"HOW'S your day, my husband?".
Jasmine dan Hedeon sampai awal sikit je ke rumah agam itu berbanding dengan Caden dan Mr. Vyacheslav. Jadi, terpaksa la dia tunggu sambil goyang kaki sekejap dekat ruang tamu tu untuk menyambut kepulangan si suami.
"Great. Cuma penat sikit. How's yours, sweetheart?". Dia melipat lengan bajunya hingga ke siku lalu melabuhkan punggungnya di sisi Jasmine.
He then gave her a quick kiss on her forehead.
"So-so la. Tadi saya ikut Hedeon pergi gender reveal party anak kawan dia. Makanan dia sedap, lepastu Hedeon bagi saya biskut juga sebab dia pergi tandas lama sangat. Cuba nak rasuah saya lah tu". Jasmine sengaja skipped part yang dia kena serbu dengan wartawan tu.
"Itu je?".
Gulp!
"Itu je la. Ada apa-apa lagi ke? Takde kan? Kan?". Jasmine dengan suara gementarnya menyoal Hedeon yang sedang berdiri di penjuru ruangan itu. Dia cakap Bahasa Melayu, bukannya Hedeon nak faham. Sudahnya, lelaki itu hanya angguk sahaja.
"Are you sure, Nazia? Theres nothing more?". Semakin lama, semakin garang pula renungan yang diberikan. Macam nak terkeluar api hijau dah daripada mata Caden itu.
"Ya Allah, takde. Betul la saya pergi ke situ je tadi".
"Sejak bila kau pandai menipu ni, Nazia? Hm?".
Jasmine tarik nafas panjang-panjang, kemudian dia hembus kuat-kuat sampai kalau boleh nak tercabut bulu hidung sekali dengan hidung sekali.
"Yela, yela. Saya pergi gender reveal party tu. Lepastu, theres a bunch of reporters surrounded me asking if Im your wife or not and some other sh*ts. Maaf, tercarut pula. Saya cuma masih geram dengan diorang tadi". Sesudah bercerita, Hedeon yang masih berdiri tegak itu dicerlung tajam oleh Jasmine.
Tak lain dan tak bukan, mesti dia la yang 'report' segala-galanya dekat Caden ni.
"There you go. Susah sangat ke nak jujur? Bukan aku makan pun kau kalau kau jujur. I don't want you to be a liar, okay? Im scared of myself if one day, I learn to not trust you anymore". Dia membelai lembut sisi kepala Jasmine.
"Saya minta maaf".
"Takpe. Aku tegur je. Kau jangan ingat aku marah pula".
"Takdela, hehe".
Pandangan Caden kemudiannya beralih kepada Hedeon. Dia ingin menyampaikan sebuah arahan buat lelaki itu.
"Hedeon, escort her to the room. Soon, a bunch of people from the Salivako Family will come to have a visit. Я не хочу, чтобы они его видели (i don't want them so see her)".
"Copy, sir".
"Apeni Sayf? Saya baru je nak manja-manja dengan awak. Awak kena kerja lagi ke?". Jasmine menyoal. Wajahnya kelihatan berkerut-kerut.
"Im sorry, sweetheart. Aku janji, aku akan teman kau lepasni. Kau tunggu dalam bilik, okay?". Tangannya naik lagi untuk mengusap pipi Jasmine. Sebelah lagi cuba untuk menarik badan perempuan itu untuk dipeluk, tetapi Jasmine menolak.
"Promises are meant to be broken". Dia menolak badan Caden untuk sedikit menjauhinya lalu dia melangkah kecil meninggalkan ruangan itu. Diikuti oleh Hedeon.
"Nazia...". Lemah dia memikirkan hal ini.
Dia tahu, semua ini salah dia. Sekuat mana pun Jasmine, tetap wanita itu akan berasa terpinggir sepanjang sebulan mereka akan menetap di sini. Lagi-lagi lah Jasmine tu tengah mengandung. Memerlukan lebih banyak perhatian. Salahnya lah sebab terlalu sibuk.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...