SUASANA rumah Caden yang tenang pada malam itu dikejutkan dengan bunyi hempasan pintu yang agak kuat daripada luar. Menyebabkan pintu hadapan rumah itu terbuka dengan luas.
Baru sahaja Caden mahu membuka mulut untuk memarahi Lee yang rupa-rupanya menendang pintu itu. Dia terlebih dahulu berdiri mengejut di saat melihat Aidan yang dipapah oleh Alex dan Lee.
"Kau marah aku nanti je, Gil. Takpun aku bayar je pintu kau ni nanti. Sekarang ni, kau kena tolong Aidan. Dia kena-".
"He has been shot. Right shoulder. Are you two okay?". Potong Melvin. Jelas terlihat riak kerisauan di wajahnya.
Terus dia membantu untuk membaringkan Aidan di atas sofa yang agak besar itu. Matanya tiba-tiba sayu melihat keadaan Aidan yang agak parah itu. Lee dan Alex pula mempunyai luka di seluruh lengan dan beberapa kesan lopak darah di muka mereka.
"Jasmine, get in the room. Bring Alisa with you". Caden memberi arahan dengan suara tegasnya. Bermakna dia benar-benar serius dengan kata-katanya. Dia tidak mahu Jasmine melihat semua ini.
"Saya surgeon. I can help Aidan".
"No, I said no! Go into your room, bring Alisa with you!". Suara Caden semakin menaiki oktaf tertinggi. Dia benar-benar serius. Sampaikan urat di dahinya terus timbul.
"Saya boleh tolong dia, Caden".
"For f*ck sake, I don't need your help! Melvin, call Dr. Anggun". Kalini, memang dia betul-betul menengking Jasmine. Matanya tajam menikam mata Jasmine, memberi arahan. Tersentak tubuh gadis itu ke belakang tatkala mendengar tengkingan suaminya itu.
Tanpa bercakap banyak lagi, dia mencapai tangan Alisa yang masih terpinga-pinga itu dan mengajaknya untuk baik ke atas. Ke bilik berdinding kuning itu.
"Как все это могло произойти (macam mana semua ni boleh terjadi) ?".
"Aku, Alex, Aidan pergi pasaraya tadi. Masa nak balik tu, ada orang ikut kereta kitorang. They used a riffle, Gil. Masatu, Aidan tengah drive. Aku rasa dia target kepala Aidan tapi terkena bahu". Jelas Lee. Satu-satunya lelaki yang kelihatan lebih baik daripada dua yang lain.
"Shit! Kings really wanna mess with Velkovace". Dia tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Caden tahu.
Alex mempunyai luka yang sangat teruk di bahagian bibir dan mata kirinya akibat dibelasah oleh penyerang tadi ketika kereta mereka tiba-tiba gagal berfungsi.
Aidan pula langsung tidak mampu membuka mata ataupun mulutnya. Dia hanya mampu memegang bahunya dan menahan sakit yang teramat sangat.
"Aku dah call Dr. Anggun. She's on her way".
"Kau tolong cuci luka Lee. Aku cuci luka Alex. Aidan, kau tunggu Dr. Anggun". Arah Caden. Figuranya terus berlari untuk mendapatkan Peti Kecemasan.
🦋
ALISA datang menapak ke arah Melvin yang duduk di tepi kolam itu. Kakinya lelaki itu terlihat bermain-main dengan air. Tangannya pula sibuk mencuci kesan darah daripada mencuci luka-luka Lee tadi.
Alisa mengambil tempat di tepi lelaki itu. Tangannya dengan lembut mencapai kain yang dipegang oleh Melvin. Yang anehnya, Melvin hanya membiarkan sahaja. Biasanya dia marah kan? Yela, dia kan tak suka Alisa.
"What happened?". Tanya Alisa sambil tangannya lembut sahaja mengelap segala kesan darah yang ada di celah-celah jari Melvin. Lelaki itu hanya merenung figura gadis itu.
"A sudden attack. Caden believes it was by Kings". Jelas Melvin seringkas mungkin kepada Alisa. Ya, gadis itu tahu tentang apa yang mereka lakukan. Tidak seperti Jasmine.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...