"Abang, tak kerja ke harini?"Diselak comforter yang menutupi wajah tampan suaminya. Diusap perlahan wajah tu. Terasa panas.
"Panasnya. Abang demam?"Darren merengek dan dipandang wajah cantik isterinya.
"Ren nak Rara."Dia berganjak ke atas peha Aira dengan diselebungi comforter.
"Usaplah kepala Ren."Aira mengusap rambut soft suaminya perlahan dan tersenyum nipis melihat sisi manja Darren.
"Sekejap lagi kita pergi klinik nak?"Darren mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.
"Ren taknak. Ren nak Rara ja."Dipejamkan matanya untuk merasai belaian di rambutnya. Jari jemari halus tu buat dia tenang.
"Kalau tak pergi nanti abang makin teruk. Kita pergi klinik ya?"Tiba tiba Aira mendengar esakan kecil. Diselak rambut soft Darren.
"Taknak hiks. Nak Rara je. Taknak gi klinik hiks."Tercengang Aira melihat suami nya menangis.
"Okeyh okeyh kita tak pergi klinik ya abang sayang."Dikucup tepi dahi suaminya yang agak panas. Darren bergumam sahaja.
"Rara taknak jaga Ren ke hiks."Didongak memandang wajah cantik tu dan didekatkan lagi ke perut Aira.
"Mana ada Aira cakap macam tu. Mestilah Aira nak jaga suami Aira ni."Jari jemari runcing nya mengusap perlahan pipi kiri Darren.
"Tak tipu?"Mata hitam bulat tu memandang tepat ke arah si isteri. Aira mengeleng perlahan tanda tidak tipu.
"Comel je masa demam."Dicubit geram pipi suaminya.
Jika Darren tidak sihat mata jejaka tu nampak bulat seperti seekor kucing. Lain pula jika jejaka tu sihat, matanya runcing dan tajam merenung seakan mahu memakan mangsanya.
"Omel un ngan Ara"katanya susah payah kerana Aira memcicit kedua pipi tu sehingga mulut Darren memuncung.
"Harini Aira pula yang buli abang selalunya abang buli Aira kan."Digesel hidungnya dengan hidung Darren. Terkebil kebil mata jejaka tu.
"Sayang jangan ingat abang demam sampai bila bila tau. Lepas abang sihat tahu lah macam mana."Dia cuba bangun dengan comforter di badannya dengan susah payah untuk cuba duduk.
"Dia kalau sihat tenung orang macam nak makan ehh."Darren mendengus kasar apabila Aira tidak habis habis mencubit pipi nya.
"Rara ihhh hm"Dia mendekati Aira dan didakap tubuh tu. Aira terkekeh perlahan. Nampak macam penguin dengan comforter di badan Darren.
Jari jemari Darren bermain di tengkuk Aira sehingga gadis tu mengeliat geli. Ditampar bahu Darren perlahan agar menghentikan perbuatan nya.
"Akittt"Rengek Darren apabila bahunya di tampar. Disorokkan muka nya di ceruk leher isterinya.
"Akittt hiks Rara pukul Ren."Air mata jantannya mengalir ke pipi. Aira menoleh ke tepi dan mengucup dahi si suami. Diseka lembut air mata tersebut.
"Kenapa ni? Aira tertampar perlahan ja. Takkan tu dah rasa? Abang dengan comforter bagai."Darren mengangguk.
"Akittt hm Rara jahat pukul Ren. Bagitahu mama."katanya dan Aira mengetap bibir menahan ketawa.
"Bagitahulah, Aira tak takut."
"Mamaaaaaaa Rara ja...hat pukul Ren hiks taknak kawan."Dia menangis di ceruk leher Aira.
"Shhh baby husband dont cry. Aira bergurau ja. Jangan lah bagitahu mama nanti mama marah Rara macam mana?"Darren terdiam.
"No, mama tak boleh marah little Rara nanti Ren sedih."Aira menyeka air mata Darren dan ditepuk bahu tu perlahan seperti mendodoikan bayi.
"Abang kena rest. Lepas ni mandi then makan ubat supaya abang sembuh."Darren menganguk faham dan dilentokkan kepalanya di bahu si isteri.
"Ren sayang Rara."Katanya sebelum terlelap. Aira tersenyum mendengar.
YOU ARE READING
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓
Romance[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah...