"NAK tidur bilik ni lagi ke malam ni?". Itu soalan pertama yang Caden ajukan kepada Jasmine apabila mereka sama-sama tiba di hadapan pintu bilik masing-masing.
"Kenapa? Awak tak boleh tidur ke tanpa saya?". Jasmine cuba untuk bergurau.
Lain pula ceritanya apabila Caden betul-betul mengangguk. Menyetujui segala omongan isterinya itu.
"Tidur la dengan aku". Caden melangkah mendekati Jasmine beserta dengan suara manjanya. Kejap, manja? Sejak bila Caden pandai bermanja ni? Makin pelik ye perangai orang dalam rumah ni.
"Tak cukup manja la. Manja lagi". Jasmine sengaja menyakat Caden. Suka pula dia melihat lelaki dingin ini menjadi semanja ini apabila dekat dengannya. Apabila tiada orang yang memerhati. Kalau ada budak-budak tu, tegang semacam je muka dia.
"Can you please sleep beside me? Can you please hug me while we are sleeping? Please, sweetheart". Kedua tangannya mula memaut pinggang Jasmine membuatkan wanita itu menjadi tidak keruan. Ini, siapa yang nak usik siapa ni?
"Kau fikir aku nak cakap macam tu?".
"Ha?". Keliru habis Jasmine.
"Kalau kau masih berdegil tak nak tidur sebilik dengan aku, aku dukung kau".
"Apa main dukung-dukung ni? Tak malu ke? Saya dah besar okay. Umur saya 27 tahun. Bukannya 7 tahun nak kena dukung-dukung". Jasmine memutarkan matanya.
"You rolled your eyes on me, Nazia?".
"Yes, I am". Bangga betul ye, Jasmine. Salam takziah saya ucapkan kepada anda secara awal-awal ya?
"Come here, you little rascal. Imma teach you a lesson". Dia lalu mencapai kaki Jasmine dan mendukung wanita itu seperti guni beras lalu dibawa ke bilik sebelah iaitu biliknya.
Pintu bilik yang agak berat itu ditolak buka dengan kaki dan dia membawa masuk badan yang dipikul ke dalam bilik berdinding hitam itu. Lalu badan itu dibaringkan ke atas katil.
"Hey, awak nak buat apa ni? Jangan buat yang bukan-bukan okay, kalau tak saya lari balik rumah saya". Dia menundingkan jarinya ke arah Caden. Apasal berani sangat Jasmine malam ni? Didikan Lee ke? Yang jenis berani cari pasal dengan tuan sendiri.
"Tak buat apa-apa. Just bringing you to my room to sleep with me".
"Tidur je eh? Benda lain, tak boleh".
Caden hanya sekadar mengangguk.
Jasmine menarik nafas lega sambil memejamkan matanya buat seketika. Lenguh juga dia meronta dalam dukungan Caden sebentar tadi.
Sejurus sahaja dia membuka semula matanya, terpampam jelas pemandangan yang agak menggiurkan mata. Menggiurkan? Pemandangan apa?
Caden yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar tidur satin bewarna kelabu itu kelihatan berdiri di hadapan cermin solek di bilik itu.
"Awak buat apa ni?".
"Buat apa, apa? Im putting lotion on my arms and yes, if you are curious, Im going to sleep without my shirt. Any complains?".
Terus terdiam Jasmine. Nak komen apa lagi kan? Suka hati dia la tak nak pakai baju pun. Rumah dia. Bilik dia.
Terasa ruangan di sebelahnya sedikit tenggelam menandakan yang Caden sudah naik berbaring di atas katil. Mereka berdua tidur menghadap siling bilik itu. Masing-masing mempunyai soalan yang beredar di kepala otak masing-masing.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...