"Gila. Aku fikir dia hidup dalam istana. Rupanya rumah teres dua tingkat je." Ini sangat mengejutkan. Kawasan rumah itu memperlihatkan seperti San adalah manusia biasa. Sedangkan sekali bukunya dipasarkan, semuanya top sales.
Bahkan rumah apartment Hyun juga kelihatan lebih mewah dan berkelas dari yang ini. Apa Choi San tak pandai memilih rumah?
Malas mahu berkomentar lebih, jadinya Hyun terus menekan butang loceng.
Lama dia tunggu, tetapi tak ada sahutan. Disebabkan San adalah orang rumah, pasti dia ada di dalam. Sebab itu Hyun setia menunggu lagi.
Setelah 10 minit, seorang lelaki membuka pintu. Bukan Choi San.
"Who are you?" Soal lelaki dengan rahang tajam itu. Berbanding dengan San, lelaki ini mempunyai mata besar.
"Saya kawan Choi San. Boleh saya jumpa dia sekejap?" Pinta Hyun dengan lembut.
Lelaki itu berkerut kening, dia pergi ke arah Hyun yang masih berada di depan pagar. Meneliti wanita itu. Lalu dia membuat muka cemberut.
"Kau fans dia eh? Tak perlu tipu, San tak ada kawan perempuan. Lelaki juga." Balas Jay, membuat muka ejekan pada Hyun.
"Habis itu awak? Musuh dia?" Tak mahu menjadi kecundang awal, Hyun segera menambah.
"Heh, aku satu-satunya manusia dia sayang tau. Aku segala-galanya buat dia. Kau apa tahu. Hidup menyusahkan orang je kerja."
Oh tuhan, hati Hyun seperti di tusuk pedang. Mengapa ramai sekali mengatakan dia menyusahkan semenjak dua ini?
"Siapa tu Jay?" Suara seseorang dari belakang Jay menarik perhatian. Hyun tersenyum suka melihat Choi San datang menyelamatkan dirinya. Untuk yang ini, Hyun berjanji akan membawa San makan sushi percuma.
"Ini ha, ada witch gila." Ujar Jay santai. Mata Hyun terbuntang tak percaya. Kedua lelaki di depannya ini memang mempunyai sifat sama rupanya. Mulut lancang sekali bab mengutuk.
"Oh, kau. Kenapa datang?" Soal San datar setelah menyedari kewujudan Hyun. Cukup bagus dia hafal wajah Hyun.
"Oho, masih ingat rupanya. Saya ada benda nak cakap ni. Tapi boleh sembang berdua tak?" Hyun menyelitkan rambut di belakang telinga. Sengaja membuat gaya comel.
"Tak. Aku tak nak." Jawab San mudah. Memandang wajah Hyun penuh judge mental.
Lalu dia bergerak ingin masuk ke dalam rumah semula.
"Woi stupid! Kau kenal dia?" Soal Jay. Masih tak percaya yang abangnya mengenali seorang perempuan.
"Tak lah. Biasalah perempuan macam tu. Tak ada kerja, sibuk nak lelaki." Sahut San santai.
Saat keduanya ingin masuk ke dalam dan meninggalkan Hyun, wanita itu menjerit lantang.
"SAYA SUKA AWAK SANN!"
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fiksi Penggemarᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...