Dah macam nak terjuling mata Aaron apabila perhati tubuh seksi wanita di hadapannya.
Aaron pandang Neil. "Becca dah masuk bilik ke?"
"Dah, tuan." Aaron hanya mengangguk. Dia pandang Lukas dan Dean.
"Siapa ni? awek abang Lukas ke?" gurau Aaron.
Lukas jegil mata. Dia pandang Dean, Dean pula hanya membisu, main telefon.
"Ini, babysitter kau yang baru." ujar Lukas dengan wajah selamba. Neil di sebelah Aaron tersentak.
"Ha?" Aaron kerur dahi
"Aku nak kau berhentikan dia, perempuan ni yang akan jaga Becca." arah Lukas. Wanita itu hanya tersengih gatal.
"Aku tak setuju."
"Kau takde hak nak kata setuju atau tak." tajam pandangan Lukas.
Mata Aaron bulat. "Becca tu anak aku. Sukahati aku lah nak tentukan siapa yang jaga! lagipun Neil dah cukup baik jaga Becca."
"Kalau dah cukup baik jaga Becca, takde lah badan budak tu tercalar!" ujar Lukas dengan geram.
"Apa kau cakap ni bang?! Luka Becca tu pun dah baik lah! biasalah, manusia melakukan kesilapan. macam kau tak buat salah je? lagipun aku dah denda Neil."
"Kau denda apa kat dia?"
"Suruh dia cuci jamban lah?! kau tak ingat?!" Lukas jeling Neil. Neil tunduk.
"Nampaknya kehadiran saya tidak disenangi oleh sesiapa. Takpelah, saya undur dulu. Biarlah dia yang jaga Becca.." Neil pasrah. Dia terpaksa, tapi dia taknak juga sebab dia Aaron dan Lukas masam muka.
"Bagus, kau boleh pergi." ujar Lukas dengan angkuh. Neil menahan rasa sedih. Baru sahaja dia nak melangkah, Aaron menjerit.
"Ada aku suruh kau pergi ke, Neil Ace?!" langkah Neil terhenti.
"Biarlah, yang kau nak stopkan dia apahal?!"
"Kau diamlah abang! aku bayar dia tau bang, bukan kau. So hak aku nak pilih siapa yang akan jaga Becca!" bentak Aaron.
"Lantak kau lah, nak cakap apa.Keputusan aku muktamad." dia bangun dari duduknya.
"Becca taknak sesiapa pun jaga Becca!" tiba-tiba Becca muncul membuatkan mereka terkejut.
"Becca suka brother jaga Becca. Kalau uncle Lukas buang dia, Becca taknak sesiapa pun jaga Becca! biar i yang jaga diri i!" sesudah itu, Becca menangis.
Neil gelabah, lalu memujuk Becca yang sedang menangis. Lukas kelu. Dia tidak sampai hati tengok Becca menangis.
Dia pandang Aaron, Aaron jeling tajam padanya. Dia pandang Dean pula, lelaki itu hanya diam membisu.
"Jangan macam ni, Becca. Kalau brother dah tak jaga you, kan kita boleh berjumpa dekat luar?" pujuk Neil. Dia nak nangis tapi dia taknak sesiapa nampak.
Dia sangat sayangkan Becca.
"Becca taknak! Becca taknak!!" dia menangis dengan menggila siap hentak kaki lagi.
"Becca sayang..." Aaron peluk kuat tubuh Becca. Becca tersedu-sedu.
"Okey fine!! Neil jaga you, Becca! you jangan menangis lagi!" perlahan-lahan tangisan Becca kendur bila Lukas cakap macam tu.
"Haih, jom Nita i hantar you balik!" Lukas jalan dengan laju. Nita terkedek-kedek mengejar langkah panjang Lukas.
Neil pandang Becca. Becca tiba-tiba senyum sambil kenyit mata dekat dia. Aaron pula tidak perasan sebab sibuk gomol pipi dia.
Neil membulatkan matanya. 'Nakal!' dia tersenyum lega. Tanpa sedar Dean nampak. Dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
A A R O N
RomanceSelepas kematian isterinya, Aaron mengambil Neil bekerja dengannya sebagai babysitter anaknya, Becca. Melihat Neil melayan anaknya dengan baik dan sentiasa ceria, dia terjatuh cinta pada jejaka muda itu. Akhirnya mereka berdua bercinta apabila masi...