CADEN terjun ke katil itu hanya untuk memeluk Jasmine yang kelihatan sedang termenung itu. Tangan wanita itu kelihatan memintal-mintal hujung tali hoodie hitam milik suaminya yang sekali lagi dia 'curi' daripada bilik baju yang berjarak tidak jauh daripada bilik mereka berdua.
"Hello, sayang. How's your day? How were the babies doing? What did you do while Im gone today?". Dia menghampiri Jasmine lalu wajahnya didekatkan dengan perut boyot itu.
"Suam betul kawasan ni". Kedua tangannya memeluk pinggang Jasmine. Matanya tertutup. Selesa betul ya, Caden?
Apabila menanti jawapan yang tak muncul juga, dia angkat sedikit mukanya untuk menatap wajah Jasmine yang kelihatan seperti sudah tidak beriak itu. Dia mengeluh kecil kerana dia faham akan apa yang sedang berlegar di kepala wanita itu.
"Hey, kenapa ni? Aku ada buat salah ke?". Pelukan semakin dieratkan dalam keadaan yang selesa. Kepala didongakkan sambil dagunya direhatkan di atas perut itu.
Namun, Jasmine tetap sahaja diam.
"Sayang... Bidadari ku... Cinta... Cantik... Sweetheart... Jangan lah macam ni. Cakap la dengan aku ni. Aku rindu kau la. Seharian keluar dengan Melvin. Rindu sangat ni...". Ha, ambil kau. Habis terkeluar segala jenis nama panggilan yang boleh difikirkan. Betul-betul manja ya Caden ni?
" Saya nak jumpa Nisha. Dia ada lagi dekat bilik bawah tanah tu kan?". Pintanya tiba-tiba, membuatkan Caden membaiki posisi kedudukannya dengan duduk tegak di samping Jasmine. Wajah isterinya itu ditatap, menginginkan kepastian.
"Tak payah la. Busuk la kat bawah tu".
"Siapa yang busuk?". Aik, apa punya soalan tu? Macam lari daripada topik utama je tu.
"Bilik tu-".
"Kenapa awak ni? Awak nak cakap saya busuk ke? Awak nak cakap saya busuk kan? Awak tak suka bau saya kan? Nah, ambil lah balik hoodie awak ni!". Ha, ni sah lari topik betul ni. Kenapa boleh tiba-tiba masuk isu bau badan ni.
Sampai berlapis-lapis dahi Caden dibuatnya, cuba untuk mencerna segala apa yang baru diperkatakan oleh mulut Jasmine.
" Ha?".
" Ni, ambil ni!". Wanita itu membuang hoodie yang dipakai lalu dilemparkan ke muka Caden. Terpinga-pinga dibuatnya dek kerana perangai si isteri yang tiba-tiba sahaja berubah. Mukanya penuh cemberut merenung tajam Caden.
Dengan berpeluk tubuhnya, mulut muncungnya dan tak lupa juga perut boyot yang cukup comel itu. Bila tengok balik semua tu, terus Caden ketawa.
Sekarang dia faham kenapa Jasmine tiba-tiba sahaja berubah angin.
"Comel nya wife aku ni merajuk". Digomol-gomolnya muka Jasmine. Pipi wanita itu dicium berkali-kali. Betapa geramnya dia dengan isteri nya yang kelihatan terlebih comel ni di saat merajuk ni. Lagi-lagi dengan kedua tocang kuda yang menjadi style rambutnya. Dengan reben yang diikat di kedua-dua tocang tersebut.
Sejak kebelakangan ni, dia suka mengenakan gaya rambut itu. Katanya, Alisa yang ajar.
"Tepi la. Kalau nak tahu, saya pun tak suka bau badan awak".
"Really? Kenapa? Tell me why?".
"Entah. Saya tak suka bau badan awak macam mana awak tak suka bau badan saya. Saya tahu la, saya busuk. Tak perlu lah awak cakap macam tu. Saya terasa tahu... tak...". Muka cemberut tadi diganti dengan muka sayunya.
"Lah, sejak bila aku cakap kau busuk? Tadi tu, aku cakap bilik tu yang busuk. Kenapa kau ni? Sekejap marah, sekejap merajuk, sekarang? Nak nangis pula?".
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...