Entah apa yang mendorong San, tetapi sekarang lelaki itu sedikit terbuka. Mengikuti apa Hyun suruh.
San sekarang berada di satu restoran di pusat beli belah di Gangnam. Dengan ice lemon tea bersebelahan laptop yang terbuka.
Oh tolonglah, bila je San ada masa terluang? Lelaki itu sibuk bekerja setiap masa. Ye memang menulis cerita itu boleh sahaja berehat, tetapi San akan tetap setia berada di depan alat persegi itu.
Jika boleh dia mahu menjadi sibuk dan sibuk. Sehingga kesibukan menyibukkan dunia yang sudah sibuk dengan kesibukan yang menyibuk. Lalu, jadi seperti rakyat Jepun yang tak berhenti bekerja lalu mati.
Oh mudahnya mati. Susahnya hidup. Sakitnya mati, deritanya hidup.
Tiba-tiba San kesal dilahirkan.
Saat sedang larut menaip, mata San menangkap dua manusia berlainan jantina duduk tidak jauh dari mejanya.
Seperti kenal. Eh, tidak. Memang kenal. Siapa lagi kalau bukan perempuan yang menganggu hidupnya dengan kegangguan yang ganggu metabolisme badan San.
"Oh, bitch." Otot pipi San naik ke atas saat melihat Hyun memeluk lengan lelaki berotot disebelahnya.
"Sungguh jalang." Komen San sejenak. Menggeleng-geleng. Tak faham dengan perangai tak beberapa perempuan milik Hyun itu.
Berapa banyak aplikasi dating online dia download? Rasanya para pengguna apps sial itu mengenali Hyun.
"Oh, euww- " San makin membuat wajah ingin muntah saat Hyun mula bermain-main di dada lelaki entah siapa itu. Membuat bentuk yang San tak tahu apa pada dada yang kelihatan bidang.
Berapa kali lelaki itu ke gym?
Haruskah San pergi ke tempat penuh raksasa botak dengan otot otot aneh itu?
"Sungguh omong kosong. Aku dah agak dah betina ni main-main dengan aku. Siap dia aku sumbat dia dalam jamban toilet budak-budak sekolah." San menyedut minuman laju.
Matanya bergetar tak tentu pasal saat melihat Hyun menyuapi lelaki tadi seperti bayi yang baru pertama kali memakan bubur.
Oh tuhan matanya akan merah jika agenda ini tak berakhir.
Haruskah San berjalan dengan menghentak kaki sehingga lantai tingkat lima ini jatuh menghempap tanah?
Ataupun pergi ke arah Hyun seperti drama cliche, lalu menumpahkan air ke wajah perempuan buat kerja tidak clear itu.
"Oh tidak. Aku bukan begitu. Aku cool." San menutup mata. Mencuba untuk menahan diri daripada bertingkah aneh.
Hey, San juga manusia.
Takk ktakk ktakk
Bunyi asing keluar saat San menekan kekunci brutal. Rasanya mahu tenggelam jari San di dalam laptop itu. Mungkin jari-jarinya dapat mencari di mana terletaknya CPU.
YOU ARE READING
sᴄᴀʀʟᴇᴛᴛ sᴀɴ || 𝙲𝚑𝚘𝚒 𝚂𝚊𝚗 (EDIT)
Fiksi Penggemarᴛᴏxɪᴄ ʀᴇʟᴀᴛɪᴏɴsʜɪᴘ ⌫ Semuanya baik-baik sahaja sehingga mereka sedar, mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Choi San yang menyimpan rahsia tentang masalah diri. Lee Hyun yang menyimpan rahsia tentang penipuannya. "Aku terpesona dengan se...