𝐍𝐨𝐭 𝐈𝐦𝐩𝐨𝐫𝐭𝐚𝐧𝐭

90 24 23
                                    

      "Aku dengar cerita, ada pihak media kata Choi San bercinta dengan celebrity

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Aku dengar cerita, ada pihak media kata Choi San bercinta dengan celebrity." Ujar seorang model yang sedang dirias.

"Benarkah? Wah, dia sangat famous. Dah serupa seorang pelakon. Memang tak heran kalau dia bercinta dengan celebrity. Dia kacak." Tukang rias itu pula menjawab. Mengangguk setuju.

Semenjak dua, San menjadi makin naik daun. Apatah lagi saat dia di jumpai sedang bermain sukan air pada cuti minggu lepas dengan sang adik.

Tup tup, dengan Jay sekali namanya naik.

Ramai yang mula mendekati kedua manusia layaknya putera diraja itu.

Cuma di pelusuk bilik, seorang wanita yang sibuk bermain telefon cuba menahan emosi. Takut dia mengamuk sahaja.

Choi San.

Miliknya, ahhh. Dia kekasih Choi San. Lee Hyun. Tetapi lelaki Choi itu tak pernah ada rasa ingin memperkenalkan pada dunia siapa Lee Hyun pada hidup dia.

Tiada secebis keinginan untuk menceritakan bahawa Hyun adalah miliknya.

Geram sekali Hyun. San digoda beribuan kata buaya dari hama-hama bergelar wanita. Ada yang sudah bersuami lagi.

Setiap kali datang ke rumah Choi San, pasti sahaja ada beg beg hadiah yang menghalang jalannya untuk masuk. Syukurlah, si ibu tua Choi tak buang semua hadiah itu. Katanya, ada hadiah yang boleh dia pakai.

Mengambil kesempatan.

Drttt drtt

Telefonnya berdering. Kang Yeosang menelefonnya.

Oh, sudah lama dia tak bertemu kawan sewelnya setelah kali ke seratus diugut oleh Choi San.

"Hello Yeo?"

"Weyh! Buka tv cepat! Boyfriend kau masuk tv ni!" Ujar Yeosang terburu-buru. Suaranya sedikit kedengaran teruja.

Belum sempat Hyun menyentuh remote di atas meja, seseorang telah menarik terlebih dahulu. Membuka televisyen.

Seperti tujuan manusia itu sama sepertinya.

"Kami dengar, anda bercinta dengan seorang celebrity ternama, tak mahu kongsikan siapa gerangan bertuah tu?"

Suara manja mc menerpa indra pendengaran. San berada dalam press conference di tv KBS sekarang. Tak pasti untuk apa rancangan ini diadakan. Hanya sekadar menemu bual Choi San. Sangat ikut trend.

"Celebrity? Saya tak minat celebrity. Maaf, saya tak ada girlfriend." Begitu datar San menjawab. Mata lelaki itu langsung tak membalas pandang mata sang mc.

Lebih memilih memandang depan.

Jujur, hati Hyun lega kerana San tidak mengatakan dia bercinta dengan celebrity. Yela, siapa celebrity???

sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)Where stories live. Discover now