Streeett
Mata rubah Choi San menatap manusia yang menarik kerusi di sampingnya.
Tanpa minat, San menarik wajah. Mengalihkan pandangan pada novel tebal di depannya.
"Suka baca novel?" Bingit. Itu yang Choi San rasakan.
"We're in a library, miss." Balas San tanpa memandang manusia itu. Dia benci manusia yang sibuk memberi perhatian kepadanya.
Kerana pada akhirnya, Choi San tetap di pinggirkan.
"Ouh, sorry Sir." manusia berjantina wanita itu terus mengangkat bahu malas. San terlalu datar.
Mereka sibuk membaca buku yang mereka ambil. Di perpustakaan awam yang sunyi. Bunyi gerimis hujan membuatkan San menutup novel yang dia baca.
Berdiri. Lalu pergi menyimpan novel tadi di tempat yang sebenarnya.
"Sir." Wanita tadi menepuk bahu San. Saat menerima jungkitan kening, dia terus bersuara.
"Saya baru sedar, You're Choi San, aren't you? Author of the novel Seoul Royal. Am I right?" Wanita itu menunding jari pada wajah San.
Tanpa berminat, San pergi dari situ. Berjalan seperti biasa turun ke tingkat bawah. Setelah itu keluar dari bangunan dua tingkat itu.
Tetapi sialnya, wanita itu masih mengikutinya.
"I know you are Choi San! Give me your autograph please." Pinta wanita itu dengan buku nota kecil di tangannya.
San tak berminat.
Cuma langkah masih tidak boleh diambil saat seorang wanita lain datang dengan wajah tidak mesra ke arah mereka.
Plakk!
San tak terkejut. Malah dia hanya terkekeh remeh. Memandang pipi merah yang baru sahaja menerima tamparan hebat dari satu tangan mulus.
"Fuck you Hyun!! Who do you think you are?? Aku sahabat kau, berani betul kau ambil kekasih aku!" Amuk wanita itu. Masih setia memandang Hyun yang menyentuh pipi yang kesakitan.
San tiba-tiba rasa tak mahu pulang. Lebih baik dia tonton sketsa ini. Boleh di jadikan idea baru untuk novel akan datangnya.
"Arghh." Hyun menolak pipi dalam dengan lidahnya. Terasa perih sekali pipinya.
Lalu di pandang wajah manusia di depannya.
"Heejin, dah berapa kali aku kata aku tak ada hubungan apa-apa dengan Hyunjin. Kami tak lebih dari kawan." Kata Hyun malas. Bahkan dia menyampah untuk melihat wajah perempuan dipanggil Heejin itu.
"Habis tu? Why kau tak berhenti bertukar pesan dengan dia? Kau fikir aku bodoh? Kau terlalu jalang, Hyun! Berhenti ambil milik orang!!" Suara Heejin makin meninggi.
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanficᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...