San termenung. Melihat suasana taman dengan budak-budak yang sibuk bermain pasir di depannya.
Sekarang sudah petang. Dan dia baru sahaja di halau ibunya.
Jangan risau, walaupun dihalau, San tetap akan pulang ke rumah itu. Biarlah dikatakan anak tak tahu diri. Lagipun dia yang bayar bil bagai.
"Kalaulah aku masih budak-budak." Itu azamnya. Semua orang mempunyai impian yang sama. Iaitu kembali ke zaman kanak-kanak. Tiada beban, tiada tekanan.
Ye walaupun banyak menangis waktu kecil. Sekurang-kurangnya San tak akan dimarahi sangat.
Di lirik beg dengan isi laptop yang berada di atas pehanya. Dia keluar dari rumah dengan laptopnya tadi.
Ibunya kemain mengamuk kerana San tak sengaja menjatuhkan mangkuk penuh dengan sup pedas dari meja. Salah San juga. Gatal nak membuat kerja di meja makan.
Sekarang dia terima padahnya.
"Tak apalah. Aku belajar satu pengajaran hari ini." San tersenyum kelat.
Begitulah dia. Segalanya dia anggap positif jika berkait sang ibu. Orang lain tidaklah. Walaupun ibunya jijik dengan dia, sekurang-kurangnya ibunya masih melahirkan dirinya. Bukankah effort seorang ibu saat melahirkan itu besar? San harus berterima kasih.
San berdiri. Menggenggam tali beg laptopnya erat. Lalu mendekati sekumpulan budak-budak di kawasan segi empat penuh pasir itu.
"Anyeong."
Semua memandangnya. San tersenyum.
"Boleh hyung join?" Pintanya. Jarang-jarang sekali dia lakukan benda ini. Berkata dengan orang asing. Sejujurnya San tak berani. Penakut.
"Marilah!" Ajak satu budak di situ. Memberi ruang untuk San duduk di sebelahnya. San dengan hati menghangat terus bermain dengan mereka.
Membina istana pasir. Bergurau senda dengan kanak-kanak riang. Lalu mereka berkenalan.
Ini, pertama kalinya San cuba terbuka untuk mencari kawan setelah 12 tahun berlalu.
"Wow. Are you kidding me? You play with kids, San ssi?" Suara feminin membuatkan kepala San menoleh ke belakang.
Melirik seorang perempuan dengan rambut separas dada dan jaket jeans.
"Saya tak sangka awak suka berkawan dengan budak kecil." Perempuan yang dikenali sebagai Hyun itu cuba menahan tawa.
"Hyung, sapa noona ni?" Soal budak kecil lima tahun bernama Chris. San membalas dengan senyuman cerah. Mengusap kepala budak itu dengan tangan yang tak menyentuh pasir.
Lalu dia menggeleng sebagai balasan soalan itu.
Hyun yang menyampah kerana San tak menjawab soalan budak itu terus bersuara. "Nama noona Hyun. Isteri San hyung."
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fanfictionᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...