BAB 18

18.7K 946 25
                                    

Salah seorang dari tiga jejaka tu menghunus kan pisau di perut Aira. Disebabkan tidak sempat mengelak dia menerima tusukan tersebut.

"Blah weih!"Mereka berlari meninggalkan Aira yang memegang perutnya yang sudah mengalirkan darah.

"A.. abang."Badannya mengelonsor jatuh ke bawah dengan tangan kanan memegang perut.

"AIRA! MANA KAU!"Dapat Aira dengar suara Uwais yang mencarinya.

"Uwaiss" Uwais yang terdengar suara Aira bergegas ke arah tersebut. Seketika matanya membulat dan meluru ke arah gadis tu. Tangan kanannya automatik naik menutupi perut tu dari terus menerus mengalirkan darah.

"Siapa yang buat kau macam ni Aira? Jangan tutup mata kau Aira!"Larang Uwais keras.

"S..sakit."Uwais segera mencempung tubuh gadis itu dan dibawa mencari hospital yang berdekatan.

"U..uwais. sakit"Jejaka tu menunduk memandang Aira dengan peluh mengalir tepi dahinya.

"Tahan Aira. Aku tengah cari hospital dekat sini. Kalau aku dapat cari siapa buat kau macam ni sumpah aku bunuh dia."Rahangnya bergerak gerak menandakan dia benar benar marah.

"A..aira nak r..rehat."Perlahan lahan mata cantik tu tertutup rapat.

"Sabar sayang. Aku janji akan selamatkan kau."Dilajukan langkahnya. Dia tidak kesah dengan dirinya yang penat. Nyawa Aira lagi penting.

TANGAN aira digengam erat oleh Uwais yang tidur di sebelah gadis tu. Jejaka tu mencelikkan matanya memandang wajah Aira.

"Bila kau nak bangun Aira?." Perut Aira yang sudah dijahit diusap perlahan. Jika Darren tahu pasti dia akan dibelasah lagi.

"A..abang"Uwais menoleh ke arah Aira yang sudah mulai sedar. Tangan naik mengusap rambut tu.

"Kau okeyh? Perut masih sakit?"Soal Uwais dan dibalas gelengan oleh Aira.

"Mana abang Darren? Aira nak abang."Mohonnya. Dia mahukan Darren.

"Darren tak ada dekat sini. Tak apa aku jagakan kau ya?"Aira mengangguk perlahan .

"Jangan terlalu banyak bergerak sangat nanti jahitan terbuka. Faham?"Dilihat gadis tu menganguk lagi.

UWAIS memandang telefon Aira. Dia masih buntu mahu menelefon Darren atau tidak tapi jejaka tu berhak untuk tahu.

Didail nombor jejaka tu. Darren yang disana tersentak apabila telefonnya berdering. Laju tangannya menekan butang hijau apabila nama Aira terpapar.

"Aira sayang pergi mana? Risau abang tau. Abang baru nak keluar cari Aira."

Uwais yang mendengar kata kata Darren dapat dia rasakan yang Darren sangat menjaga Aira dengan baik.

"Ni aku Uwais. Kau datang ke hospital Tengku Wahid nanti aku ceritakan."Tenang Uwais berkata dan ditamatkan panggilan nya bergitu saja. Risau pula kalau Darren tiba tiba mengamuk.

DARREN tanpa banyak soal mencapai kunci keretanya dan berlari keluar dari rumah.

"Hospital Tengku Wahid?" Setahu dia hospital ni berdekatan dengan kawasan yang sunyi sepi dan jauh dengan rumahnya.

Bagaimana Aira boleh kesitu? Dan panggilan tadi Uwais yang menelefon nya. Dia pasti ada kaitan dengan Uwais dalam hal ni.

Sesampai nya di hospital Tengku Wahid, Darren melangkah masuk ke dan didekati kaunter.

"Pesakit nama Naira Arzwina tingkat berapa?"Soalnya.

"Sekejap ya. Hm aras 4 bilik VVIP 407." Darren menganguk faham dan mengucapkan terima kasih sebelum melangkah ke lif.

Sebaik keluar dari lif, Darren mencari gadis nya. Seketika nampaklah bilik VVIP 407. Diatur langkah masuk ke situ.

Uwais yang sedang menyuap Aira menoleh ke arah pintu melihat Darren yang melangkah masuk dengan wajah tegang nya.

"Apa jadi dengan Aira? Kau buat apa?"Menajam mata helang tu ke arah Uwais.

"Semalam aku sengaja lalu kawasan sunyi dekat hujung tu aku nampak Aira terduduk sambil pegang perut dia. Aku rasa ada orang culik Aira sampai bawa dekat kawasan sepi tu. Mungkin Aira melawan dan perut dia kena tikam. Itu yang aku bawa dia datang sini."Cerita Uwais panjang lebar dan tenang. Darren menoleh ke arah Aira dan gadis tu menganguk.

"Terima kasih selamatkan adik aku."Darren melangkah ke arah Aira dan dikucup sayang kedua pipi gebu tu.

Dalam diam Uwais mengukir senyuman sinisnya.

"Masa abang kau datang sekejap lagi aku nak kau angguk ja apa aku cerita dekat dia. Kalau kau geleng kau tahu apa akan jadi Aira. Dengan kondisi kau macam ni kau rasa hidup kau akan lama kalau aku apa apakan kau hm? Faham?" Tegas Uwais berkata.

"F..faham" balas Aira dengan perasaan yang takut.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now