65- Beasts

7.3K 305 15
                                    

"I SWEAR WITH MY OWN LIFE, I WILL BE THE OLD CADEN GILBERT!". Caden melepaskan amarahnya di dalam rumah itu. Habis semua orang ditengking. Habis semua barangan kaca dihentam ke lantai, pecah semuanya.

"Gil, sabar la. Kau jangan tergesa-gesa macam ni. Kita kena buat plan".

"Plan apa lagi? Dia dah hilang, Melvin. Dia dah takde". Caden terduduk melutut di ruang tamu itu. Mukanya ditekup dengan kedua tangannya. Rambutnya diacak-acak secara kasar. Wajahnya sudah habis dipenuhi air mata.

Dia bukan lagi dia yang dulu.

Kini, dia merasa lemah setiap kali tiada Jasmine di sisi. Dia akui itu.

She is his only weakness.

Selepas sahaja mengetahui yang Darren telah menculik isteri kesayangannya itu, terus dia bergegas ke rumah untuk memberi tahu yang lain.

Macam mana dia tahu Darren yang culik?

That bastard had the audacity to called him and told that by himself.

"Kau tak boleh macam ni, Gil. Jasmine masih ada kat luar sana. Kita sama-sama cari dia". Alex cuba untuk menenangkan Caden yang semakin lama semakin reda tangisannya itu. Bukan kerana rasa sedih yang sudah berkurang, namun kerana rasa dendam yang mulai memenuhi lubuk hati.

"Malam ni juga kita akan cari dia, Gil". Sambung Lee. Bahu Caden ditepuk perlahan-lahan.

"I will help". Muncul seorang lelaki muda bertongkat hitam yang berjalan ke arah mereka. Hedeon Helge. Manusia yang sering dianggap sebagai 'twin' Aidan Hakimi.

"Apa yang kau boleh tolong?".

"Everything. As long as, the princess will come back to her right prince". Sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Dalam pada masa-masa macam ni pun, sempat lagi ya nak mencuba untuk menjadi lelaki charming?

"Apakah...?". Terlopong Alex dan Lee mendengar ucapan dan melihat tindakan daripada Hedeon itu.

"Apa tengok-tengok? Come on, we need to do our work. Caden, stand up. You have all the right to be the old you. You have to end this. Kill Darren. Destroy Kings. We all are here to help you and extra help from Mr. Vyacheslav himself". Hedeon menghampiri Caden dan menghulurkan tangannya untuk membantu lelaki itu berdiri.

"Sejak bila mamat ni pandai cakap Bahasa Melayu?". Lee menggaru-garu kepalanya yang sememangnya gatal itu. Pelik juga dia. Yela, selama ni bila orang bercakap dengan Hedeon guna Bahasa Melayu, bukan main lembab lagi nak pick-up.

Sekarang, dah pro ya? Tahniah.

" I don't want you to be this you, son. The weak one". Ujar Mr. Vyacheslav yang tiba-tiba datang menuruni tangga dan semakin mendekat dengan mereka berlima.

"Get up. Find your wife and bring her back, son. Be the cruel old you". Sebuah kotak yang mengandungi sebilah pisau pelipat dan beberapa pucuk senjata api diserahkan ke tangan Caden oleh salah seorang pembantu peribadi Mr. Vyacheslav.

Sisa air matanya dilap. Kotak itu disambut dan dibuka.

Senjata yang ada di dalam situ, dibelek satu persatu. Sesekali dia mengusap 'mereka' yang berkilat itu. Senyuman jahat berbaur psikopat mulai muncul di segenap ruangan wajahnya.

"He turned me into a devil, hence he shall receive the 'reward'".

Caden bangun dan kakinya melangkah ke arah bilik senjata di rumah itu bersama kotak panjang itu setia digenggam di tangannya.

🦋

MATANYA dibuka luas dan dia mendapati dirinya terbaring di atas sebuah katil bersaiz king yang terletak di dalam sebuah bilik yang agak usang. Bersama kedua tangannya yang diikat di kedua-dua tiang katil.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now