KREK...
Setelah beberapa puluh minit menunggu di luar kediaman usang itu, pintu besar yang betul-betul berada di hadapannya akhirnya dibuka. Dengan serta-merta, dia mengangkat tinggi pistol yang dipegang ke udara. Menyamai paras dahi Darren King.
"Wo, wo. Chill. Kau nak Jasmine selamat ke tak ni?". Bercakap besar ya? Padahal lututnya juga ketar-ketir melihat segerombolan manusia yang masing-masing berdiri bersama senapang mereka di udara di tepi beberapa buah Range Rovers hitam itu.
"Don't talk too much, King. Give me back my wife. Jangan sentuh dia". Pistol yang dipegang, ditekap kasar ke dahi Darren sehingga figura lelaki itu terdorong ke belakang sedikit.
"Kalau aku sentuh dia?". Dia seolah mencabar kesabaran Caden.
"Тогда я больше не позволю тебе дышать (then, i won't let you breath anymore)".
"Come on, Gil. You know, I don't really understand Russian". Sempat lagi lelaki tak guna itu mentertawai situasi itu. Tak ke bodoh namanya tu? Takde apa yang lawak pun, nak ketawa. Gila ke? Lupa makan ubat? Kesian...
"Jangan banyak cakap la, Darren. Give him back, his wife". Melvin yang setia berdiri di sisi Caden itu mulai menyampah dengan lelaki bernama Darren King itu.
"Kau nak Jasmine?". Soal Darren. Sebelah kening Caden naik, seolah mempersoalkan logika soalan itu.
"Then, make Jasmina Nazira alive again. Make my princess alive again. Make her come back by my side. Kalau kau tak bunuh dia dulu, dia masih ada dengan aku sekarang. Kami akan hidup bahagia".
Ya, itu dia. Kerana dendam. Hanya kerana dendam, habis putus semua persahabatan.
Persahabatan? Ya. Darren Lucius King merupakan salah satu teman rapat kepada Caden Velkov Gilbert. Sejak daripada mereka berada di bangku sekolah rendah lagi.
Meskipun, keluarga Velkovace dan keluarga Kings kedua-duanya musuh dalam dunia perniagaan, namun mereka tetap kukuh mempertahankan persahabatan mereka. Walaupun mengambil masa yang lama, hal ini juga dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga.
They had been friends for more than 2 decades. But then, love and revenge destroy everything.
Darren mengenali Jasmina Nazira melalui Caden. Mereka bertiga berkawan. Tetapi, hubungan Darren dan Jasmina, tak la serapat seperti hubungan Jasmina dan Caden.
Setakat ni, faham?
Days went by, and he fell for his own friend. Jasmina Nazira.
Yes, it was a very complicated love story.Darren jatuh cinta akan Jasmina Nazira.
Tetapi, Jasmina cintakan teman rapatnya sendiri iaitu Caden. Dia langsung tak pernah menyedari perasaan Darren terhadap dirinya. Dia hanya fokus kepada Caden sahaja.Caden pula tak mampu untuk mencintai Jasmina kerana dia telah menaruh hati kepada kakak kembarnya iaitu Jasmine Nazia.
In the end, they broke the friendship. Just because love and revenge. How sad.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Darren? Jasmina dah lama mati!". Lee memekikkan ayat terakhirnya itu dengan kuat sekali. Dia hanya ingin mengembalikan Darren ke dunia nyata. Lelaki itu harus terima hakikat yang Jasmina sudah tidak ada lagi di dunia ini. Dia harus redha dengan semua ini.
" Atau, Caden. Kau melutut di kaki aku. Minta maaf atas semua kesalahan kau. Minta maaf kerana disebabkan kau, dia bunuh diri. Melutut sekarang sebelum aku bunuh isteri kau dengan kau-kau sekali!". Pistol hitam diangkat menyamai paras kepala Caden.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...