𝐌𝐲 𝐏𝐫𝐨𝐨𝐟

88 19 16
                                    

Sunyi, segalanya menjadi satu beban buat Choi San

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunyi, segalanya menjadi satu beban buat Choi San. Lelaki itu meletakkan segala kesalahan atas dirinya.

Layaknya penjenayah, San dapat rasakan dia lebih teruk daripada pembunuh. Mengapa perlu menyakiti orang yang di sayangi?

San bukan psikopat.

Kan?

"Hyun. Di mana Hyun?" Seperti wanita meroyan akibat keguguran. San memeluk lutut di atas katil. Dengan mata yang memerhati sekitar bilik.

Mencari Lee Hyun.

Walaupun tahu Hyun takkan berada di situ. Tetapi San yang seperti tidak waras tetap melakukan hal bodoh.

Sudah beberapa hari dia tidak menjumpai gadis kegilaannya itu. Makin lama, San terasa dunia mula hancur seperti kapal pecah. Tiada lagi puncanya untuk bertahan.

Mengapa dia terlalu negatif?

San tak tahu. San tak tahu mengapa Hyun mengasingkan diri daripada dirinya. San tak benci Hyun pun. Tidak pernah. Dia hanya marah kerana Hyun selalu kelihatan seperti menduakan dirinya. Itu sahaja. San benar-benar cintakan wanita.

Ya. Benar-benar. Tapi, mungkin perkataan benar itu hanya di isi dengan 60% sahaja.

Yela, San mudah muak. Apalagi dengan kelakuan Hyun yang jelas-jelas memuakkan.

Tetapi, San sayangkan Hyun!!

"Hyung."

Jay. Adiknya menatap sayu sang abang. Mengeluh buat kesekian kalinya. Tidak tahu bagaimana lagi mahu memberi motivasi.

Kadangkala tertanya, mengapa cinta perlu wujud dalam dunia? Lihatlah, sekarang cinta menyusahkan dirinya yang sebenarnya tiada kaitan.

"Berhentilah. Sampai bila mahu macam ni, gila??" Jay makin menyampah.

Sebagai sosok yang kasar, Jay sejujurnya tak rajin untuk memujuk abangnya yang patah hati. Lebih suka memberi kata-kata kesat, Jay tak akan meninggalkan satu pun carutan dalam setiap ayat jika menegur Choi San.

"Sampai Hyun maafkan aku." Jawab San sambil mencebik bibir.

Mendekat. Jay mencampak buku yang berada di tangannya di atas lantai dengan kuat. Dia baru pulang dari kolej.

Abangnya harus diberi pelajaran. Sudahlah bodoh, berkelakuan bodoh pula. Makin bodoh jadinya. Lalu membebankan dirinya yang sememangnya bodoh juga.

Plakk

Tamparan seenak bunyi, Jay tidak takut-takut untuk memberi perkhidmatan belaian sedikit pedih pada pipi seseorang.

"Bodoh! Kalau macam ni perangai kau, menyesal aku kata aku berbangga ada abang macam kau! Cuba berfikir rasional Choi San! Kau sudah dewasa! Kau bahkan sudah tempuh segala rintangan yang berat. Tetapi mengapa hal kecil ini sahaja sudah menjadikan kau seperti lelaki tak guna!!"

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now