San menatap jendela yang tak terbuka. Suasana bilik terlalu gelap. Kerana dia tak benarkan satu lubang pun untuk memberi ruang cahaya masuk.Ye, San memang suka berkurung.
Lelaki itu mencari idea hanya di dalam bilik. Sejujurnya dia tak pergi ke tempat yang indah untuk mencari idea baru. Hanya kadangkala saat dia keluar rumah, segala drama aneh berlaku di depan mata. Membuatkan dia tak pernah kekeringan idea.
Dan untuk barang mewahnya. San memang begitu. Menghabiskan wang pada sesuatu yang dia tak minat. Lagipun, apa yang dia suka? Tak silap, San hanya suka menangis.
"Woi bastard. Jom makan." Jay dengan biadapnya masuk ke dalam bilik San tanpa niat mengetuk.
"You prick. Kejap nanti aku turunlah." San menjeling. Menyampah dengan adiknya yang satu ini. Mengapa mereka adik beradik? Sangat tak sepadan dan tak sehati sejiwa. Bahkan sejak berumur 14 tahun, Jay sudah mencarut dan memanggil San dengan vulgar.
Jay malah menunjukkan jari tengah kepadanya. Lalu menghilang di sebalik pintu.
San dengan malas turun ke bawah. Lemau. Cukup lemas. Dia tak larat mahu bertemu sang ibu.
Saat sudah memasuki kawasan dapur, San terus duduk di sebelah adiknya di meja makan yang tidaklah mewah seperti di rumah anak dato.
"Jarang-jarang kau turun makan. Apa ada setan rasuk ke malam ni?" Tanya ibunya sinis. Siap menjeling anak sendiri lagi.
"Eomma. Jay yang panggil hyung." Sahut Jay. Ya, memang dia kasar. Tetapi dia tak suka melihat ibunya kasar kepada sang abang.
"Tak perlu panggil dia lah Jay. Kalau dia lapar pandai-pandai dia cari makan. Duit beribu dia tu, baik guna." Sindir ibunya lagi.
Sehingga tangan San menggeletar di bawah meja. Sejujurnya San sudah muak untuk kekal tersenyum pada ibunya walaupun hanya nipis. Kerana itu terlalu palsu.
Jay yang muak dengan ibunya terus menyelitkan chopstick pada tangan San. Lalu meletakkan mangkuk dengan nasi di depan San.
"Makan hyung."
Baru mahu masukkan sesuap, tiba-tiba suara ibunya kembali membantutkan langkah.
"Kenapa kau pelawa dia Jay? Aku masak bukan untuk dia. Nak ke dia makan makanan orang miskin macam aku ni. Yela, standard dia tinggi. Makan mewah, baju mewah, gajet iphone. Kita ni kain lusuh jugalah kita pakai. Kau pun tukang pinjam je." Ujar ibunya tanpa kisah dengan perasaan San. Siap mengunyah tanpa heran lagi.
Membuat San yang sudah bergetar dengan hati remuknya berdiri. Lalu pergi dari situ tanpa menelan apa-apa.
"Eomma! Kenapa kata macam tu pada hyung?" Marah Jay. Ibunya keterlaluan.
"Kau bentak aku, Jay? Sedar sikit, aku yang beri kau duit untuk hidup bukan dia." Tak mahu mengalah, sang ibu masih membuat tak tahu sahaja.
"Eish! Ikut suka eomma lah." Dengan kesal Jay pergi dari situ.
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanfictionᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...