Heeseung sibuk men'scroll tiktok miliknya. Melihat-lihat video yang para manusia mengupload.
Tiba-tiba satu klip pendek itu menarik perhatiannya. Trailer drama baharu bertajuk 'Seoul Royal'.
"Diadaptasikan daripada novel 'Seoul Royal' Choi San." Mata Heeseung berkelip-kelip membaca ayat yang tertera.
Bukan itu nama pesakitnya?
Heeseung mula membuka aplikasi chatnya dengan Hyun. Wanitanya itu ada bagitahu yang dia suka dengan novel Seoul Royal.
"Apa aku harus minta autograf San untuk Hyun?" Heeseung mula berfikir.
Mungkin ini caranya untuk berbaik dengan Hyun? Yela, saat bangun pagi hari itu, Hyun sedang tidur lena dalam biliknya. Jadinya Heeseung yang memang merancang akan ke Ulsan hari itu juga terus bertolak. Dengan meninggalkan pesanan ringkas di satu kertas.
'Sorry for last night. I'm going home. Take care, dude.'
"Ye, aku perlu pujuk dia." Akhirnya Heeseung bangun. Membawa satu buku nota miliknya. Pergi ke wad yang San menetap untuk dua hari ini.
Petang ini dia akan keluar. Lalu menghabiskan masa cutinya seperti yang dirancang.
Heeseung terus tersenyum melihat San yang masih ralit menaip pada benda segi empat itu. Duduk di sebelah katil Choi San.
"Encik Choi San." Heeseung menyebut perlahan. San hanya meng'hem' sahaja.
"Boleh saya minta autograf?" Permintaan Heeseung mengingatkan satu memori tidak asing pada Choi San.
San berkerut. Lalu bertanya. "Untuk apa?"
"Haha, awak penulis novel Seoul Royal kan? Antara novel terlaris tahun lepas. Kawan saya peminat novel awak. Jadinya boleh tak kasi tandatangan? Satu je." Mohon Heeseung. Merapatkan kedua tangan dan memberikan mata penuh bersinar.
"Oh, tahu pula kau aku ni famous. Semalam nampak kuno sangat." Sindir San. Tetapi dia masih menarik kertas tadi. Menurunkan autograf.
"Maaflah." Heeseung tersengih. "Dah tujuh tahun saya tak duduk Korea. Banyak yang saya tak tahu. Inipun bersyukur still boleh bercakap bahasa ibunda." Heeseung menggaru kepala. San pula mengangguk.
"Dah lah, bla. Nak tidur." San mula menghalau. Menutup telefon. Habis itu, terus dia mengiring. Menutup mata, dan berharap mampu masuk ke dunia mimpi secepatnya.
Heeseung hanya menunduk sesaat sebelum bangun. Menangkap gambar kertas tadi. Lalu di share kan pada Hyun.
Pasti wanita itu suka.
– Hyun lihat, apa aku dapat
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanficᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...