14

464 11 0
                                    

Badannya terlentang, seketika mengelamun dia mengambil telefonnya. Jarinya menekan number seseorang.

Terus badannya ditiarap apabila panggilan di jawab.

"Papa!!"

"Hai baby, eh baby kat mana tu?" dia pelik melihat kawasan di video call Becca. Macam dekat restoran.

"Becca dekat restoran Brother. I eat this!" Becca menunjukkan spageti carbonara pada Aaron.

"Wau, sedapnya! mana brother Neil?"

"Ada, ni.." dia menghala telefon ke arah Neil. Neil membulatkan matanya.

"Becca, siapa tu?"

"Papa lah, brother." dia senyum nampak gigi. Cepat-cepat Neil membersihkan pipinya yang kelihatan comot.

"Eh, tuan." Neil tersengih-sengih. Wajah Aaron serius.

"How dare you, Neil." wajah ceria Neil berubah kelat.

"Wha- what tuan?"

"You tak beritahu i yang you bawa Becca ke restoran?"

"Eh, saya dah wassap tuan." Aaron mengerutkan dahinya. Cepat-cepat dia buka wassap. Memang ada Neil wassap dia 1 jam lalu.

Wajahnya memerah. Dia malu. Tapi dia tutup malu dia dengan mengatakan Neil bohong padanya.

"Mana ade. You tipu i, Neil. Siap you, i balik. i akan ajar you." ugut Aaron. Wajah Neil bertukar resah.

"Alamak tuan, tak hantar ke? tapi double tick.." Aaron telan liur. Alamak dia syak pulak.

"Mana lah i tahu! i tak kira, tunggu i balik ya.. i tahu you rindu i.." ujarnya dengan senyuman penuh makna.

Neil telan air liur. Bila masa pulak aku rindu dia, ish!

"Tuan nak buat apa?"

"Hai, Neil!" tiba-tiba pipi Neil dicium oleh seseorang. Aaron terkejut dan talian terputus.

"Hei!!" dia menekan telefonnya selepas itu dia menghentak telefonnya di katil.

"Shit! fon kong pulak! tak, siapa lelaki tadi yang cium Neil?!" wajahnya merah menyala. Entah kenapa dia rasa cemburu.

Aaron geleng kepala. "Tak, tak. buat apa aku nak cemburu? lagipun nanti dia akan jadi pemuas nafsu aku je.." dia tergeleng sinis. Setelah itu dia terlentang dan terlelap.






"Eh, apa ni tiba-tiba cium aku?!" Neil menolak kasar tubuh Niki. Nasib baik dia pilih tempat tertutup, takde lah orang nampak apa Niki buat pada dia.

"I rindu you, Neil. i tahu you pun rindukan i kan? sebab tu you lepak dekat restoran i.." dia cuba meraih tangan Neil tapi ditepis kasar.

"Sorry sikit eh. aku ke sini sebab bawa anak jagaan aku makan kat sini. bukan sebab kau!" bentak Neil. Matanya meliar mencari rakannya. Rakannya kata mamat ni takde! ni apa hal ade kat sini pulak?

"Ini anak jagaan you?" Becca tidak hiraukan mereka, dia hanya menyuap makanan di mulutnya.

"Becca? dah habis makan? jom kita balik." ujar Neil. Dengan tergesa-gesa.

"You, tunggulah dulu." lengan Neil diraih.Cepat Neil tepis.

"Jangan sentuh aku lah, aku tak suka!"  tangan Becca dicapai apabila Becca hanya mengangguk tanda dia sudah habis makan.

"Neil, i mintak maaf." wajah Niki menunduk.

"Pergi mampus dengan maaf kau tu." ujar Neil dan berlalu pergi daripada restoran itu.

Niki mengeluh, setelah itu wajahnya bertukar garang lalu masuk kedalam biliknya.







"Kau tipu aku, kau kata dia tak ade?! aaaghh sudah lah kau. Aku tak percaya kau lagi!" terus panggilan dimatikan.

Dia pandang pemandangan di hadapannya. Dia tutup mata menghirup udara di tepi pantai itu.

Dia akui dia rindu dengan restoran itu, lama dia berada dekat restoran itu. Dia rindu akan semua yang berada didalam restoran, tapi bukan pada Niki!

Dia langsung tidak rindukan lelaki itu!

Dia membuka matanya apabila ade tangan kecil menyentuh lengannya. Dia toleh ke wajah comel Becca.

"Are you okey, brother?" tanya Becca.

Neil senyum. "Im okey baby." dia usap rambut perang Becca.

"Siapa uncle tadi?" Neil senyum hambar apabila Becca tanya soalan itu.

"My friend."

"He so handsome." puji Becca membuatkan Neil mencebik.

"Who's better? me or him?" Becca tersengih seraya tangannya memeluk lengan Neil, kepalanya dilentok di lengan Neil.

"Of course you! kalau i ada kakak besar, i nak kakak i married with you!" ujar Becca dengan teruja. Neil hanya ketawa dengan telatah Becca.

"Youre so cute!" tidak semena dia teringat wajah gelabah Aaron semasa jarinya terhiris pisau.

Cute sangat masa tu, sebab tu dia kaku bila Aaron perlakukan dia sebegitu.

Tiba-tiba dia nampak bayangan Aaron senyum menggoda padanya.

"Aaah! gila kau Neil.!"

A A R O N Where stories live. Discover now