48- The Truth Told

7.6K 315 21
                                    

PISTOL diangkat lurus ke hadapan wajah Lee. Terketar-ketar tangan Jasmine memegang objek hitam itu. Air suam kian turun dengan derasnya di kedua-dua pipinya.

Sakit hati, marah, dendam. Semuanya sedang mengambil tempat terdalam di hati Jasmine. Ya, dia marahkan suaminya.

Dia sudah tidak dapat menahan rasa setelah 2 hari mengetahui perkara yang sebenar. Kenyataan yang sangat perit. Dia hanya perlu menunggu masa yang benar dan tepat untuk mengonfrontasikan suaminya itu.

Dan masa itu jatuh kepada hari ini.

"Jasmine, lek arh. Kita tunggu Gil balik, kau bincang elok-elok dengan dia". Tangan Lee diangkat tinggi ke udara. Takut jikalau kepalanya berkecai terkena tembakan si wanita yang sudah kelihatan seperti singa yang mahu mengaum sahaja itu. Tidak pernah dia melihat Jasmine segarang ini.

Bila tengok perut dia yang boyot tu, nak tergelak pun ada.

"Entahnya Jasmine. Aku yakin, Gil boleh jelaskan semua tu". Pistol tadi Jasmine acukan pula ke arah Alex yang jelas kelihatan pucat mukanya itu.

"Siapa bagi dia pistol tu?". Alex bersuara, menyoal Lee. Ya, pada saat ini, tinggal Jasmine dan mereka berdua sahaja di rumah ini. Caden keluar bersama Melvin untuk ke kampung arwah Aidan. Meminta maaf kepada keluarganya. Manakala mereka berdua ditugaskan untuk menjaga Jasmine.

" Aku yang kasi SEBAB DIA YANG MINTA. Ingatkan dia nak tengok je". Lee berbisik. Panik sahaja bunyinya.

"BODOH LAH KAU NI!". Tangan yang diangkat ke atas tadi, diturunkan seketika ke atas kepala Lee. Boleh pula dia bergaduh, Jasmine tengah serius ni. Tak takut mati ke?

"SHUT UP YOU BOTH!". Bergema satu rumah mendengar tengkingan kuat lelaki yang baru sahaja tiba di rumah agam itu. Terus Jasmine berpaling ke arahnya pistol lalu diangkat tinggi tepat menyamai arah ketinggian dahi milik manusia 'kejam' bernama Caden Gilbert itu.

"Sweetheart, put down the gun. Kita bincang baik-baik, okay?". Dia cuba untuk memujuk isterinya itu.

"No! Jelaskan semuanya! Kenapa awak buat semua ni?! Kenapa awak buat Jasmina bun*h diri?! Kenapa awak kejam sangat, Caden?! Saya dengar semua jawapan daripada mulut awak sendiri!". Dengan pistol yang masih setia di tangan, Jasmine berjalan menghampirinya. Membuatkan Lee, Alex dan Melvin tanpa segan-silu mengacukan pistol ke arah wanita itu.

" Put down the guns, let me talk to her". Mengikuti arahan, serta-merta ketiga-tiga daripada pistol itu turunkan.

"Nazia, listen to me".

"DIAM!".

"Nazia sayang, kau tu tengah mengandung. Tolong jangan buat macam ni. Tak elok untuk anak-anak kita. Nanti diorang sedih tengok mommy diorang marah-marah. Kau tak kesiankan babies ke?". Suara dan pandangan mata Caden kian melembut.

Kakinya perlahan-lahan dimajukan ke arah Jasmine. Wanita itu sedikit demi sedikit mengundur ke belakang.

" Nazia, hey. Kalau kau marahkan aku sekalipun, kesiankan lah anak-anak kita. Nanti diorang stres. Kau letak pistol ni dulu, okay? Kalau kau terus pegang ni, nanti diorang takut la". Tangannya perlahan-lahan mencapai pistol hitam yang ada di tangan Jasmine itu lalu diturunkan olehnya ke sisi peha si isteri.

"Ha, macam tu la". Caden tersenyum sekilas.

"Now, kau pergi rehat dulu, tidur. Nanti kita bincang, okay? Nak aku temankan ke?".

Soalannya dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Jasmine masih lagi memarahinya. Tidak sedikit berkurang pun rasa amarah itu. Matanya Jasmine tenung tajam, penuh dengan dendam.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now