"Dean" suara lembut ibunya memasuki gegendang telinga. Pantas kepala menoleh ke arah ibunya yang membawa perut.
"Sini lah mama duduk sebelah Dean. Kasihan mama letih bawa adik."Diusap perlahan perut Aira yang sudah mencecah 9 bulan.
"Tak sabar nak tunggu adik keluar."Diukir senyuman manisnya sambil mengusap perut si ibu.
"Dean. Dean dah 15 tahun kan. Nanti jaga adik baik baik ya."Berkerut dahi Dean mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya.
"Kenapa mama tiba tiba cakap macam tu? Kita kan dah janji nak jaga adik sama sama. Papa pun cakap macam tu."Kening nya bertaut.
Aira tersenyum sambil mengusap perut nya.
"Kalau mama tak ada masa lahirkan Queen Deana Nuzaifa, Dean janji dengan mama akan jaga dia dengan baik ya?."Sebak yang kian hadir ditahan agar tidak meneteskan air mata depan anak lelakinya.
"Apa mama cakap macam tu tak baik lah. Mama dengan papa kena ada masa adik dah lahir. Kita jaga dia sama sama. Mama kena janji dengan Dean yang mama takkan tinggalkan kami."Aira mengukir senyuman manisnya kepada anak lelakinya.
Suasana mula hening dan tiba tiba Aira mendesis sakit di bahagia perutnya. Lengan si anak dipegang.
"Ma,ma kenapa ni?"Panik Dean dibuatnya.
"Dean, perut mama sakitt"Dean tanpa fikir panjang segera mendukung tubuh ibu nya ke kereta. Nasiblah papa nya sudah mengajar dia membawa kereta dari umur 13 tahun.
Dibuat panggilan nya kepada papa nya yang berada di office.
"Pa, ma dah nak bersalin ni. Dean otw nak pergi hospital!"Dipecut laju keretanya dan memintas kereta kereta yang menghalang.
"Sekejap lagi papa sampai." Panggilan ditamatkan oleh Dean dan fokus dengan pemanduan.
DEAN menunggu di kerusi. Digengam erat tangannya. Dia berharap mama nya dapat bersalin dengan selamat.
Bayangan papa nya masih tidak nampak. Hatinya risau.
Setelah lama menunggu akhirnya pintu bilik tersebut dibuka. Dean segera bangun.
"Macam mana dengan mama dan adik saya doktor?"dilihat doktor tu menarik nafas terlebih dahulu.
"Mama awak selamat melahirkan anak perempuan dan kami minta maaf kami tak dapat nak selamatkan mama awak."Bagaikan satu anak panah yang menusuk ke jantung Dean.
"Tak mungkin mama saya meninggal."Dipandang doktor tu tidak percaya.
"Kami minta maaf kami dah cuba sedaya upaya."Dean menekup mulutnya menahan sebak dan tiba tiba pintu wad diterjah beberapa orang nurse yang membawa pesakit.
Membulat mata Dean melihat siapa insan tersebut.
"Pa!"Dia mendekati katil tersebut. Tubuh tu hanya kaku. Air mata yang ditahan akhirnya gugur bergitu jua.
"Kamu anak King Darren?"Dean menganguk.
"Papa kamu terlibat dalam kemalangan dan didapati meninggal di tempat kejadian. Apa yang kami dapati ada yang sabotaj break kereta papa kamu dan tu membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Encik Darren terbabas."Dean terduduk lemah. Dia kehilangan kedua orang tua nya sekali gus dan hari dimana adiknya dilahirkan.
"Ken...kenapa c..cepat sangat mama papa tinggalkan Dean dengan adik?"Tangisan nya pecah.
"Dean bawak bersabar. Tenangkan diri dahulu. Kami perlu mandikan jenazah ibu ayah kamu dulu. Kamu ada ahli keluarga lain?"Dean mengeleng kepalanya tanda tidak.
Nasib adik perempuan jadi seperti nasib ibunya yang kehilangan kedua orang tua di waktu kecil.
Apa yang dia akan jawab jika suatu hari nanti adiknya sudah besar dan bertanyakan kemana mama dan papa nya pergi?.
SEMASA pengebumian mama papa nya. Dean mendukung adiknya. Dikucup pipi si adik dan diberikan kepada Riana sahabat ibunya .
"Aunty Riana tolong pegang kan Deana. Dean nak uruskan kubur mama papa."Aunty Riana mengambil anak perempuan arwah sahabat nya dengan tatapan sayu.
Dilihat wajah anak kecil perempuan Aira sama seperti ibunya. Diusap pipi tu lembut.
"Membesar dengan baik ya sayang"perlahan suara Riana berkata.
"Ma pa. Dean akan jaga adik dengan baik. Amanah dari mama papa, Dean akan laksanakan. Tenang lah disana." Suara hatinya berbicara.
"Dean ni Deana merengek."Dean yang baru selesai mengemas bilik kedua orang tua nya segera mendapati si adik.
Dikucup kedua pipi tu yang sedikit kemerahan.
"Abang jaga adik ya. Walaupun mama dan papa dah tinggalkan kita tapi abang ada dengan adik. Abang tak salahkan adik atas kepemergian mama papa. Ni dah jadi takdir. Abang tahu Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan nya."Tuturnya dengan senyuman nipis.
YOU ARE READING
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓
Romance[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah...