Kau?

108 13 0
                                    

Fiya POV

Aku di bawa ke suatu tempat dimana aku sendiri pun tak tahu. Lama juga lah nak sampai ke tempat tu.

'Diaorang...okay tak?'soalku di dalam hati.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku kisah sangat pasal diaorang tu.Padahal aku tak pernah langsung nak ambil tahu pasal orang lain.

Lama juga lah aku berfikir sampai tak tahu yang aku dah sampai ke tempat yang aku sendiri pun tak tahu ni.Apabila aku melihat satu papan tanda mata aku terbeliak kerana tempat ini ialah sekolah aku sendiri!

Maksud aku Devil High School.Tapi macam mana manusia sebelah aku ni boleh tahu jalan sekolah ni sedangkan aku sendiri pun tak tahu.Dia ni upah bomoh ke? ataupun dia stalk salah seorang daripada kami.

"Kau ingat tak masa first kita jumpa tu?" tanya ??? 2

Aku memandangnya pelik.Setahu aku, aku tak pernah bercakap dengan orang lain kecuali The Blacks dan tiga ekor beruk tu.Cuma pernah lah aku cakap dengan seorang mamat ni tapi tu pun sebab aku tak ada tempat nak makan.

"Bila masa pulak aku jumpa kau?"soalku.

"Takkan lah kau tak ingat kau pernah tanya aku pasal muka aku yang kena belasah dulu" tanya dia sambil melihat aku.

Jap aku pernah tanya dia pasal muka?seriously aku mana pernah tanya orang melainkan orang tu aku kenal eh tapi aku pernah tanya mamat mana tah pasal muka dia entah-entah dia ni...

Sekali lagi mata aku terbeliak.

"Kau..."



Di gudang




Selepas beberapa minit mereka mencari Fiya akhirnya Z bercakap sesuatu.

"Kalau korang nak tahu...Fiya punca kita macam ni!"marah Z.

Semua melihat Z terkejut.First time Z macam ni pula tu.

"Apa yang kau cuba sampaikan ni Z?" tanya Nad.

"Ye lah masa aku kena culik tu diaorang asyik cakap pasal Fiya je maksudnya Fiya ada kaitan dengan semua ni!!" balas Z.

Semua melihat antara satu sama lain kemudian melihat Z kembali.Mereka bukan tidak percaya Z cuma mereka tidak ada di situ jadi mereka tidak tahu apa yang dikata oleh Z betul atau tidak.

Mereka hanya terus mencari Fiya dan tiada siapa berani berkata apa semasa dalam perjalanan.

Cuma mereka hanya berfikir apa yang dikatakan oleh Z.Takkan lah Z nak tipu diaorang pulak.

'Ahh!!!takkan lah Fiya ada kaitan dengan semua ni?'soal Nad di dalam hati

'Mustahil lah kalau Fiya ada kaitan dengan semua ni'nafi Syafiq dan Aryan di dalam hati.

Mereka kelihatan kusut sekarang.Dah lah jalan pun mereka tak tahu lepas tu apa yang Z kata tu membuat mereka lagi kusut.

'Semua akan bencikan kau Fiya...just wait and see...'

The Haunted School S1Where stories live. Discover now