[Warning, hambar alert]
Hyun berjalan mencicit. Mengikuti Choi San dari belakang. Dia masih setia mengikuti San sejak pukul 10 tadi.
San baru sahaja habis melihat perakaman untuk drama dari novelnya. Di sebuah jalan raya. Sekejap sahaja dia pantau, lalu lima belas minit kemudian dia meminta diri untuk pulang ke rumah.
Hyun, yang sudah membuat penyamaran, dengan siap sedia memerhatikan Choi San. Dengan kaca mata hitam. Lalu memakai hoodie dan menutup kepala.
Terima kasih kepada Minkyung yang memberitahunya bahawa San ikut serta dalam shooting hari ini. Jadinya Hyun awal-awal sudah menyelit di antara staf. Agar San tak perasaan kehadirannya.
Sekarang Hyun masih setia membuntuti lelaki sedatar mozek itu.
Lama San berjalan, Hyun tak faham mengapa San tidak menaiki kereta sahaja untuk keluar atau balik ke rumah. Lelaki ini terlalu berjimat.
Sangat jauh bezanya dengan type pujaan Hyun. Hyun sukakan lelaki boros. Jadinya, jika dia minta duit, lelaki itu memahami dan berikan sahaja layaknya sugar baby.
San duduk di satu bangku panjang. Di bawah bumbung biru. Lebih tepatnya dipanggil bus stop. Dengan cepat Hyun menyorok di belakang board bus stop itu. Berharap San tak perasan.
Syukur, ada ramai orang sekarang.
Lelaki itu duduk dengan diam. Mengeluarkan earphone yang berserabut di dalam poket kemeja lengan pendeknya. Lalu disumbatkan di dalam telinga.
Hyun cuba mengintai. Melihat San yang seperti kelelahan. Matanya lelaki itu seperti akan tertutup.
Dengan langkah yang cepat, Hyun pergi berlari duduk disebelah San. Tak mahu seorang makcik tua duduk di situ.
"Oh tak sedar?" Hyun terkejut kerana San masih tak perasan yang dia duduk di sebelah lelaki itu.
Dengan santai, dia menarik satu belah earphone dari telinga San. Memakai pada telinganya sendiri.
Statik San menoleh. Lagi lagi dia mengeluh. Perempuan ini memang tak belajar erti putus asa agaknya.
San menarik kasar earphone miliknya sehingga wanita itu merintih kesakitan.
"Aduh. Lek la." Telinganya diusap.
Malas mahu banyak kata, San hanya memalau. Saat bas sudah datang, berpusu-pusu semua orang masuk.
San dan Hyun juga.
Saat masuk, San terus melekatkan kad miliknya pada satu tempat. Mungkin sejenis kad debit? Entahlah, begitulah cara bayar tambang bas sekarang.
Hyun yang berada di belakang San terus buntu. Dia tiada apa-apa kad sekarang.
Dilihat San yang sudah pergi duduk di bahagian paling belakang tanpa minat untuk membantu dirinya. Zalim sekali.
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanficᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...