matanya tajam menjeling Caden. Jeling punya jeling, akhirnya matanya berair. Mulutnya membentuk huruf 'U' terbalik. Ha, sudah. Kenapa pula?
"Hey, whats wrong? Did it hurt?". Caden mulai risau. Dia risau pula yang dia telah menyakiti fizikal Jasmine.
"Aaaaa, Im not a virgin anymore". Gebar ditarik lagi. Kakinya langsung digerakkan dengan penuh agresif atas bawah, atas bawah.
Maka, terhamburlah gelak tawa Caden. Dia ingat kan apa lah tadi. Benda tu je rupanya. Itu pun nak kecoh. Dah kenapa dia ni?
Dia punya gelak tu, sampai terkeluar air mata. Ini sorang lagi, lawak sangat ke kata-kata isterinya itu? Lawak ke mendengar seorang wanita menyatakan yang dia sudah tidak perawan lagi?
"Kenapa? Kau rasa terpaksa ke, Nazia? Kalau kau rasa macam tu, aku minta maaf". Caden mula serius semula setelah dia melihat semakin lebat air mata yang mengalir di kedua pipi isterinya. Apa yang dia dah buat?
"Tak, saya tak rasa terpaksa. Tapi...". Mukanya diangkat untuk menilik muka lelaki itu. Lelaki yang telah berjaya buat dia jatuh cinta buat kali kedua. Her second love. Lelaki yang dah berjaya buat dia terasa ingin mencintai seseorang lagi. Ya, dia sudah mulai mencintai Caden Gilbert.
Tapi, Caden? Bagaimana perasaan lelaki dingin itu kepadanya? Berkemungkinan besar yang Caden masih tidak boleh melupakan kekasih lamanya. Memandangkan wanita itu diceritakan baru sahaja meninggal 2 atau 3 tahun lepas.
Ya, perkara ini tiba-tiba sahaja menganggu pemikirannya.
"Tapi apa, Nazia? Jangan buat aku risau". Tangannya naik, menyelit beberapa helai rambut Jasmine yang agak serabai itu ke belakang telinganya.
"Awak cintakan saya? Saya hanya nak kepastian, saya minta maaf".
Sungguh terpana Caden mendengar soalan yang terkeluar daripada mulut isterinya itu. Bukannya dia tiada jawapan, dia ada jawapan. Malahan disertakan dengan alasannya sekali. Tapi, ini bukan masa yang sesuai.
Melihat Caden yang terpaku itu, terus Jasmine menjauhkan diri daripada figura tinggi itu.
Gebar yang membaluti tubuhnya itu ditarik sekali. Dia turun daripada katil dan berdiri di situ. Mukanya ditundukkan.
"Macam bodoh je kan soalan saya tu? Mana mungkin semudah itu lelaki setia macam awak untuk cintai saya". Lelaki setia? Apa maksud dia?
"I don't understand even a bit of your words, Nazia? Apa yang kau cuba cakap? Lelaki setia?".
"Lupakan jela. Saya nak balik bilik saya". Belum sempat Caden bangun untuk menghalang Jasmine daripada melarikan diri, isterinya itu terlebih dahulu keluar daripada bilik utama dan masuk ke bilik sebelah.
Pintu dihempas dengan agak kuat. Lalu, dia rebahkan badannya ke atas katil bujang itu.
Selepas sahaja saat dia bersama dengan Caden tadi, dia mulai berfikirkan benda yang tak patut difikir. Dia fikir, betapa bodohnya dia meniduri lelaki yang belum tentu mencintainya. Lelaki dingin yang jauh daripada kemungkinan untuk mencintai wanita baru.
Ya, mungkin dia akan terlihat overreacting tapi, ini lah yang bermain di fikirannya sejak pertama kali dia mendengar Caden menyebut perkataan 'past lover' pada tempoh hari.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...