"Ma pa? Kenapa panggil Darren? Aira mana?"Soalnya apabila tidak nampak bayangan gadis kecil nya.
"Aira keluar jumpa kawan dia. Ni mama dengan papa nak bincang dengan kamu ni."Darren mengangguk perlahan.
"Bincang apa? Nampak macam serius ja?"Ternaik kening kanan nya.
"Bincang tentang wedding Aira nanti. Darren setuju tak?"Tanya papa Dayyan. Dapat orang tua Darren lihat wajah anak laki mereka berubah.
"as you both know. Darren tak terima kalau Aira nak kahwin." Datar suaranya sambil memandang wajah kedua orang tuanya.
"Why? Lagipun mama papa nak Aira kahwin supaya dia hidup berdikari daripada berkepit dengan Darren. Tambahan lagi Darren CEO mesti stress kan?."Tutur mama Zainina. Darren mengeleng kepalanya dengan senyuman sinis.
"Darren tak pernah rimas dengan Aira dan takkan sekali terima keputusan mama papa untuk satukan Aira dengan orang lain."Jelas wajah jejaka tu memerah menahan marah.
"Because you love her right?" Terdiam Darren mendengar kata kata Papa nya.
"Tell us the truth, Darren. Kamu cintakan dia kan? Rahsia Darren selamat dengan mama dan papa." Papa Dayyan sudah tersenyum melihat anak lelakinya mati kata.
"No Darren tak cinta-"
"Yes you love her." Pantas Papa Dayyan memotong percakapan anaknya. Dia tahu Darren sedang menjunjung ego.
"Okeyh fine Darren cintakan Aira dan sayangkan dia lebih daripada seorang adik. Not wrong, right? " Jujur Darren apabila dia tidak dapat menipu dua orang tua nya.
Oh come on, 27 tahun dia dibesarkan dan pasti mama papa nya dapat meneka apa yang ada dalam isi hatinya.
"Berapa lama?"Tanya mama.
"When I was 19 years old and I already love her."balas Darren tenang walaupun jantungnya berdegup kencang.
"Because?"Papa pula menyoal.
"Everything about her I like. Especially her indulgence" King Dayyan dan Mama Zianina mengangguk faham dengan balasan anak teruna mereka.
"Aira tahu Darren sayangkan dia lebih dari seorang adik?"Darren mengeleng sebagai jawapan mama nya.
"Belum waktu nya lagi untuk dia tahu."Dihela nafas perlahan apabila dapat meluahkan isi hati nya. Dia berharap yang mama papa nya takkan bongkarkan rahsia ini.
"Macam mana dengan King'Family okeyh ke?"Soal Riana sahabat baik Aira. Gadis tu mengangguk.
"Everything fine. Abang Darren jaga aku dengan baik."Balasnya tenang. Berginilah sikapnya jika diluar dia akan menjadi tenang. Berbeza pula dirumah dia akan menjadi susuk seorang yang manja.
"Alhamdulillah lah kalau dia jaga kau dengan baik. Masa sekolah dulu bukan main dingin lagi tapi siapa sangka dia jaga kau dalam diam. Untung kau."Ezana tergelak kecil.
"Entah entah jadi suami kau omaigod. Abang angkat ku suami ku."usik Riana. Aira menjeling tajam ke arah mereka berdua.
Tapi bila difikirkan balik, lelaki yang dia percaya dari dulu sehingga sekarang adalah Darren dan papa Dayyan sahaja setelah kedua orang tua nya meninggal.
"Ni bila nak balik? Nanti mama aku bebel pula. Moh ler kita balik."Ajak Ezana apabila jam menunjukkan pukul 3 petang. Dari jam 11 lagi mereka di mall.
"Ha jom. Nanti ada masa kita spend time lagi. See you sahabat."Dilambaikan tangannya dan diatur langkah ke parking kereta.
Baru saja hendak masuk ke dalam kereta ada tangan yang menghalang nya. Ditoleh ke belakang dan terkejut melihat Uwais yang dekat dengannya.
"Sombong kau sekarang. Jangan ingat kau boleh lepas dari aku. Ingat sikit apa aku dah buat dekat kau dulu sayang, atau kau nak peristiwa hitam tu jadi lagi?." Aira mengetap bibir geram apabila Uwais tidak habis habis mengungkit kisah lama.
"Boleh tak jangan ganggu aku lagi. Aku muak tengok muka kau. Jangan ingat kau ugut aku macam tu aku nak takut dengan kau."Diboloskan diri nya dalam kereta dan ditutup pintu dengan kasar.
YOU ARE READING
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓
Romance[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah...