"Adik buat apa kat sini?" Neil memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Yang ada budak perempuan itu sahaja, duduk seorang diri di bustop.
"A-abang siapa?" tanya Becca dengan takut-takut.
"Adik jangan takut dengan abang. Abang tanya adik je. Mana mak ayah? Kenapa duduk sorang-sorang ni? Bahaya tau." Wajah Neil nampak resah.
"Papa tak amik Becca.."
"Kalau macam tu, abang hantarkan ye?" mata Becca terkebil-kebil.
"Papa tak bagi Becca ikut orang yang Becca tak kenal." Neil senyum.
"Abang bukan orang jahat. Bahaya adik duduk sorang-sorang. Abang tak boleh temankan adik sekarang ni, sebab kejap lagi abang nak jumpa kawan."
"Dating?" spontan Becca menanya. Setelah itu dia tekup mulutnya. Neil hanya ketawa kecil.
"Abang Neil!" mereka tersentak. Kelihatan seorang budak lelaki berlari ke arah Neil.
"Eh, Becca! Awak tak balik lagi ke?" tanya Aatif. Becca hanya mengeleng.
"Abang nak hantar Becca tapi Becca taknak."
"Eh, Becca. Jomlah. Abang Neil baik tau. Abang Neil selalu amik Aatif balik sekolah." ujar Aatif. Becca hanya terdiam.
"Becca, jomlah. Abang hantar. Becca ingat rumah tak?"
"Haah Becca, jom! Kita kan ada." Neil hanya tersenyum.
"Satu kelas ke korang?" Aatif hanya mengangguk.
"Hmm, okey Becca ikut.. tapi Becca tak ingat nama jalan rumah." kata Becca lagi.
"Ha? Aduh, macam mana ek Becca?" Neil mengaru kepalanya.
"Tapi Becca ingat jalan rumah." Neil hanya tersenyum.
______
Neil memberhentikan keretanya di tepi jalan. Kepalanya menoleh ke belakang.
"Kat mana ni Becca?" tanya Neil. Sesekali dia memandang jam di tangannya. Becca mula resah.
"Becca- Becca lupa..." kata Becca. Terasa nak nangis. Matanya memandang sekeliling.
Tiba-tiba matanya ternampak satu kereta honda yang dia kenali.
"Eh! Tu kereta Uncle Lukas! Abang! Abang ikut kereta tu!" arah Becca dengan teruja. Neil kelam kabut.
"Are you sure?" Becca mengangguk kan kepalanya dengan laju. Lantas Neil mengekori kereta honda tersebut.
*****
Lukas menghempaskan keretanya dengan kuat.
"Aku dah cakap, amik babysitter! Ni mana pula pergi Becca ni! melampau betul la kau ni, Aaron!" panas betul hatinya apabila dia pergi ke sekolah cari Becca, tetapi Becca sudah tiada.
Padahal PA Aaron kata dia tak jemput Becca dari sekolah. Saat ini, hati dia sangat risau!
Sebaik sahaja dia ingin menelefon seseorang tiba-tiba terdengar suara Becca.
"Uncle Lukas!" Becca berlari ke arah Lukas lalu memeluk kaki panjang lelaki itu. Lukas terkejut.
"Ouh, god! Syukur la Becca dah balik! Balik dengan siapa ni?" Becca menunding jarinya ke arah seseorang.
Laju kepala Lukas memandang. Kelihatan seorang lelaki kacak dan budak lelaki berdiri di halaman rumah.
"Maaf ya, saya hantar Becca balik. Tadi saya nampak dia duduk sorang-sorang. Tu yang saya hantar dia balik." Lukas menarik nafas lega.
"Terima kasih banyak banyak. Btw, nama i Lukas. You?"
"Nama saya, Neil. Ni anak jiran saya. Aatif."
*******
"Baru satu hari, you dah buat kesalahan? Patutnya you tunggu Becca keluar sekolah, baru you balik rumah tukar seluar you tu! Tak bertanggungjawab betul!" Mia hanya menundukkan kepalanya.
"You boleh keluar!" dengan terkocoh-kocoh Mia keluar dari bilik tersebut. Aaron mengambil telefonnya.
"Hello bang. Haa? Budak tu dah balik? Hm takpelah. Okey kejap lagi Aaron balik." dia menutup telefonnya, lantas dia keluar dari pejabatnya.
YOU ARE READING
A A R O N
RomanceSelepas kematian isterinya, Aaron mengambil Neil bekerja dengannya sebagai babysitter anaknya, Becca. Melihat Neil melayan anaknya dengan baik dan sentiasa ceria, dia terjatuh cinta pada jejaka muda itu. Akhirnya mereka berdua bercinta apabila masi...