"KENAPA ni Nazia? Aku ada buat silap ke?". Caden akhirnya membuka mulut untuk menyoal apabila melihat isterinya yang sedari tadi bermasam muka dengannya. Merajuk lagi ke?
"Kat mana sakit awak tu? Berhentikan kereta sekarang, saya nak periksa". Baru lah dia berpaling ke arah Caden yang terlihat baik-baik sahaja itu.
"Aku...".
"Apa? Awak tipu saya kan sebenarnya? Saya ni doktor tau, Sayf. Awak cuba untuk tipu seorang doktor".
Lupa pula Caden yang isterinya ini untuk seorang doktor. Datang daripada mana la idea untuk terkeluar daripada mulutnya perkataan 'tak sedap badan' tu tadi. Rasa macam nak hempuk je kepala sendiri dekat stereng kereta sekarang ni.
Boleh je dia bagi alasan lain. Macam nenek dia suruh balik Rusia ke? Eh tapi nenek dia dah meninggal. Ah! Pokoknya, Caden ini emang ga pinter dalem boongan.
"Aku minta maaf, Nazia. Aku cuma tak nak kau dekat dengan siapa-siapa buat masa sekarang". Dia bukannya nak jadi suami yang mengongkong perbuatan isterinya, cuma dia terlebih merisaui wanita itu. Lagi-lagi kalau dah dekat macam tu dengan Darren. Satu tempat kerja woi! Mana Caden tak risau. Buatnya Darren yang gila tu buat apa-apa dekat Jasmine, macam mana?
Mahu nak tercabut jantung Caden setiap kali dia memikirkan hal itu.
"Tapi, kau jangan rasa aku kongkong kau. Aku tak marah kau berkawan dengan Nisha tu. Tapi dengan Darren, tolong jangan terlalu rapat dengan dia". Dia sedaya upaya mahu menyimpan rahsia itu, punya lah tak nak buat Jasmine risau.
"Awak cemburu ke?". Lain pula apa yang difikirkan Jasmine. Caden menarik nafas lega sekali. Sekali je la. Takdenya nak berkali-kali apabila dia tahu yang dia perlu menjawab soalan itu sekarang ni. Keluar mulut buaya, masuk kandang harimau pula. Eh, macam salah je peribahasa tu?
Dia akui, ada lah sikit, sikit je perasaan cemburu itu.
TAK! SEBENARNYA DIA CEMBURU BANYAK! Cuma tak nak mengaku.
"Tak". Sepatah dia jawab sambil tangannya naik menggosok-gosok leher sendiri. Sebelah lagi tangannya setia di stereng kereta.
"Awak nak tahu tak Sayf?".
"Tahu apa?".
"Saya ada degree dalam kedoktoran psikologi tau selain daripada neurosurgeon master. Awak cuba nak tipu saya lagi?". Ha, yang ini bukan dia tak ingat tapi memang dia tak tahu. Kiranya, bijak nak mampus lah kan isterinya ni?
Caden diam. Habis sudah ideanya untuk berkata-kata. Nak mengaku yang dia cemburu? Tunggu arnab terbang dulu lah.
" Jawab la, abang~". Meleret dan cukup menggoda Jasmine memanggil suaminya menggunakan nama panggilan baharu itu. Bergetar juga la tulang rusuk lelaki itu. Manja sangat bunyinya!
"Siapa abang kau ni? Bukan Nazrien ke abang kau? Kenapa panggil aku abang?". Tanya Caden, hampir sahaja dia gagap.
"Ala...Kenapa? Salah ke, abang?". Tangan gatal Jasmine naik memegang peha suaminya. Astagfirullahalazim, makin berani ya?!
"Nazia, I warn you. Don't do this or I will not be responsible on what will happen after this".
"Kenapa? Kalau saya mengandung lepas ni, awak tak nak mengaku saya mengandungkan anak awak lah? Awak tak nak bertanggungjawab lah?". Soal Jasmine, marah.
YOU ARE READING
SAYF MALEEQ ||©
Romance[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang doktor bedah ternama boleh kahwin dengan ketua kepada Velkovace. Seorang lelaki dingin yang ditakuti ole...