BAB 35

17.8K 905 33
                                    

"ibu ayah. Petang nanti Aira dah nak kahwin dengan abang Darren. Tak sangka kan abang angkat akan jadi suami Aira."Diusap gambar kedua orang tuanya. Setitik air matanya mengalir ke pipi.

"Ibu ayah tunggu Aira dekat sana tau."Dipeluk erat frame tersebut dan bangun dari duduknya.

"Sayangnya abang kenapa mata merah ni? Menangis?"Aira mengukir senyuman manisnya.

"Rindu ibu ayah ja. Aira nak turun dulu."Diatur langkah menuruni tangga. Darren hanya mengikuti dari belakang.

"Abang Aira nak tengok ular boleh?"Darren mengangguk perlahan.

"Boleh jom ikut abang."Aira mengikuti langkah Darren ke dalam lif dan jejaka tu menekan butang turun ke bawah dimana bilik bawah tanah berada.

"Sejak bila ada bilik Rahsia ni?"Soal Aira. Darren berpeluk tubuh.

"Dah lama ada cuma Aira ja yang tak tahu."sebaik lif terbuka, mereka berdua melangkah keluar dan menuju ke sebuah bilik.

"Jangan terkejut pula."Aira menganguk walaupun dia agak takut. Bukan saja pintu tu Aira terkejut melihat seekor ular yang cukup besar saiz nya yang berada di dalam bilik cermin kaca.

"Ni Sen. Ular yang paling lama abang jaga. Umur dia pun sekarang dah tua yelah sebab abang jaga dia dari abang umur 7 tahun. Dah 20 tahun abang jaga."terang Darren. Aira mengangguk faham.

"Dan ni kev. Anak dia."Ditoleh ke arah kanan pula dimana seekor ular berwarna hitam legam.

"Abang memang suka ular?"Darren menganguk.

"Yang kev ni Aira jangan takut. Dia gigit ja sakit tapi tak mati cause abang dah buang bisa dia. Kalau si Sen ni gigit memang tak sakit tapi arwah."Aira hanya bersembunyi di belakang Darren saja kerana takut.

"Dua ekor ja abang bela?"Dilihat jejaka tu mengangguk lagi.

"Nak bela banyak banyak tak menang tangan. Kalau Aira nak tahu Sen marah dekat abang sebab abang buang isteri dia."Terkejut Aira.

"Kenapa?"Darren tergelak kecil.

"Sebab abang taknak dia terus membiak dan tu akan menjadi terlalu banyak. Mana sempat abang nak jaga lainlah kalau ada yang tak takut dengan ular. Tambah lagi Sen ni sampai nak penuh bilik cermin kaca ni rasa rasa ada yang nak jaga? Abang rasa tak ada yang nak."Aira mengangguk faham. Ada betul juga kata Darren.

"Jom keluar."Ajak Darren dan Aira hanya mengikuti saja dari belakang. Ditoleh ke arah Sen semula. Ular tu hanya memandang nya saja dengan lidah sesekali keluar.

"Bye Sen."Diatur langkah keluar dari bilik tersebut.

"Nak bela ular tapi diri sendiri pun sorok belakang abang."Sindir Darren dan Aira mencebik geram.

"Mana tak nya. Ular yang abang bela semua seram seram. Hitam jaa macam lah tak ada warna lain."Dia berpeluk tubuh.

"Bagi abang hitam ni menampakkan diri kita ni seorang yang teguh pada pendirian. I dont know betul ke tak abang hentam ja."Ditayangkan muka kosong nya. Aira tergelak kecil.

Pada petang tu di rumah King'Family riuh dengan suara orang yang datang. Aira yang berada di dalam biliknya dihias oleh sahabatnya sendiri. Riana handal dalam mendandan.

"Wah cantik kau Aira. Beautiful."Riana menepuk tangan teruja.

"Jom. Pengantin lelaki dah sampai."ajak Ezana dan Riana memimpin Aira untuk turun ke bawah.

Tok kadi menoleh ke arah semua orang untuk memastikan semuanya ada.

"King Darren bin King Dayyan."

"Saya"Darren mengawal debaran di dadanya.

"Aku nikahkan engkau dengan Naira Arzwina binti Naizan berwalikan aku dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Naira Arzwina binti Naizan dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit tunai."Selafaz Darren.

"Bagaimana para saksi sah?"
"Sah"

Mereka mengucap syukur dan menadahkan tangan untuk membaca doa. Setitik air mata Aira mengalir ke pipi nya. Kini status sebagai adik angkat sudah bertukar menjadi seorang isteri.

"Assalamualaikum bidadari syurga abang."Darren mengukir senyuman kacak buat si isterinya.

"Walaikumusalam suami."Dihulurkan tangan nya agar Darren menyarungkan cincin.

Aira menunduk mencium tangan kasar Darren manakala jejaka tu mencium dahi si isteri.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now