𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠

90 26 22
                                    

     San sangat bodoh dalam urusan cinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     San sangat bodoh dalam urusan cinta. Hambar dan membosankan. Layak di campak jauh sahaja.

Jujur, Hyun dah mula kering dengan sikap San. Lelaki itu tidak menarik langsung. Sangat berbeza dengan pendapat Hyun pada mula-mula bertemu Choi San.

San tipikal kekasih posesif tetapi sejuk seperti peti ais.

Lelaki yang lebih suka di rumah tanpa gangguan. San selalu menolak jika Hyun menawar diri ingin menemani lelaki itu.

Tidak lupa juga, San menolak ajakan untuk pergi dating. Dia benar-benar tidak suka menghabiskan masa dengan benda yang tak berfaedah.

Dan menurut San, mengisi masa harian dengan Hyun hanyalah sesuatu tidak memberikan apa-apa benefits. Jadinya dia tak mahu.

Dalam masa seminggu hubungan mereka, Hyun sentiasa diberi dengan perkataan 'tidak' dari mulut lelaki itu.

Itu tak apalagi sebenarnya. Hyun pun tidak suka sangat selalu berkepit. Cuma sikap San yang terlalu posesif membuatkan dirinya makin muak.

Lelaki itu mengatur dirinya layaknya Barbie doll. Kalau boleh, pakaian pun dia mahu atur.

"Pakai yang panjang dan tak ketat. Kalau boleh kepala tu pun tutup sekali. Tak kisahlah kau pakai tudung mahupun tudung saji. Aku tak suka lelaki lain lihat tubuh kau termasuk rambut perang itu. Kau milik aku."

Oh tolonglah, Hyun tidak suka dikongkong. Apa maksud San yang dia tak suka lelaki lain lihat tubuh Hyun?

Lee Hyun hanya memakai pakaian biasa. Yela, biasa. Sangat biasa. Dress mini atas peha. Bukankah Hyun memang begitu? Mengapa perlu bertukar menjadi alim dengan jubah panjang layaknya muslimah?

Hyun lebih memilih menjadi pelacur kelab malam dari menutupi seluruh badan dengan kain tebal.

"Kenapa dress kau begini? Dada kau sangat menonjol! Ini tak patut. Masih banyak baju yang boleh kau peragakan bukan? Mengapa perlu yang nampak separuh dada kau?? Lain kali minta pakaian lebih tertutup, kalau tidak aku sendiri jumpa CEO syarikat kau bekerja!"

Amaran lagi. San benar-benar tak suka Hyun menjadi objek tontonan. Apatah lagi manusia yang melihat majalah modeling Hyun adalah berjantina lelaki. Itu hanya membuatnya makin marah.

"Siapa Kang Yeosang! Kenapa kau pergi makan dengannya? Berapa kali aku nak ulang supaya tidak pergi keluar dengan lelaki lain selain aku??!"

"Aku perlukan teman, San! Yeosang kawan aku. Lagipun kau sendiri yang tak mahu keluar dengan aku kan?!"

Kisah mereka diisi dengan pergaduhan juga. Mahu dikatakan selalu, boleh juga. Kadangkala setiap masa bergaduh. Ada sahaja benda tak kena di mata Choi San. Tetapi akhirnya, San juga yang memujuk dengan teresak kerana takut ditinggalkan.

"Maafkan aku, Hyun. Aku tertinggikan suara pada kau. Aku takde niat. Sumpah. Maafkan aku. Aku janji tak buat begitu lagi. Kau tahukan, aku memang tak suka berjumpa dunia luar."

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now