15

474 14 1
                                    

Serius wajah Lukas meneliti wajah-wajah yang berada di skrin laptopnya.

Tiba-tiba pehanya terasa berat. Dean duduk atas pehanya.

"Hai sayang." mereka berkucupan. Setelah itu Lukas tengok balik laptop.

"You tengok apa tu? amboi, dah tukar arah ke?" suara Dean seakan jauh hati.

"Sayang, apa ni. Mana adalah. Hati i pada you jer!" dia pandang tajam ke arah Dean. Dean hanya tersengih.

"Habistu? yang macam terbeliak mata tengok perempuan-perempuan seksi tu apahal?" Lukas menjeling.

"Mana ade terbeliak. Tengah check, calon babysitter Becca."

Tiba-tiba Dean ketawa. "Apahal you gelak?"

"Takdelah.. ade ke perempuan-perempuan seksi yang nak jadi babysitter Becca? imposible."

"Bagus lah seksi.. Aaron boleh cuci mata dia.. harap-harap terus jadikan wife." ujar Lukas selamba. Setelah itu Dean mengeluh.

"You, Neil kan ade?"

"So? i taknak dia kerja dengan Aaron."

"Sebab? sebab you takut dia jadi macam kita lagi?"

"Yes! tanya lagi, buat apa?" ujar Lukas dengan malas.

"Biarlah you, dia tentukan hidup dia.."

"Tak boleh! i ni abang dia. i nak yang terbaik untuk dia. i taknak dia jadi macam kita!" Dean menahan rasa geramnya.

"I nak keluarga kita ada waris." Dean angkat kening.

"Takkan you nak waris dari Aaron je?" tanya Dean. Dia peluk tubuh. Lukas diam.

"Kalau macam tu, you jelah kahwin dengan perempuan..You nak waris kan?" Dean angkat kaki mahu pergi.

"Dean, bukan itu maksud i!"

"Dahlah, Lukas. Buat jelah apa you nak buat. i dah malas." Dean berlalu pergi.

"Arghh!" Lukas serabutkan rambutnya.

"Apapon, aku taknak Aaron tersongsang lagi!" sesungguhnya dia dapat kesan hati Aaron kepada Neil!





Aaron masuk ke dalam rumah dengan wajah yang berona merah. Cepat-cepat dia duduk di sofa. Kepalanya dipicit.

"Ish, bau arak lah." tiba-tiba kedengaran suara Neil. Neil hampiri Aaron.

"Tuan, tuan mabuk eh?" tanya Neil. Dia sebenarnya terkejut Aaron sudah balik dari outstation. Kata seminggu, ni baru 4 hari dah balik rumah.

"Hmm.." Aaron hanya bergumam. dia ingat dia nak terus balik petang tadi, tapi rakannya mengajak dia pergi club pula.

"Mari, saya bawa tuan ke bilik." tubuh Aaron dibangunkan. Badan Aaron terhuyung hayang.

"Ish, berat juga dia ni." gumam Neil. Dia memimpin tubuh Aaron masuk ke dalam biliknya. Susah payah jugak lah dia bawah tubuh Aaron yang tegap naik tangga tadi.

Setelah sampai di hadapan bilik Aaron, matanya ke arah satu pintu. Dia tepuk dahi.

"Kau ni bodohlah, Neil. Kan ade lift tu.." rungut dia.

Pintu bilik dibuka dan tubuh Aaron dibaringkan di atas katil, setelah itu baru sahaja dia mahu pergi tangannya ditarik.

Tubuhnya terjatuh atas tubuh Aaron.

"Tuan!" Neil mahu bangun tapi dipeluk kejap oleh Aaron.

"I miss you, Neil. Do you miss me?" bisiknya di telinga Neil membuatkan jantung Neil berdegup kencang.

"Tuan, lepaskan saya. Nanti tuan Lukas dengan tuan Dean nampak.." rayu Neil.

"Nantilah, i rindu you..." leher Neil diciumnya. Neil mengeluh seraya menolak kasar tubuh Aaron.

"Sorry tuan. Tuan berehat la ye. Tuan mabuk ni." ujarnya seraya menjauhkan dirinya. Bila takde respons daripada Aaron, cepat-cepat dia pergi.

Perlahan Aaron buka mata.

"Cis, sikit jelagi! takpe-takpe nanti aku tuntut lagi!" sebenarnya dia tidak mabuk pun, saja nak rasa pelukan Neil lagi.

Dan sesungguhnya Neil memang bodoh. Dah ada lift, naiklah lift. Kalau tak, dah boleh dia cium-cium Neil dalam lift.

Dah la susah berlakon jadi mabuk time panjat tangga tadi, ish!

A A R O N Where stories live. Discover now