"GOOD MORNING, everyone!". Ceria sahaja suara Jasmine nenyapa setiap ahli rumah itu yang sedang duduk termenung di meja makan. Kecuali Caden. Masih belum bangun agaknya.
Masing-masing dengan rambut yang berserabai dan berbaju tshirt hitam. Pelik kan? Semua pakai baju dengan warna yang sama. Diorang ni, tidur pun pakai uniform ke?
"Korang nak makan apa harini? Biar Jasmine yang masak". Tiada yang menjawab. Bahkan mata yang lain masih lagi tertutup. Aidan sampaikan meletakkan kepalanya ke atas meja. Betapa mengantuknya dia.
"Morning". Terlebih teruja pula Jasmine apabila mendengar suara serak-serak basah itu.
Figura itu kemudiannya mengambil tempat di kerusi paling tengah dan hujung di meja makan itu. Kerusi di mana bapak-bapak selalu duduk. Ha, kat situlah.
"Selamat pagi, Encik Suami Beku". Lantas Jasmine pergi ke arahnya dan memeluk leher Caden. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu lelaki yang masih lagi tidak berbaju itu.
"How's your sleep?".
"Pretty good".
"Great! Sekarang, cakap dekat saya awak nak makan apa. Tadi saya tanya diorang tapi diorang diam je. Saya tak tahu diorang nak makan apa". Pipi Caden dicium sekilas oleh Jasmine. Keempat-empat pasang mata yang melihat, lantas segar sekejap. Terus tak jadi nak sambung tidur.
"Sejak bila kau suka orang sentuh kau ni, Gil?". Tanya Aidan, hampir sahaja matanya tertutup kembali.
Caden hanya mengangkat bahu. Tiada idea apa yang harus dijawab olehnya.
"Cepat la, korang nak makan apa? Nanti kan, terlepas pula waktu makan pagi".
"English Breakfast". Mendengar kesunyian yang menyelubungi ruang makan itu, Melvin mengambil kesempatan untuk menjawab. Kan tunggu lama-lama, lapar pula.
"Okay! Yang lain?".
"Make the same breakfast for everyone, sweetheart". Rasa nak tergolek-golek aje badan Jasmine apabila suaminya memanggilnya dengan nama panggilan manis itu menggunakan suara garau baru bangun tidurnya.
"Baik... Tunggu kejap tau. It will be quick". Jasmine mengenyitkan sebelah matanya dan berlari-lari kecil untuk ke dapur.
"Cute". Terkeluar sepatah perkataan itu daripada mulut Caden. Ceria sahaja paginya melihat si isteri yang pagi-pagi dah suka senyum. Dah banyak cakap. Nasib dia la dapat isteri extrovert.
"Kau ni, Vin. Daripada haritu lagi aku tengok kau pegang reben tu. Siapa punya?".
Cepat-cepat Melvin menyorokkan reben putih susu yang dipegang ke dalam poket seluar tidurnya. Tak mahu lah dia kantoi, melihat-lihat reben milik Alisa itu.
"Entahnya, Vin. Siapa punya tu?". Sambung Aidan pula.
"Alisa. Dia tertinggal reben ni dalam kereta aku masa balik daripada majlis malam tu. Dia balik dengan aku". Jawab Melvin, malas. Kalau tak jawab, makin dipaksa.
Flashback...
"Thank you for sending me home". Alisa tersenyum ke arah Melvin. Berdebar-debar rasa hatinya duduk sekereta dengan lelaki pujaan hati.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...