4

814 22 2
                                    

"Kau ni, nasib baik budak tu tolong tahu tak! PA kau tu tak boleh diharap langsung!" marah Lukas sambil bercekak pinggang di hadapan dua beranak itu.

Aaron di sofa hanya tertunduk sambil memeluk tubuh Becca. Cis, macam Becca pula anak Lukas.

"Aku tak kira, kau kena cari babysitter juga!"

Aaron berdecit geram.

"Tak payahlah abang.. Aku boleh handle sendiri.." Lukas memandang Aaron dengan geram.

"Kau nak jadi macam tadi ke ha?! Eh kau ni, degil lah!"

Aaron bangun sambil mendukung Becca.

"Okey raklu. Mengantuklah." katanya sambil acah-acah menguap. Becca di dalam pelukannya ketawa kecil.

"Ha, saja la tu! Degil!!" marahnya lagi apabila Aaron berjalan di hadapannya dengan selamba.

"Sayang.. Dah la tu..." Lukas memandang Dean dengan geram.

"You pun sama!" Lukas terus berlalu daripada situ.

"Aik aku pula yang kena?" Dean mengeleng sambil tersenyum.

*****

Aaron menyelimutkan Becca selepas itu mencium dahi si kecil itu.

"Sayang.. Lain kali orang yang tak kenal ajak balik, jangan ikut." pesan Aaron. Becca memuncung.

"Papa tu yang tak amik Becca. Lagipun abang tu baik..."

Aaron tersenyum.

"Yela, papa salah.. Hmm, siapa nama abang tu?" tanyanya. Tadi dia nak jumpa lelaki itu untuk ucap terima kasih.

Tetapi tak sempat apabila Lukas memberitahu bahawa lelaki itu ada hal lain.

"Hmm.. Becca tak ingatlah. Hehe."

Aaron hanya tersenyum.

"Dah, tidur. Takde keje sekolah kan?" Becca hanya mengeleng.

"Goodnight pa.."

"Goodnight too, baby papa.." Becca senyum senang lalu memejam kan matanya.

Setelah menidurkan Becca, Aaron berjalan ke dapur. Ketika tiba di bilik berdekatan dapur, tiba-tiba dia terdengar suara desahan milik abang- abangnya.

Bibirnya menjuih.

Buat projek kat rumah aku la tu.

Dia menghirup air sejuk. Sambil itu dia memikirkan lelaki yang menghantar anaknya ke rumah. Entah kenapa dia nak tahu sangat siapa lelaki itu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang.

"Opocot mak kau terkejut! eh kau ni, Aaron." Dean menjengilkan matanya ke arah Aaron. Aaron ketawa kecil. Dia memberi sehelai tisu kepada Dean.

Dean yang sedang mengambil cawan mengerutkan dahinya.

"Apahal?"

"Lap la mulut tu, melekit benda putih tu dekat mulut abang." perlinya. Dean membulatkan matanya.

Lantas dia meraba mulutnya. Ada sisa cecair putih melekat di bibirnya.

"Shit...." dia mengelap bibirnya dengan muka memerah.

"Hm, tak tidur lagi ke? Teringatkan mendiang?" tanya Dean sambil mencurah air putih ke cawan.

Aaron mengeleng.
"Hmm tak.. abang Dean ada jumpa ke tadi dengan budak yang tolong hantarkan Becca tadi?"

Dean mengerutkan dahinya. Air diteguk sehingga habis.

"Tak jumpa pun, masa abang kau call aku, dia dah balik. Kenapa?"

Aaron tersengih. Dia membasuh cawan.

"Takde pape, saja tanya. Takpelah, saya naik atas dulu." Aaron terus berlalu. Dean hanya mengangguk.


******

Pagi itu, Aaron bersiap siap untuk pergi kerja. Sebelum bersiap ke kerja, dia telah pun menguruskan pakaian sekolah anak kecilnya itu.

Setelah memastikan penampilannya kemas, dia terus turun ke bawah. Dia melihat Becca sedang menunggunya di sofa.

"Aik, sayang tak pergi lagi?" tanyanya sambil melihat jam di dinding.

"Uncle Lukas dengan Uncle Dean dah balik kot.. sebab Becca ketuk pintu bilik diorang, diorang tak keluar.."

Aaron mengeluh. Selalu Lukas dan Dean rajin hantarkan Becca ke sekolah.

Lantas dia ke bilik mereka. Dia mengetuk pintu bilik mereka, tetapi tidak berjawab.

"Aik, tidur mati ke? Pintu kunci pula.." dia mencari kunci pendua lalu membuka pintu tersebut.

"Halooo...."

Sebaik sahaja dia masuk, matanya membulat melihat Lukas dan Dean tidur dalam berpelukkan. Aaron bercekak pinggang.

"Semalam buat banyak round la tu.. haih..." Dia keluar daripada bilik itu.

"Becca, lest go sayang."

______

"Belajar rajin-rajin ye sayang." pesan Aaron.

"Baik papa, papa pun kerja rajin- rajin."  ujar Becca sambil mengenyitkan matanya.

Aaron hanya ketawa seraya mengusap rambut Becca.

Becca terus berlari menuju ke kelas. Aaron hanya mengeleng melihat tingkah anaknya itu.

Semasa dia mahu ke keretanya, tiba- tiba seseorang menegurnya.

"Aaron?" Segera Aaron berpaling apabila mendengar namanya disebut. Aaron membulatkan mata melihat perempuan yang menegurnya itu.

"Esther?!"

"Aaron!!!"

Mereka menjerit sambil berpelukkan.

"Weyy, lama giler tak jumpa kau, kau apa cerita?" ujar Esther dengan teruja.

"Aku macam ni jelah, eh, hantar anak kau ke sekolah ke?" tanya Aaron.

"Haah, kau pula? Sama ke?"  Aaron tersenyum sambil mengangguk. Mulut Esther ternganga.

"Bila masa kau kahwin dooo?!"

Aaron ketawa.

"Kau free tak sekarang?"

"Ya, aku cuti harini. Claire sakit pula."

"Kau masih dengan dia?"

Esther ketawa.

"Of course!"

"Okey, jom la kita breakfast sesama." Aaron mengeluarkan telefonnya.

"Harini, i masuk lambat sikit. Bye." lantas dia menutup telefonnya.

"Kau call siapa?"

"Nanti aku cerita, jom!"

A A R O N Where stories live. Discover now