1

1.8K 33 3
                                    

hai semua. ini adalah story about Aaron.

harap maklong, story gay relationship. tak suka g jauh.

cast

sebelah kiri Aaron, sebelah kanan Neil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sebelah kiri Aaron, sebelah kanan Neil. hshshhshs comelnya 🦋

gambar atas tu, Aaron 😗

gambar Lukas dengan Dean, orangnya dekat cover story Lukas. i tak dapat detect siapa mereka berdua 😭 siapa kenal dm i ya. 🤭

_____________

Aaron menangis teresak-esak di hadapan pusara Fieyy, mendiang isterinya itu. Dia mengusap air matanya dengan laju.

Selepas itu, dia memandang anak kecil di sebelahnya. Anak kecil itu kelihatan muram sahaja. 

Lalu dia mencium lembut pipi anaknya yang berusia 8 tahun itu.

"Papa.. mummy dah takde.." ujar anak kecil itu dengan lemah. Aaron menangis lagi seraya memeluk tubuh anaknya itu dengan erat.

Becca menangis kecil di pelukan papanya.

"Aaron.." Aaron memandang gerangan yang memanggilnya itu. Lukas dan Dean.

Mereka memberi senyuman yang tipis.

"Redha lah..." nasihat Lukas. Aaron hanya diam sebelum menghembus nafas kasar.

"Aku nak tahu, siapa yang bunuh isteri aku." ujar Aaron dengan nada mendatar. Terdengar Lukas mengeluh.

"Kita bincang kat rumah kau, jomlah balik. Becca.. jom ikut uncle." ajak Lukas. Becca hanya mengangguk lalu menghampiri Lukas dan Dean.

"Hai, uncle Dean.." tegur Becca dengan senyuman yang hambar. Dean tersenyum, dia mengenggam jari jemari si kecil itu.

"Jom.." mereka berjalan bersama sama. Lukas melihat Aaron yang masih berteleku di hadapan pusara mendiang isterinya.

Dia mengeluh, lalu dia berlalu meninggalkan Aaron di situ.




"Polis kata, orang yang langgar isteri kau tu dah mengaku bersalah." ujar Lukas. Aaron memandang wajah abangnya.

"Siapa orang tu?! Aku nak jumpa pembunuh tu!!" Aaron bangun dari duduknya dengan wajah yang merah.

Pantas Lukas menarik tangan Aaron sehingga Aaron terduduk kembali.

"Relaks lah! Dia dah mengaku tak sengaja terlanggar Fieyy. Dia pun dah kena sumbat dalam tu." Aaron mencemik.

"Kenapa dia lari time dia langgar Fieyy?! Takut?" Lukas hanya diam. Aaron meraup mukanya.

Dalam hatinya, dia bersyukur sangat si pembunuh isterinya itu sudah mengaku salah.

Kalau tidak mengaku, memang dia akan cari sampai ke lubang cacing!

Tiba-tiba wajah Aaron bertukar mendung. Dia bersandar di sofa dengan matanya terpejam.

"Kau rindukan dia?"

"Bini aku, bang. Mestilah aku rindukan dia.." tak semana air matanya jatuh.

Sungguh saat ini, dia rindukan Fieyy..

"Doa baik-baik jela semoga Fieyy tenang kat sana.. kau kena move on.." nasihat Lukas. Aaron mengelengkan kepalanya.

"8 tahun bang.. aku hidup dengan dia.. aku tak sanggup hidup tanpa dia..." Lukas duduk di sebelah Aaron sambil menepuk bahunya.

"Move on lah.. Becca masih perlukan kau..."

Aaron mengusap air matanya. Dia melihat Becca sedang tidur di pangkuan Dean.

Dean pula sedang bermain dengan telefonnya.

"Ni, kau nak pergi kerja macam mana? Siapa nak jaga Becca?"

Aaron mengerdipkan matanya. Baru dia teringat tentang itu.

"Hmm, abang Dean tak boleh jagakan ke?"

Lukas menjongketkan keningnya.

"Kau nak suruh dia berhenti kerja ke apa?"

Dean berpaling memandang mereka.

"No, aku masih mahu kerja." laju Dean menjawab. Aaron mengeluh.

"Tapi abang Dean.. abang kan dah banyak duit."

"Aaron, aku bosan la duduk rumah tak buat pape, baik aku tolong Lukas. Memang lah aku rapat dengan Becca, tapi aku tak suka nak jaga budak lama-lama." kata Dean sambil tersengih. Lukas senyum sambil mengelengkan kepalanya.

"Hmm, kalau macam tu.. takpela..."

"Carilah babysitter." cadang Lukas. Laju Aaron mengeleng.

"Taknaklah..."

"Habistu siapa nak jaga Becca? Memang dia pergi sekolah. Tapi bila dia balik dari sekolah siapa nak jaga? Cari jela babysitter." ujar Lukas lagi. kata kaya, tapi orang gaji pun Aaron taknak ambil!

Bukan taknak ambil, selama ni rumah itu hanya Fieyy yang mengemas. Masak apa semua, Fieyy buat sendiri. Fieyy memang tak nak ada orang gaji.

Aaron terdiam.

"Hmmm, nanti jela aku fikir. " dia bangun lalu menghampiri Dean.

Aaron mengangkat tubuh kecil Becca lalu didukungnya. Kepala Becca terlentok ke bahunya.

"Aaron nak letak Becca kat bilik jap."

Mereka berdua hanya mengangguk. Bergegas Aaron ke bilik.

"Lukas.. cuba jangan paksa-paksa budak tu... dia baru je kehilangan Fieyy." ujar Dean tanpa memandang Lukas. Lukas pandang Dean dan merengus.

"Itu semua untuk kebaikan dia juga sayang.. yang you tu asyik dengan henfon tu kenapa? Chat jantan ke?"

Dean menjeling tajam ke arah Lukas.

"Haah, chat jantan." katanya selamba.

"What?!" Lukas menghampiri Dean. Dia bercekak pingang.

"You jangan macam-macam, Dean." Dean ketawa melihat wajah cemberut Lukas.

"Alolo.. client la Lukas oii. Nah." Dean memberi telefonnya kepada Lukas, lantas dia berlalu daripada situ.

Lukas melihat telefon di tangannya. Dia mencebik lantas dia mengekori langkah Dean.

A A R O N Where stories live. Discover now