BAB 12

22.4K 1.1K 10
                                    

"abang. Aira nak ipad jugak."Katanya sambil bermain game buah di dalam ipad Darren.

"Hm nantilah Aira kecil lagi."balas Darren dengan mata terpejam. Kedua tangan nya memeluk erat pinggang Aira dari belakang.

Mesti hairan kan apa Darren buat?. Dia sedang menghidu wangian rambut adik angkatnya yang boleh buat dia terasa mabuk.

Aira pula hanya duduk di pangkuannya sambil bermain ipad milik Darren.

"Tapi Aira dah 23. Kecil lagi ke?"Soalnya. Darren bergumam.

"You still look like a little girl even though you are 23.". Baginya Aira tetap seperti budak kecil berumur 6 tahun walaupun gadis tu sudah dewasa.

"Aira nak ipad jugak!"Rengeknya.

"No tak boleh sayang. Main ja ipad abang tu."Aira mencebik dan kembali bermain game dalam ipad tersebut.

"Kenapa muka masam ja tu Aira?"Soal papa Dayyan.

"Aira nak ipad tapi abang Darren taknak belikan."Adu nya. Papa Dayyan tergelak kecil.

"Bukan abang taknak beli tapi sosial media sekarang ni banyak benda yang tak elok. Risau kalau adik terpengaruh." Dicuit hidung mancung tu. Dia tahu Aira seorang gadis yang sangat polos jadi dia tidak mahu fikiran Aira terpengaruh dengan hal yang tidak faedah.

"Tapi masa kerja boleh ja abang bagi Aira ipad."Didongakkan memandang wajah jejaka tu.

"Itu sebab dalam kerja jadi kena guna ipad."Diukir senyuman nipisnya. Aira menunduk saja.

"Betul cakap abang Darren tu Aira. Sosial media ni kadang tak berfaedah pun. Jangan merajuk tau adik."pujuk papa Dayyan.

"Okeyh Aira faham."Disandarkan badannya di dada tegap Darren. Matanya tidak lepas memandang game.

"Darren macam mana dengan kerja kamu semua nya okeyh?"Darren menoleh ke arah papa nya.

"Alhamdulillah pa semakin maju dan Aira pun makin handal dalam hal syarikat."Darren tersenyum. Apa yang dia nampak jika waktu bekerja, Aira sangat serius. Tapi lain jadinya jika dirumah.

"Haaa abang kalahhhhh" Terlepas ketawa papa Dayyan melihat anak angkat perempuan mereka.

"Mana kalahnya. Ni bukan kalah ni, game ni yang bodoh agaknya."Diusap rambut Aira perlahan.

"Malas lah nak main macam ni."Darren tergelak kecil. Sungguh adiknya terlalu comel.

"Jom kita pergi taman nak?"Aira mengangguk laju dengan ajakkan Darren.

"Hm bola?"Diambil bola tu dan dilihat terlebih dahulu.

"Sepak dekat abang."Dipandang Darren dan dipandang bola semula.

"Takut kalau terkuat."Darren mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Tak apa sayang. Sepak ja."Aira meletakkan bola di bawah dan berundur beberapa tapak sebelum berlari untuk menyepak bola tersebut.

Darren menangkap pantas dengan kakinya dan disepak ke arah Aira pula dengan sederhana kuat.

Mereka bermain sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang.

"Aira penat." Darren menuangkan segelas air sejuk dan diserahkan kepada nya. Aira meneguk rakus.

"Macam mana best spend time dengan abang?"Soal Darren dan dibalas anggukan laju oleh si adik.

"Best eheheh."Sengihnya. Darren mengemas rambut Aira yang agak serabai.

"Dah pergi naik mandi dulu."Aira hanya akur.

Selesai saja mandi Aira kembali mencari abang nya. Dia mengantuk sebenarnya tapi dia perlukan Darren.

"Abanggg"Darren yang hendak memakai baju menoleh ke belakang melihat Aira mengosok matanya dan dia tahu apa yang gadis tu mahukan.

"Sekejap ya."Darren memakai bajunya dan disangkut kain tuala di tempat yang disediakan.

"Sini tidur dekat peha."Ditepuk pehanya. Aira merebahkan badan dengan kepala beralaskan peha Darren.

Jejaka tu menepuk perlahan bahu Aira. Jika tidak ditepuk pasti tidak akan tidur.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now