NOPE. They didn't do the thing that was mentioned by Caden in the last chapter. Jangan taruh harapan tinggi sangat, bestie! Tidak semudah itu ya?
Then, how did they make it up?
Easy, they didn't. Just wait for it.
Anyway back to the present...
Bangun-bangun je, Jasmine tersedar yang Caden dah tiada di tepi dia. Fikirnya mungkin Caden pergi tengok Aidan dekat bilik bawah ataupun pergi bekerja. KEJAP, KERJA?!
Dah pukul berapa ni, Jasmine?! Kau baru bangun!
Tergesa-gesa la perempuan ni ambil tuala pastu main rempuh je pintu bilik air. Nasib baik tak runtuh. Lewat punya pasal kan?
🦋
BERSIAP-SIAP, adalah makan masa dalam 30 minit macam tu. Itupun dah kira yang paling cepat tu. Biasanya lebih kurang sejam juga baru siap. Sebab kalini, Jasmine hanya mengenakan tudung sarung. Malas nak berbelit-belit sebab dah lambat!
Berlari-lari anak dia menuruni tangga rumah itu untuk menuju ke tingkat bawah.
Dia bercadang untuk pandu keretanya sendiri memandangkan orang yang biasa secara sukarela menghantarnya ke kerja sedang terlantar di atas katil. Siapa lagi kalau bukan budak bertuah Aidan tu.
Sempat lagi dia berhenti di hadapan pintu bilik tetamu yang menempatkan Aidan itu untuk memberikan sebiji mooncake yang baru sahaja abangnya hantar 2 hari lepas. Nazrien bagi dua sebenarnya. Satu, dia dah makan. Satu lagi dia nak bagi dekat Aidan.
Tapi...
Pemandangan menyakitkan hati lain pula yang terhidang di hadapannya. Matanya jelas memandang kedudukan Dr. Anggun yang sangat rapat dengan Caden. Dr. Anggun yang berdiri itu kelihatan sedang meletakkan tangannya di atas bahu Caden.
"Jasmine! Masuk la". Suara Aidan menghentikan lamunannya.
"Sebenarnya saya nak cepat ni sebab dah lewat nak pergi hospital. Tapi, saya ada sesuatu untuk awak". Jasmine masuk ke dalam bilik itu dengan riak wajah ceria yang jelas dibuat-buat. Cemburu punya pasal. Dr. Anggun ni pun satu, tak reti nak balik rumah ke? Dia tidur kat rumah Caden ke semalam?
Mooncake yang ada di dalam tote bag nya dikeluarkan dan diletakkan ke atas telapak tangan Aidan yang tersedia di udara. Dia ni memang, kalau orang cakap nak bagi sesuatu, pantas sahaja dia menadah tangan.
"Get well soon, Aidan. Jangan lupa makan tau mooncake tu". Jasmine tersenyum manis lagi sambil melambaikan tangannya ke arah Aidan dan berjalan keluar daripada bilik itu.
"Thanks". Aidan tersenyum lemah.
"You're welcome".
"You ni, Jasmine. Pergi lah buat bubur ke apa. Aidan kan tengah sakit. Mooncake buat apa?". Sinis tapi perlahan sahaja suara Dr. Anggun berkata. Makin menyakitkan hati Jasmine.
And now, she felt useless. Dia tak diizinkan oleh Caden untuk merawat Aidan semalam. Pagi ni, baru je nak bermesra dengan si budak sakit tu, diperkatakan begitu pula oleh Dr. Anggun.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...