𝐓𝐞𝐚𝐬𝐞𝐫

113 37 32
                                    

    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    

      Hidup San tak aman. Semuanya salah Jay. Adik bengapnya. Terasa seperti dikhianati pula.

Sungguh tergamak Choi Jay memberikan nombor telefon San kepada Hyun dengan ganjaran kasut berjenama Gucci dan Denim trucker berjenama LV.

Jay sangat gila kemewahan.

Dan disebabkan itu, San diganggu disetiap hari. Bahkan setiap masa. Apalagi dengan Hyun yang tiada job buat dua minggu ini.

Wanita itu tak henti menghantar mesej tiada isi penting kepada San. Bahkan setiap kali San ingin mengetik papan kekunci, telefonnya berdering.

Kerana terlalu frust akibat diganggu, San menblock nombor Hyun. Tapi malangnya dia, Hyun bukan manusia mudah mengalah, wanita itu sanggup menggunakan nombor lain semata-mata untuk hantar mesej tiada faedah.

Dan akhirnya, San mematikan telefon.

Sekarang dia sedang menaip dengan pantas. Idea sedang berjuta jadinya dia tak mahu membazir masa walaupun sekarang sudah pukul 3 pagi.

Setelah berhasil merangka kisah baru minggu lepas, minggu ini dia terus menaip. Mengembangkan idea. Tentang novel miliknya, biasanya dia membuat kisah romantik fantasi. Jika inginkan comedy, sila cari novel lain. Dan untuk yang baru ini, San membuat cerita tentang science fiction. Memang itu genre baru untuknya, tetapi dia tetap ingin mencuba.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi enjin kereta. San yang sememangnya duduk di meja kerjanya terus berdiri. Menyelak langsir di depannya, lalu memandang luar tingkap.

Ada satu kereta yang sangat dia kenal di depan rumah. Oh menganggu sekali.

"Tolonglah, sekarang dah pagi buta. Takkan dia tak nak tidur? Apa bodoh perempuan ni." Kerana terlalu menyampah dengan sikap Hyun, San turun ke bawah.

Ingin berdepan dengan wanita tak faham bahasa itu.

San keluar dengan wajah masamnya. Lalu pagar rumah dia turut buka. Jarang-jarang dia keluar selangkah dari pagar. Biasanya dia memang bertemu dengan tubuh masih berada dalam kawasan rumah. Kecuali benda terdesak.

Dan sekarang dia terdesak. Tapak tangannya gatal sekarang.

Tok tok tok!

San mengetuk cermin tingkap kereta Honda yang dia tak tahu sejenis apa.

Lalu pemiliknya menurunkan cermin kereta. "Kau tak tidur San? Bukan ke dah malam?" Soal Hyun terkejut yang San keluar dari rumah.

San berdecit menyampah.

Tangan lelaki itu masuk ke dalam kereta melalui cermin. Lalu dia menekan tombol untuk pintu tidak terkunci.

Menarik pintu sehingga terbuka. Lalu tangannya mencapai lengan wanita itu kasar. Sehingga tubuh itu keluar dari kereta.

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now