"aku tahu Aira. Kau jamin Uwais kan?"Terhenti langkah Aira mahu ke dapur. Ditoleh ke arah Darren yang memandang nya bak pedang.
"Ha ah Aira jamin dia kenapa? Abang nak marah Aira?"Darren menghela nafas kasar. Dia bangun mendekati Aira dengan berpeluk tubuh.
"Motif?"
"Balas dendam apa yang abang dah buat. Aira tahulah abang ada hubungan dengan stesy."Balas Aira berani. Darren menolak lidahnya ke tepi pipi dan mengepung Aira di dinding.
"Aku buat semua tu sebab dia punca kau sakit. Air boba tu dia yang hantar. Kau bernasib baik ubat tu tak terlalu kuat. Aku nak kau jauhkan diri dari Uwais. Masih tak serik apa jantan tu dah buat? He try to kill you Aira!"meninggi suara Darren bahawa dia benar benar marah.
Aira terdiam menunduk kerana telah melakukan kesilapan. Sepatutnya dia perlu tanya terlebih dahulu apa yang Darren sedang rancang. Macam mana kalau Uwais kembali buat perangai macam dulu?.
"Sekali lagi aku dengar kau bersayang sayang dengan jantan tu kau tahulah apa aku nak buat Aira."Dingin suara Darren.
"Aira minta maaf." Dia akui dia bersalah. Dia tidak tahu Darren membalas dendam untuknya.
"Aku taknak terima maaf kau Aira. Bersayang sayang dengan jantan lain sangat kan?." Diatur langkah masuk ke dapur.
"Ha abang, Aira minta maaf lah. Aira tak tahu."Mohonnya sambil mencuit cuit bahu Darren seakan memujuk.
Jejaka tu hanya diam saja. Sengaja dia mahu menjual mahal biar Aira tahu yang dia cemburu.
"Abangggg"Panggil Aira geram apabila jejaka tu diam saja. Terbit idea nakal di benak fikiran gadis tu. Pinggang Darren dipeluk erat dari belakang dan diperketatkan.
"Uhuk, AIRA NAK ABANG MATI KE HAH?"terlepas ketawa Aira.
"Padan muka siapa suruh jual mahal sangat. Orang dah mintak maaf tu maafkan jelah."Dia berpeluk tubuh.
"Ingatkan nak pujuk ini tidak. Cara nak bagi mati ja."Pisau tu ditetak di papan tersebut. Aira menelan air liur yang terasa perit.
"Err takk mana ada Aira nak buat abang mati. ehehe Aira gurau saja ma."Dia tersengih tak bersalah.
"Tapikan"Pisau tu digoyang kan. Aira sudah meneguk air liur nya.
"Dulu abang ada masuk pertandingan yang macam cucuk cucuk tu."dibuat cara cucuk tersebut. Aira terundur ke belakang sedikit.
"Kenapa Aira berundur?"Soal Darren bodoh. Gadis tu hanya fokus kepada pisau yang dipegang oleh Darren saja.
"Letak lah dulu pisau tu."Arah Aira namun Darren hanya tayang riak wajah kosong saja.
"Btw selepas mama papa balik kita langsung kan pernikahan. Malas nak kena kecam dah ni. Setuju kan?"Dihalakan pisau tu. Aira mengangguk.
"Yer abang dah la letak pisau tu."Darren memusingkan badannya semula untuk menyambung kerjanya.
"Abang nak potong sayur jelah yang Aira takut sangat kenapa? I am not killer you know."Katanya dengan lincah memotong sayur.
Aira hanya tergeleng perlahan melihat Darren. Sungguh berbahaya.
YOU ARE READING
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓
Romance[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah...