𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐮𝐫𝐭𝐬 𝐡𝐚𝐫𝐝𝐞𝐫

91 18 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   Darah mengalir menitik jatuh dari hujung jari. Menyentuh lantai putih sehingga meninggalkan kesan cecair merah.

Dunia seperti tiada suara. Siren Ambulan seperti sudah tenggelam oleh bumi. Semuanya menggeletar hebat. Soalan 'apa ini pengakhirannya?' tidak berhenti bermain-main di dalam minda. Kelabu memenuhi atmosfera. Para manusia berpakaian serba putih berlari menolak objek yang beroda itu.

Menolak sehingga memasuki bilik dengan papan 'emergency room'.

"San?"







"Syukur cik buat panggilan awal. Jika tidak, Encik Choi mungkin kritikal. Cuma tusukan sedikit dalam, jadinya mungkin ambil masa lama untuk sembuh."

Menerima anggukan kepala dari wanita yang masih datar wajahnya. Dia menunduk kepala setelah sang doktor beredar dari situ.

Hyun jatuh melutut di lantai.

Menutup wajah dengan kedua telapak tangan. Menghilangkan wajah agar tiada sesiapa dapat lihat. Tangannya masih menggeletar dari awal dia berada di sini.

"Hiks- kau buat aku takut Choi San." Lirihnya. Tersengguk-sengguk kepalanya.

Sesaat dia cuba menenangkan hati. Berdiri lalu mengelap wajah yang basah. Setelah itu bergerak masuk ke dalam satu bilik.

Lagi dan lagi. Hyun terasa seperti ada tsunami melanda dalam hidupnya. Melihat sosok tubuh yang terbaring lemah di atas katil serba biru.

Dengan bau ubat-ubatan.

Ini bukan kondisi Choi San yang dia ingin lihat.

"Mengapa kau betul-betul cederakan diri, hurm?" Tanyanya perlahan. Duduk disebelah tubuh yang seperti mayat.

Menggenggam erat tangan yang sedikit beku.

"Kau buat aku takut. Aku sangat takut." Tangisnya lagi.

Awalnya Hyun fikir San hanya bermain-main. Tetapi darah mengalir keluar dari perut kempis lelaki itu. Membuatkan pakaian Hyun yang bersih berganti merah dan berbau hanyir darah.

San tersenyum disaat nyawa-nyawa ikan. Siap menuturkan kata-kata cintanya. Membuatkan hati Hyun bertambah rasa bersalah.

Jujur, siapa sahaja sangka akan ada seseorang yang berani mati hanya disebabkan cinta? Tolonglah, benda ni kolot. Tetapi masih ada yang lakukannya.

Mengapa manusia sanggup bunuh diri hanya kerana putus cinta??

Apa mereka tak sedar? Mereka menjadikan manusia pihak sebelah sebagai penjenayah tanpa sedar. Sedangkan, mereka tidak bertusuk langgar.

Tak faham dengan cara Choi San berfikir. Lelaki itu aneh. Melakukan sesuatu secara tiba-tiba tanpa disangka. Bukan sahaja baran. Tetapi gila.

Mungkin pola fikirannya berubah ikut masa? Yela, waktu tengahari biasanya dia mengamuk, malam murung, pagi meroyan. Tapi kadangkala berubah-ubah seperti cuaca. Tidak tahu siapa yang kawal.

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now