𝐈'𝐦 𝐰𝐚𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠

71 14 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Macam mana dengan jualan hari, dear?" Tiba-tiba lengan berotot memeluk tubuh perempuan kecil itu dari belakang.

"Macam tu la Heeseung. Budak-budak sekolah lalu lalang yang selalu beli." Balas wanita dengan rambut diikat ekor kuda.

"Berehat lah Hyun. Kau mesti penat kan." Ujar Lee Heeseung lembut. Menarik tangan Hyun untuk menduduki kerusi di meja makan.

"Tunggu. Aku akan mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama." Heeseung memberikan usapan lembut di kepala wanita itu sebelum masuk ke dalam biliknya.

Lee Hyun menghembus nafas berat.

Dia baru sahaja habis memasak makan malam untuk dirinya dan Heeseung.

Tertanya?

Ya. Mereka sekarang hidup berdua di sebuah apartment di Busan. Bukan sebagai sepasang suami isteri. Hanya rakan serumah.

Tapi jika lihat perilaku mereka memang seperti pasangan pada umumnya. Heeseung yang pergi bekerja di hospital lalu pulang dan dijamu dengan makanan dari Lee Hyun. Wanita itu juga membersihkan rumah dan membasuh baju.

Sejak dua tahun ini, Lee Hyun belajar untuk menjadi seorang manusia yang sebenar-benarnya. Bukan lagi perempuan yang suka ke club malam, menghisap vape.

Heeseung betul-betul merubahnya.

Ikutkan, dia mahu pergi jauh dari Seoul bersama Yeosang. Tapi bila diingatkan lelaki itu memang sudah asal sana dan sudah bekerjaya, jadinya rasa bersalah pula mahu menyusahkan.

Dan lalu, seperti rezeki dari langit. Heeseung datang menjadi penemannya.

"Hello, Yeosangie. Apa khabar?" Sapa Hyun lembut.

"Yow Lee Hyun! Lama kau tak call aku." Jawab Yeosang di sana.

"Maaflah. Aku sibuk membakar roti setiap hari. " Hyun terkekeh. Yeosang tetap ceria seperti selalu.

"Iya lah, Hyun. Aku cukup lega dengar suara kau happy happy macam ni."

Tiba-tiba terfikir sesuatu di benak wanita itu. "Apa khabar Choi San, Yeo?" Soalan itu membuatkan Yeosang terdiam seketika.

Hyun dan San sudah berpisah lama. Tapi, tak jarang Hyun bertanya tentang San.

"Macam tu lah dia. Novel dia tak pernah tak laku. Trending je. Tapi sekarang takde la sampai dijadikan drama nya." Sesaat Yeosang terdiam. Mahu mendengar balasan dari Hyun. Tapi wanita itu tetap tak berkutik.

"Hyun. Dia memang nampak macam ok. Tapi dia jugak selalu nampak murung. Aku jarang jumpa dia. Sebab kami tak saling mengenali. Cuma, aku selalu nampak dia termenung dekat tasik. Kau tahu, lonely boy."

Hyun hanya mendengar nya dia teliti. Entahlah, hatinya tak keruan sekarang. Tapi dia juga tak tahu mahu respon apa.

"Aku dengar, mak dia stork. Lumpuh. Makin lama aku tengok Choi San tu. Aku rasa dia betul-betul dah menyesal, Hyun. Kau, kau tak kasihan dekat dia ke Hyun?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now