"aku nak kau jauhkan diri dari jantan tak guna tu faham!"Meninggi suara Darren.
"Tapi kenapa? Kan dia dah minta maaf."balas Aira semula. Darren berdecit sinis.
"Kau tak payah jadi bengap sangat boleh tak? Dia nak pergunakan kau jelah. Kau lupa yang kau tak sedarkan diri? Tak terfikir macam mana kau boleh ada dekat rumah ni?"Aira terdiam. Dia juga tidak terfikir langsung kenapa dia boleh berada disini setahu nya dia dirumah Uwais.
"Aku! Aku yang ambil kau dekat sana masa jantan tu dah ready nak ratah badan kau!! Jantan tu suntik ubat tidur dalam badan kau supaya dia dapat apa yang dia nak Aira! Masih tak boleh fikir lagi ke hah?"Jelas rahang Darren bergerak gerak.
Kata maaf dari Uwais bukannya berharga. Kalau sudah tewas dengan nafsu susah mahu nasihat. Nasib dia sempat sampai ke sana dengan bantuan sahabat baiknya untuk mencari kedudukan Aira.
"A..aira tak sangka dia akan buat macam tu."Remuk hati Aira apabila kata kata maaf dari Uwais semuanya dusta.
"Dari awal aku tak suka dengan dia Aira tapi kau degil. Kau cakap dia boleh jaga kau lah itu lah ini lah. Masih tak cukup ke aku ja yang jaga kau hm?"Dipandang wajah adik angkatnya dengan tajam.
"Mama papa amanahkan hanya aku seorang saja boleh jaga kau Aira. not someone else." Belakang kepala Aira ditarik dekat dengannya.
"Mulai harini kemana kau pergi aku akan ikut faham? Aku tak terima sebarang bantahan dari kau pun."Aira mengangguk faham.
"Aira minta maaf sebab percayakan orang lain dari percayakan abang."Sepatutnya dia perlu berhati hati dengan Uwais dan tidak leka.
Darren mengusap rambut adiknya perlahan.
"Dont sad i am here with you little angel." Dikucup tepi dahi Aira.
"Mama papa pergi mana?"Soal Aira apabila tidak nampak bayangan orang tua nya.
"Ouh outstation mendadak. Tak sempat nak hantar airport sebab petang semalam kau hilang."tutur Darren.
"Abang masih marahkan Aira ke?"Didongak memandang wajah jejaka tu.
"Marah tu ada lah sikit tapi aku tak boleh marah kau sangat nanti rindu terseksa jiwa raga aku ni."Selamba dia membalas dan Aira tergelak kecil.
"Elleh rindu lah sangattt."Menajam mata jejaka tu memandang Aira.
"Apa? Kau ingat aku ni tak ada perasaan?"Mengecil mata Darren memandang Aira yang masih ketawa.
"Abang memang tak ada perasaan pun. Dasar hati batu ais kacang."Ternganga Darren yang mendengar.
"Melebih dah tu. Dia yang hati tisu tak apa pula? Sikit sikit nangis ja kerja."Mencebik bibir Aira mendengar kata kata Darren. Sakit hati dia.
"Mulut abang tu diam jelah menyakitkan hati betul."Ternaik kening jejaka tu.
"Eh dia sakitkan hati kita boleh. Bila orang sakitkan hati dia tak boleh. Tak adil."Aira menjelirkan lidah nya tidak kesah.
YOU ARE READING
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓
Romance[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah...