Apa yang membuatkan aku teguh berdiri di sini? Apa? Apa tujuan aku mendapatkan dia? Apa tujuan aku?
Oh tuhan, tamaknya aku, jahatnya aku, bongkaknya aku.
Tetapi aku masih ingin kan dia.
Apa tujuan aku hidup?
Aku hanya menyusahkan orang. Aku layak mati. Aku antara manusia yang layak untuk menjatuhkan diri sendiri dari atas jambatan.
Lebih baik aku tamatkan riwayat hidup sendiri.
Tetapi, aku takut mati.
Aku rasakan aku bermasalah, dan aku tidak patut wujud di dunia ini. Aku merasakan yang diri aku serendah-rendah alam. Aku adalah golongan paling terkutuk.
Tetapi aku tetap ingin menunjukkan pada dunia yang aku mulia.
Bukankah aku terlalu palsu.
Dan kalian juga.
Memandang wajah perempuan yang tidak mengambil kisah tentang aku. Aku mula bergerak perlahan, naik ke atas katil.
"Kau tak mahu menegur aku, Hyun?" Apa gunanya dia melawat aku hari ini jika hanya untuk berdiam diri. Aku bosan. Wanita ini terlalu lama mendiami aku.
Dari tadi, sudah dua jam. Hyun datang ke sini hanya dengan alasan menziarahi. Tetapi, dia sibuk bermain dengan benda persegi yang bernama pintar itu.
Aku lebih pintar. Aku lebih menarik untuk di pandang.
Dan aku lebih menyelerakan.
Tapi kenapa Hyun tidak memfokuskan diri pada aku seorang? Ini tak adil.
Benda mati pun sudah menjadi antagonis. Apa lagi kalau manusia. Oh tuhan, aku cemburu dengan gajet itu.
"Aku tak ada topik untuk berbual." Balas Hyun mudah. Tanpa melirik sedikit pun kepadaku. Bahkan tidak menjeling dengan satu mati.
Ahh, aku sudah terbiasa di palau. Tetapi kenapa yang ini lain macam rasa sakitnya?
"Berhenti bermain dengan telefon, Hyun. Jika kau datang ke sini sekarang untuk menjadi pemandangan bosan untuk aku, lebih baik kau pulang." Kataku. Mula menyampah dengan sikap acuh tak acuh oleh Hyun.
Aku benci dilayan seperti ini.
Hyun mula menatap ku. Akhirnya. Tetapi kenapa dia masih datar?
"Baiklah. Aku pulang."
Bangang.
"Jangan sesekali kau keluarkan kaki kau dari bilik aku tanpa izin, Hyun!" Mula naik darah. Aku cuba menahan untuk tidak menamparnya. Hyun betul-betul menaikkan jiwa binatang ku.
"Tadi kau yang suruh aku pulang kan?" Seperti malas. Hyun mengeluh dan menjeling ku.
Ini tak patut.
"Berhenti buat muka macam tu, Hyun. Aku tak segan untuk siram wajah kau dengan air panas." Ancam ku. Gigi aku mula ketap. Aku benar-benar tidak bergurau jika mengatakan aku tak suka.
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanficᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...